Saturday 15 December 2012

RISIKO MINUMAN 3 IN 1


Assalamu’alaikum semua.

Selamat pagi. Sudah bersarapan belum??? Sebelum itu, saya nak tanya  anda semua minum apa sarapan pagi tadi??? Milo, susu, Nescafe, teh ataupun minum 3 in 1 ja. Hehe mesti ramai yang mengambil langkah minum 3 in 1 ja kan. Alhamdulillah saya bukan jenis yang suka minum minuman 3 in 1. Ini kerana saya akan berasa pening jika terbau minuman 3 in 1 seperti kopi ataupun Nescafe.


Ini merupakan contoh minuman 3 in 1 yang selalu diambil.


Hal ini disebabkan keadaan sekeliling yang mempengaruhi penggunaanya. Mudah dan cepat untuk menyediakan minuman sarapan pagi mahupun ketika berada di pejabat. Kita tidak perlu menyediakan gula, susu, milo dan lain-lain. Hanya membeli paket 3-in-1 sudah memadai untuk menyediakan minuman anda. Terlambat untuk ke pejabat atau  kuliah. Anda hanya menggunakan 3-in-1 dan sudah siap bersarapan dengan segera. 

Adakah anda sedar bahawa minuman??????? 


Berikut merupakan bahaya minuman 3 in 1:

·         Mengandungi lebih tiga sudu teh dalam setiap pek.
·         Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut.
·         Selain gula, krimer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan.
·         Mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar dan menyukarkan tidur pada waktu malam.
·         Mengandungi kalori sehingga 200 kalori dalam setiap pek yang sama dengan sepinggan nasi atau 2 keping roti.
·         Jika diambil berlebihan (3 pek) boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan.

Berikut adalah antara tanda-tanda dan kesan-kesan pengambilan minuman 3 in 1 yang dapat dikenalpasti :

1.      Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca, tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju. Apabila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh.
2.      Kerap merasakan kesakitan pada dada.
3.      Sering tercungap-cungap dan kadang-kala sewaktu sembahyang pun boleh tercungap-cungap.


4.      Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5.      Tapak tangan semakin basah.


Perkara-perkara yang perlu dielakkan berdasarkan minuman 3 in 1 :

1.      Elakkan daripada meminum Nescafe yang merosakkan buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat daripada selain susu (non-dairy creamer).
2.      Elakkan daripada mengambil coffee mate kerana ia adalah non-dairy creamer.
3.      Elakkan memakan ais-krim kerana ia mengandungi krimmer yang tinggi.
4.      Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer selain susu.

Selamat menjaga kesihatan semua.

Posted by Noor Azila binti Asih

No comments:

Post a Comment