Assalamualaikum (^_^)
Salam sejahtera dan semoga berada dalam keadaan sihat sahaja.
Pada kelas yang lepas, kami telah berbincang dan diberi tugasan berkaitan dengan kuih muih negeri di Malaysia. Setelah melihat hasil perbentangan semua kumpulan, kami mendapati terdapat banyak jenis kuih yang makin kurang dikenali dan sukar untuk didapati.
Jadi, cuba kita bayangkan generasi kita semakin tidak mengenali kuih muih ini apatah lagi generasi akan datang. Kita perlu sama-sama fikirkan cara yang sesuai supaya kuih muih ini tidak luput dek era kemodenan.
MARI KENALI KUIH MUIH TRADISIONAL
KUIH KARAS
KUIH PERIA
KUIH DANGAI NEKBAT
ADAKAH ANDA MASIH MENGENALI KUIH MUIH INI??????
PUNCA KUIH TRADISIONAL SEMAKIN DILUPAKAN
1. Tiada resepi standard
- Masalah utama yang dihadapi adalah apabila resepi keluarga tidak di selaraskan. Kebanyakan presepi ini tidak disukat dengan unit yang selaras dan menggunakan sukatan cawan. Jadi, apabila generasi akan datang mahu memasak mereka menghadapi kesukaran kerana menggunakan alat sukatan yang tidak selaras.
2. Mengambil masa yang lama untuk disediakan
- Kebanyakan kuih muih mengambil masa yang lama untuk disediakan. Ramai golongan sekarang sibuk dengan kerjaya dan sukar bagi mereka meneruskan tradisi ini.
3. Tiada kemahiran
- Kebanyakan muda mudi semakin malas untuk mengasah bakat di dalam masakan. Oleh itu, bakat atau kemahiran yang terpendam tidak dapat dicungkil. Muda mudi lebih gemar untuk membeli dan menikmati makanan segera yang lebih cepat.
4. Sukar mencari bahan-bahan tempatan
- Kebanyakan bahan seperti ubi kayu, pisang sukar didapati di sesetengah tempat terutamanya di kawasan bandar. Jadi, proses mencari bahan-bahan utama untuk memasak mengambil masa yang lama dan menyebabkan ramai orang mengambil langkah mudah dengan hanya membeli kuih yang dijual.
LANGKAH PENYELESAIAN
Sebagai generasi yang masih mengetahui kewujudan kuih muih tradisional ini, kita sebagai guru perlu mengambil langkah supaya kuih muih ini tidak hilang begitu sahaja. langkah yang boleh di ambil adalah:
1. Mengadakan amali mengenai kuih muih tradisional di dalam pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup.
2. Mengadakan hari terbuka. Contohnya guru meminta pelajar memasak kuih muih tradisional. Kemudian pelajar tersebut dikehendaki mempromosikan kepada pelawat-pelawat yang datang ke tempat pameran.
3. Mengadakan pertandingan memasak. Guru-guru boleh menganjurkan pertandingan memasak antara sekolah-sekolah. Hal ini secara tidak langsung dapat mempromosikan kuih muih dengan lebih meluas.
Diharap kita dapat meneruskan warisan ini sehingga ke generasi akan datang.
No comments:
Post a Comment