Sunday 23 December 2012

BAHAYA MSG...



Siapa yang tidak tahu dan tidak pernah merasa keenakkan MSG dalam makanan mereka. Jenama MSG yang terkenal dewasa ini tidak lain tidak bukan adalah Ajinomoto. Rupanya seperti serbuk berkaca yang berwarna putih dan berfungsi sebagai penyedap bagi sesebuah makanan.

Monosodium Glutamat atau MSG telah berkembang menjadi salah satu zat aditif makanan yang paling popular di seluruh dunia. Selain MSG, ada penyedap rasa lain yang digunakan oleh industri makanan seperti disodium inosinat (IMP) dan disodium guanilat (GMP). Tetapi MSG-lah yang paling disukai orang kerana ia lebih murah dan keefektifannya dalam menguatkan rasa.


Penggunaan MSG kadang-kadang “tersembunyi” di sebalik label makanan dengan nama yang berbeza. Jika anda melihat “perisa semulajadi”, “asid sitrik” dan “rempah-rempah” dalam label makanan, itu tidak bermakna di dalamnya tiada kandungan MSG.

Berikut antara kesan-kesan akibat penggunaan MSG pada kadar Tinggi

a. Kecederaan kepada hypothalamus, sejenis kelenjar dalam otak berperanan mengawal selera makan, fungsi tiroid dan sistem endokrin.

b. Meracun saraf seperti dilaporkan dalam sebuah kajian bahawa ia menyebabkan tikus menjadi gemuk kerana keracunan MSG merosakkan ‘ isyarat leptin’ yang tertulis dalam minda bawah sedar atau ia memusnahkan papan data sekali gus menyebabkan tiada isyarat bertulis dalam minda bawah sedar.

c. MSG yang dimakan oleh ibu mengandung juga ibu yang sedang menyusukan bayi boleh mengganggu pusat kawalan bayi.

d. Kesan pengambilan MSG ialah kesan kepada otak , ini kerana pengambilan kokain, methamphetamine dan Ritalin. Ia berakhir dengan tindakan stress hipersensitif dan mengakibatkan perut berlemak.



Pada awal tahun 2001, Ajinomoto terbabit dalam sebuah skandal di Indonesia yang mempunyai sebahagian besar orang Islam apabila syarikat itu didapati menggunakan sejenis enzim berasaskan daging babi untuk pengeluaran MSG.Ini memberikan keertian yang ironik kepada cogan kata pengiklanan syarikat di sesetengah negara yang berbunyi: "Daripada bahan apakah Ajinomoto diperbuat?" Pada tahun 1917, sebuah khabar angin mengatakan bahawa Ajinomoto diperbuat daripada ular, tetapi ini ternyata tidak benar. Kini syarikat itu telah menukar menggunakan enzim yang dihasilkan dari kacang soya


IKHLAS: ILI SUHAILI ISHAK 

MINYAK MASAK..


MINYAK MASAK..
adalah sumber utama kita untuk sebarang jenis masakan...

hari ini admin akan kongsikan bersama anda baik buruk minyak masak yang digunakan


BEBERAPA teman di laman sosial Facebook mengeluh mengenai kesukaran mendapatkan minyak masak di pasaran sejak akhir-akhir ini.

Ada yang menyoal sinis: “Pokok kelapa sawit banyak, mana minyaknya?” Ironinya, sama seperti gula, negara kita merupakan antara pengeluar utama minyak sawit dunia tetapi kekurangan bahan tersebut di pasaran tetap berlaku.

Kesihatan tidak mahu mengulas mengenai fenomena tersebut atau mencari apa puncanya, cuma sekadar ingin mencungkil rahsia di sebalik bahan asas masakan rakyat Malaysia itu.

Tanpa disangkal, kita menggunakan minyak masak setiap hari dalam kebanyakan jenis masakan. Goreng, kari, kurma, sup, asam pedas, masak kicap, sebut sahaja apa jenisnya, bahan asasnya adalah minyak. Itu belum dikira lagi kuih muih seperti karipap, donat, pisang goreng dan bermacam lagi yang menggunakan minyak yang banyak ketika dimasak.



Persoalan utama, benarkah minyak masak hanya mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan?
Pakar Nutrisi dari Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) Shah Alam, Chew Lih Theng berkata, seperti bahan lain minyak masak juga mempunyai kebaikan dan boleh mengundang keburukan andai diambil dalam kuantiti berlebihan.
Kebaikan minyak masak menurut beliau mengandungi lemak yang menjadi sumber utama tenaga yang paling mudah diperolehi. Selain itu katanya, ia juga mengandungi komponen yang membantu penyerapan vitamin seperti AHA, DHA dan vitamin penting lain untuk fungsi otak dan sel membran.
Namun seperti juga bahan lain, jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan ia menyumbang kepada masalah penyakit berkaitan obesiti dan jantung.






Jenis minyak


Minyak masak terhasil daripada tumbuhan, namun terdapat juga minyak daripada haiwan yang wujud dalam bentuk pepejal pada suhu bilik seperti marjerin, mentega dan minyak sapi.

“Secara asasnya, semua minyak masak berasaskan tumbuhan tidak mengandungi kolestrol. Namun ia mempunyai komposisi kandungan yang berbeza berdasarkan strukturnya,” kata beliau.

Menjelaskan lebih lanjut kata Lih Theng, minyak kelapa, kelapa sawit dan isirung kelapa sawit tergolong dalam kumpulan minyak yang mengandungi lemak tepu yang tinggi tetapi rendah kandungan asid lemak mono tak tepu (MUFA) dan asid lemak poli tak tepu (PUFA).

Walaupun lemak tepu dikelaskan sebagai lemak jahat, tetapi tidak semua mempunyai kesan negatif terhadap kolestrol dalam badan. Ada kajian yang menunjukkan asid palmitic dalam minyak kelapa sawit neutral terhadap paras kolestrol kerana ia membahagi secara sama rata kepada tiga bahagian utama molekul triglyceride.
Dalam satu kajian oleh saintis dari Amerika Syarikat pada tahun 2007 mendapati, pengambilan lemak tepu dan PUFA diperlukan untuk nisbah kolestrol LDL (kolestrol jahat)/ HDL (kolestrol baik) yang ideal dalam darah. Ini berikutan kedua-duanya menyumbangkan keseimbangan dalam proses metabolisme lipoprotein.

Disebabkan kandungan asid lemak tepu yang tinggi, minyak kelapa sawit dan kelapa sering digunakan untuk jenis masakan goreng rendam (deep fried) kerana strukturnya yang lebih stabil.
Kumpulan minyak sayuran lain seperti zaitun, kacang soya, bijan, bunga matahari, kanola dan jagung pula mengandungi kandungan MUFA dan PUFA yang tinggi manakala lemak tepu pula rendah.
Ini menjadikan minyak jenis itu sesuai untuk masakan tumis ringkas atau dimakan mentah.
Mungkin ada yang bertanya, jika minyak yang mengandungi MUFA dan PUFA baik, mengapa tidak digunakan untuk menggoreng dalam jumlah yang banyak?

Jawapan Lih Theng selain harga yang tinggi, ia tidak sesuai kerana setiap jenis minyak, katanya, mempunyai tahap tertentu (smoke point) di mana jika dipanaskan pada suhu yang melebihi had ditetapkan menyebabkan ia mengeluarkan bahan toksik yang dipanggil 4-hydroxy-trans-2-nonel (HNE). Bahan itu, kata beliau, akan meningkatkan paras kolestrol dalam badan.

“Sebenarnya tidak sukar untuk mengenalpasti kandungan minyak masak kerana ia fakta nutrisinya sudah terkandung pada label produk. ,” katanya.
Kata beliau, jenama bukanlah faktor utama yang menentukan baik atau tidak sesuatu jenis minyak masak, tetapi terpulang kepada sebanyak mana yang kita ambil dan bagaimana cara memilih kaedah masakan dalam menghasilkan hidangan yang menyihatkan.


© Utusan Melayu (M) Bhd

IKHLAS: ILI SUHAILI BT ISHAK

Bater....

ASSALAMUALAIKUM..........

Kali ini saya ingin mengupas tajuk bater iaitu makanan daripada bater cair dan bater pekat.

UJI INGATAN............
Nyatakan makanan berikut sama ada daripada bater cair atau bater pekat. Kemudian nyatakan bahan dan kaedah memasak.





Selamat menjawab...

Sumber rujukan: Sini

POSTED BY: WAN NURUL IZZA BT. WAN MOKHTAR

LATIHAN............

ASSALAMUALAIKUM.............

Rasanya dah banyak nota yang diberikan...

Jom kita test pengetahuan pula............

Selamat menjawab................

POSTED BY: WAN NURUL IZZA BT. WAN MOKHTAR

HIDANGAN SEPINGGAN LENGKAP

ASSALAMUALAIKUM...............

Jom kita bincangkan tentang  hidangan sepinggan lengkap....



Selamat Menduduki Final eXam pelajar-pelajar UPSI (Masakan semester 8)..

Sumber rujukan: Sini

POSTED BY: WAN NURUL IZZA BT. WAN MOKHTAR

PERANCANGAN MENU

ASSALAMUALAIKUM....

Apakah yang anda tahu tentang perancangan menu? 

Jom sama-sama kita kupas tentang topik Perancangan Menu....




Sumber Rujukan: Sini

POSTED BY: WAN NURUL IZZA BT. WAN MOKHTAR

KAEDAH MEMASAK-HABA LEMBAB

ASSALAMUALAIKUM.............

Jom kita teruskan dengan entry seterusnya mengenai kaedah memasak yang menggunakan haba lembab pula....

JOM.....



Sumber rujukan: Sini

POSTED BY: WAN NURUL IZZA BT. WAN MOKHTAR

KAEDAH MEMASAK- HABA KERING

ASSALAMUALAIKUM.............

Pada entry yang lepas saya ada menceritakan tentang prinsip memasak. Kali ini saya hendak menceritakan dengan lebih lanjut tentang kaedah memasak yang menggunakan haba kering dahulu......

JOM..


Sumber Rujukan: Disini

POSTED BY: WAN NURUL IZZA BT. WAN MOKHTAR

PRINSIP MEMASAK

ASSALAMUALAIKUM...........

Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda semua tentang prinsip memasak. 

Prinsip memasak terbahagi kepada dua iaitu: 
  1. Haba kering 
  2. Haba lembab
HABA KERING: 
Merupakan cara memasak dalam minyak panas, dalam udara yang panas, atau atas udara yang panas atau atas haba yang panas.

HABA LEMBAB:
Melalui cara ini, makanan dimasukkan ke dalam cecair yang panas atau wap dari air yang mendidih.

TUJUAN MAKANAN DI MASAK:




POSTED BY: WAN NURUL IZZA BT. WAN MOKHTAR

BELUT BERLADA HIJAU


ASSALAMUALAIKUM.............

Entry lepas saya dah kongsikan dengan anda semua tentang khasiat belut... Hari ini saya ingin kongsikan  dengan anda semua resepi belut berlada hijau...




BAHAN-BAHAN:

  • Belut (dibuang tulang dan potong 2 inci panjang)
  • 10 tangkai Cili Hijau (dibuang bijinya)
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 1/3 biji Bawang Holland
  • 1/3 inci Belacan
  • ½ sudu besar Perahan Jus
  • Secukup rasa Garam
  • Secukup rasa Gula
  • Secukup rasa Lada Hitam
  • Tepung Gandum



  • LANGKAH PENYEDIAAN:



  • Cuci belut sehingga bersih, kemudian gaulkan di dalam tepung untuk membuang bau dan lendir. Biarkan selama 5-10 minit.
  • Kemudian, cuci belut dan perapkan selama 5 minit menggunakan garam dan lada hitam.
  • Panaskan minyak dalam kuali leper, masukkan belut dan masak sehingga perang kedua-dua belah.
  • Kisarkan cili hijau, bawang putih, bawang holland, belacan dan tambahkan 1/3 cawan air.
  • Kemudian, masukkan bahan kisar dan masak bersama belut sehingga sebati dan naik bau wangi.
  • Apabila bahan kisar sudah masak tambahkam perisa garam dan lada hitam, serta gula.
  • Gaulkannya sehingga sebati dan masukkan jus perahan lemon dan tutupkan api.
  • Siap untuk dihidang bersama dengan nasi dan sayur.


  • Selamat Mencuba............

    POSTED BY: WAN NURUL IZZA BT. WAN MOKHTAR