ASSALAMUALAIKUM
Selamat bertemu kembali. Apa khabar anda semua? Diharap semua sihat-sihat sahaja. Di petang yang nyaman ini pasti semua mempunyai agenda yang tersendiri. Betul tak? Mesti ada yang merancang mahu lakukan pelbagai aktiviti. Di dalam fikiran mesti merancang aktiviti seperti keluar membeli belah, berkebun di rumah, memasak dan tidak lupa juga ada yang hanya mahu berehat setelah penat bekerja. Tapi berehat sahaja tanpa hidangan petang macam tak lengkap sahaja. Pelbagai hidangan ringkas yang boleh dijadikan menu makanan petang.
Suasana petang seperti ini menggamit memori saya berada di kampung. Kalau berada di kampung pasti masa senggang sebegini saya isi dengan menjamah kuey teaw sup, laksa dan mi rebus. Emm mungkin bagi sesetengah orang akan terperanjat dengan hidangan minum petang saya ini. Jangan terkejut ja hehehe. Bagi sesetengah individu minum petang hanya diisi dengan minum teh atau kopi beserta dengan kuih muih. Tetapi bagi saya dan keluarga adalah sebaliknya.
Jadi, dikesempatan ini saya mahu kongsi resepi yang menjadi masakan untuk keluarga saya terutama musim perayaan. Saya tinggal di sempadan negara Thailand jadi makanan saya mungkin sedikit sebanyak dipengaruhi oleh makanan Thailand.
Adakah anda mengetahui KUEY TEAW SUP SIAM???
Rupanya seperti gambar di atas tetapi telah diinovasi oleh keluarga saya.
Mari kita sama-sama melihat resepinya.
KUEY TEAW SUP SIAM
Bahan-bahan kuah:
500g ayam
1paket sup bunjut
40g bawang putih
30g bawang merah
4cm halia
4 biji cili padi
15g daun sup - ambil batangnya sahaja
5g bawang goreng
2l air
2cmb kicap
Garam dan gula secukupnya
Bahan-bahan lain:
2 bungkus kuey teaw *
50g cili padi - dikisar bersama sedikit air dan cuka *
40g cili kering - digoreng tanpa minyak, dikisar kering *
50g kangkung - dicelur *
30g tauge - dicelur *
40g bawang putih - digoreng dan diambil sekali dengan minyaknya *
30g gula - dikisar halus *
50g kacang tanah - digoreng dan dikisar *
40g bawang goreng *
50ml kicap cair *
Daun sup - hiasan *
Limau nipis *
* Kesemua bahan boleh ditambah mengikut kesesuaian kuantiti kuey teaw yang dihasilkan.
Langkah penyediaan:
1. Masukkan air dan ayam ke dalam periuk. Kemudian masukkan halia. Rebus sehingga ayam masak.
2. Keluarkan ayam tadi dan bahagian tulang ayam bolehlah dibiarkan di dalam kuah tersebut. Masukkan sup bunjut.
3. Sambil itu, goreng bawang putih dan bawang merah untuk di masukkan di dalam kuah.
4. Di dalam kuah tadi masukkan cili padi yang ditumbuk, kicap, batang daun sup. Setelah mendidih masukkan bahan perasa.
5. Seterusnya, masukkan bawang yang digoreng tadi ke dalam kuah. Masukkkan jus limau nipis.
6. Setelah mempunyai rasa tutup api.
7. Untuk menghidang sup siam perlu diletakkan bahan pengiring seperti bahan yang bertanda *.
Selamat mencuba semua.
Entry sebenarnya dah lama saya masukkan. Tetapi rupanya belum dipublish mungkin disebabkan oleh internet yang lambat. Apa pon masih sempat lagi anda mencuba resepi ini.
Posted by Noor Azila Asih
6. Setelah mempunyai rasa tutup api.
7. Untuk menghidang sup siam perlu diletakkan bahan pengiring seperti bahan yang bertanda *.
Selamat mencuba semua.
Entry sebenarnya dah lama saya masukkan. Tetapi rupanya belum dipublish mungkin disebabkan oleh internet yang lambat. Apa pon masih sempat lagi anda mencuba resepi ini.
Posted by Noor Azila Asih
No comments:
Post a Comment