Wednesday, 19 December 2012

KuKu

Assalamualaikum...........

Meniti minggu-minggu terakhir kuliah membuatkan saya sedih seketika...yela dah 4 tahun di sini nak meninggalkan bumi Tanjung Malim ni berat rasanya...........

Jom kita teruskan dengan tips kesihatan pada hari ini. Saya nak sharekan sikit mengenai kesihatan kuku...


1. Kuku adalah sama seperti rambut di mana kedua-duanya dari protein yang sama iaitu keratin.
2. Kadar pertumbuhan kuku adalah 0.1 mm setiap hari. Jadi ia memerlukan 100 hari untuk tumbuh sepanjang 1 cm. Oleh itu sekiranya kuku anda tercabut, ia mengambil masa 4-6 bulan untuk tumbuh sepenuhnya. Tetapi bagi kuku kaki kadar pentumbuhan semua adalah antara12-18 bulan. (Lebih setahun tu..)
3. Kadar pertumbuhan kuku bagi lelaki adalah lebih cepat berbanding perempuan.
4. Baik lelaki atau perempuan, kadar pertumbuhan kuku tangan lebih pantas dari kuku kaki.
5. Kadar pertumbuhan kuku ibu jari adalah yang terlambat.
6. Bagi orang yang kidal, pertumbuhan kuku di tangan kanan adalah lebih cepat dari tangan kiri dan begitulah sebaliknya.
7. Kuku tumbuh lebih cepat pada waktu sejuk, malam dan ketika mengandung.
8. Amalan menaip dapat merangsangkan pertumbuhan kuku.
9. Kuku menggambarkan keadaan kesihatan seseorang.
10. Rekod kuku terpanjang yang pernah dicatatkan ialah  sepanjang 48 inchi iaitu dimiliki oleh seorang lelaki india.
Tahukah anda?
Kesihatan kuku melambangkan kesihatan seseorang...


kuku


POSTED BY: WAN NURUL IZZA BT. WAN MOKHTAR

No comments:

Post a Comment