maklumla..tak sabar nak balik raya haji....
ok3..kita direct to the point...minggu ni admin akan share resepi untuk kuih muih yang kumpulan admin telah sediakan.
kami telah menyediakan bubur caca dan kuih cara...sila3 la salin or print resepinya ye..
BUBUR
CACA
PORSI
: 2 ORANG
KUANTITI BAHAN ALATAN
Bahan
Caca
215g Tepung beras Penapis
200ml Air Senduk
berlubang
5g Kapur Besen
3g Pewarna hijau Periuk
3g Pewarna merah Mangkuk
3g Pewarna kuning Sudu
Bahan
Kuah Senduk
200ml Santan
140g Gula
melaka
1
helai Daun pandan
5g Garam
50ml Air
Langkah
Penyediaan:
1. Untuk
membuat caca, masukkan tepung ke dalam bekas adunan.
2. Tuangkan
air dan kapur sedikit demi sedikit dan adun hingga rata.
3. Selepas
itu, bahagikan adunan kepada tiga adunan. Masukkan pewarna hijau, kuning dan
merah bagi setiap adunan tersebut.
4. Selepas
itu, tuangkan ke dalam senduk yang berlubang. Tekankan sehingga caca jatuh ke
dalam periuk yang berisi air mendidih. Biarkan seketika. Angkat dan toskan.
5. Untuk
kuahnya, masukkan santan ke dalam periuk.
6. Dengan
membuka api perlahan, biarkan ia mendidih sambil memasukkan bahan-bahan kuah
yang lain. Kacau rata.
7. Selepas
itu masukkan caca ke dalamnya dan kacau rata. Biarkan mendidih dan angkat.
8. Sedia
dihidangkan.
===========================================================================
Kuih
cara
Porsi
: 2 orang
KUANTITI BAHAN ALATAN
150g
Tepung gandum Petitin
1
biji Telur Mangkuk
adunan
125ml Santan Senduk
kayu
4
helai Daun pandan Loyang
10g Pewarna
hijau Berus
glis
5g Garam
30g Gula
10g Minyak masak
330ml Air
Langkah
Penyediaan:
1. Ayak
tepung gandum bersama garam.
2. Masukkan
tepung gandum dan garam yang telah diayak ke dalam mangkuk adunan. Buat lubang
ditengah adunan.
3. Masukkan
telur ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
4. Bancuh
santan bersama air daun pandan dan pewarna. Masukkan separuh santan dan air ke
dalam adunan tepung.
5. Kacau
adunan agar tidak bergentel. Masukkan lebihan santan dan air pandan. Pastikan
adunan tidak terlalu pekat atau cair. Rehatkan adunan selama 10 hingga 15
minit.
6. Sapu
rata acuan bahulu dengan minyak masak. Panaskan acuan.
7. Masukkan
adunan ke dalam acuan dan tabur sedikit gula di atasnya.
8. Setelah
bahagian tepi kekuning-kuningan bolehlah diangkat. Ambil dua biji kuih cara dan
tangkupkan ketika hendak dihidangkan.
9. Sedia
untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment