Hai berjumpa lagi untuk menu kuih savouri minggu ni. Pada minggu ini, admin nak kongsikan dua jenis resepi pasal kuih savouri ni...anda tahu ke apa tu kuih savouri?.
Kuih savouri - merupakan kuih yang yang mempunyai rasa selain dari rasa manis. Senang cerita kuih pedas.
Baiklah kita teruskan kepada resepi kita yang pertama iaitu...........................
Pulut Panggang
PORSI
: 2 ORANG
KUANTITI BAHAN
Pulut:
300g Beras pulut
250ml Santan cair
3g Garam
1
helai Daun pisang
Serunding
ikan:
350g Ikan kembung
125ml Santan pekat
10g Garam
5g Gula
5
biji Bawang
merah
20g Bawang putih
6g Lengkuas
65g Serai
10g Kunyit hidup
10g Cili merah
10g Ketumbar biji
5g Jintan manis
40g minyak masak
Langkah-langkah penyediaan pulut panggang:
Untuk
pulut:
- Rendam pulut semalaman. Kemudian toskan pulut dan letakkan di dalam loyang. Ratakan kemudian kukus selama 30 minit. Bancuh garam dengan santan cair, tuangkan ke dalam pulut tadi dan kukus selama 15 minit atau sehingga pulut masak. Gaul rata, angkat dan sejukkan.
Untuk serunding ikan:
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum
- Masukkan pati pati santan tadi dan tambahkan garam dan gula secukupnya. Masak dengan api perlahan hingga kering tetapi masih lembap. Angkat dan sejukkan
Untuk pulut panggang:
- Siapkan daun pisang , lap bersih dan layurkan. Potong lebih kurang 5 x 8 inci. Sudukan lebih kurang 2 sudu besar pulut. Ratakan dan lepekan sedikit. Letak serunding ikan sepanjang pulut tadi.
- Bentukkan menggunakan daun pisang hingga pulut menutupi serunding. Kemaskan dan semat dengan lidi tajam kiri dan kanan atau guna stapler. Buat hingga siap dan panggang hingga sedikit garing.
PORSI
: 2 ORANG
KUANTITI BAHAN
Bahan
talam
160g Tepung gandum
25g
Tepung jagung
750g
Santan
10g
Garam
1biji
Telur
Bahan
Inti
200g Daging
kisar
240g Ubi kentang
40g
Bawang besar
20g
Rempah kari
daging
140g
Lobak merah
15g
Garam
50g Minyak masak
50g
Daun sup
30g Daun bawang
30g Bawang goreng
20g
Cili merah
55g Sos
tomato
55g
Sos cili
Langkah
Penyediaan:
Untuk
talam:
- Campurkan semua bahan dalm satu bekas, kacau dan tapis. Panaskan kukusan.
- Sapu rata Loyang dengan minyak masak.
- Tuang adunan ke dalam Loyang dan kukus selama ½ jam.
- Keluarkan Loyang dari kukusan dan biarkan sejuk.
Untuk inti:
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar.
- Masukkan rempah kari dan masak hingga wangi.
- Masukkan daging dan kentang. Kemudian kacau rata
- Biarkan sehingga semuanya empuk.
- Sapukan sos cili dan sos tomato di atas talam, taburkan inti, daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
No comments:
Post a Comment