Saturday, 8 December 2012

CENDAWAN DALAM MASAKAN

Assalamu'alaikum...
Salam sejahtera....

Bersua kita kembali di alam maya. Walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti sempena semester terakhir, tetapi saya mengambil sedikit masa untuk memberi info terbaru kepada anda. Esok saya masih mempunyai aktiviti jamuan untuk kelas saya jadi, esok saya tidak dapat berkongsi maklumat baru dengan anda semua.
Sibuk.... Sibuk..... Penatnya..................
Tetapi, kepenatan terubat kerana saya akan menamatkan pengajian tidak lama lagi. Alhamdulillah bersyukur kerana Allah masih panjangkan umur saya meneruskan perjuangan di bumi Tanjung Malim.

Berbalik kepada tajuk kita, saya terdetik untuk berkongsi maklumat mengenai cendawan kerana banyak jenis masakan yang kita menggunakan cendawan. Tidak kira masakan timur atau barat, cendawan masih mempunyai tempat di dalam masakan tersebut.


Saya pasti ramai di luar sana suka makan makanan cendawan berasaskan cendawan tetapi masih belum jelas atau tidak tahu khasiat yang terkandung dalam cendawan. Cendawan ialah sejenis kulat yang tumbuh di atas tanah atau sumber nutriennya. Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna kepada manusia. Sesetengahnya tumbuh meliar manakala sesetengah lagi ditanam oleh manusia sebagai makanan dan untuk tujuan perubatan.

CENDAWAN SHIITAKE


Cendawan Shiitake (Lentinula edodes) atau cendawan Hioko dan sering ditulis sebagai cendawan shitake adalahcendawan makan yang berasal dari Asia Timur yang terkenal di seluruh dunia dengan nama aslinya dalam bahasa Jepun. Shiitake bermaksud cendawan dari pokok Shii (Castanopsis cuspidata) kerana batang pohonnya yang sudah reput merupakan tempat tumbuh cendawan shiitake.
.
Spesis ini dahulunya pernah dikenali sebagai Lentinus edodes. Ahli botani Inggeris bernama Miles Joseph Berkeleymenamakan spesis ini sebagai Agaricus edodes pada tahun 1878.
.Shiitake banyak ditanam di China, Korea dan Jepun dan sering dijumpai di kawasan liar di di pergunungan di Asia Tenggara.

Cendawan shiitake segar atau dalam bentuk kering sering digunakan dalam berbagai masakan di banyak negara. Shiitake segar biasanya dimakan sebelum payung bahagian bawah berubah warna. Batang shiitake agak keras dan umumnya tidak digunakan dalam masakan.
.
Sebahagian orang lebih menyukai shiitake kering dibandingkan shiitake segar kerana shiitake kering mempunyai aroma yang lebih kuat. Shiitake kering diproses dengan cara dijemur di bawah sinar matahari dan perlu direndam di dalam air sebelum dimasak. Asas masakan Jepun yang disebut dashi didapati dengan merendam shiitake kering di dalam air.
.
Di Jepun, shiitake merupakan isi sup miso, digoreng sebagai tempura, campuran chawanmushi, udon dan berbagai jenis masakan lain. Shiitake juga digoreng hingga garing dan dijual sebagai keropok shiitake. Rusia juga menghasilkan shiitake dalam jumlah yang banyak dan dijual sebagai acar dalam bungkusan botol.

CENDAWAN BUTANG

Cendawan butang ditanam dan dijual di serata dunia. Ia boleh didapati secara segar, dikeringkan, atau dalam tin. Rupanya seperti cendawan klasik, dengan batang pendek yang tebal dan ’bertopi’ putih. 

Cendawan butang yang berwarna coklat selalu digelar ’cendawan crimini’. Rasanya lebih asli dan gemar digunakan oleh tukang masak untuk menambahkan kompleksiti kepada masakan. Apabila dibiarkan tumbuh lebih besar, cendawan butang dijual dengan label ’ cendawan portobello’. Cendawan portobello selalunya besar, dengan rasa kaya yang selalu dipadankan dengan daging. Cendawan butang boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Cendawan butang yang segar paling sesuai untuk pizza, salad, masakan bergoreng dan berkuah. Cendawan butang yang dikeringkan pula sesuai untuk masakan berkuah dan sebagai inti. Hakikatnya, tiada batasan untuk menggunakan cendawan butang dalam masakan, kerana ia sesuai untuk semua jenis masakan.

CENDAWAN TIRAM


Pleurotus ostreatus yang juga dikenali orang ramai sebagai cendawan tiram atau cendawan tiram pokok merupakan salah satukulat yang boleh dimakan dan kebanyakannya ditanam di Asia sejak dahulu kala dan kini ia ditanam secara komersial di seluruh dunia sebagai makanan. Cendawan ini mempunyai persamaan dengan kulat Pleurotus eryngii. Cendawan tiram juga digunakan dalam industri bagi tujuan mycoremediation. Cendawan tiram sering digunakan dalam masakan China dan Jepun sebagai makanan istimewa dan sedap dimakan bersama kicap.


Diharap maklumat ini dapat memberi panduan kepada anda untuk memasak. Kita jangan hanya tahu memasak tetapi perlu tahu khasiat setiap masakan yang kita lakukan.

Ok selamat beramal.:)

Posted by: Noor Azila Binti Asih

No comments:

Post a Comment