Thursday, 22 November 2012

AYAM BEREMPAH VERSI KAMPUNG......

ASSALAMUALAIKUM...
Salam hari jumaat penghulu segala hari...

Sudah lama saya tidak berkongsi dengan info-info baru kepada anda semua. Ini disebabkan saya terlalu sibuk menghabiskan projek tahun akhir saya yang akan dihantar pada hari ini...
Sangat memenatkan habis satu badan dilanda kesakitan. Alhamdulillah akhirnya saya dapat menyiapkan projek tersebut..

Angka sudah menunjukkan pukul 1.22 petang, tetapi saya masih tidak menikmati makan tengahari kerana bersemangat menghabiskan kerja saya... Cewaahhhh semangat la sangat kalau tak kerana kena hantar hari ni mesti tak siap-siap lagi.... 
Upppsssss terkantoi sudahhhh hehehe

Sementara menunggu rakan keluar mencari lauk untuk hidangan tengahari, saya menjamu selera dengan menggoogle resepi yang ada

Jom kita sama-sama menjamu selera opsss menjamu mata sambil perut berkriukkkk kriukkkk huhu


Ok ini ayam berempah versi lambat

Meh sini saya nak story resepi ayam berempah versi pantas zaaaaasssss untuk wanita berkerjaya haha
Jangan malu jangan segan untuk memcuba resepi yang saya akan kongsikan ini


AYAM BEREMPAH ALA PANTAS GITU

BAHAN-BAHAN

500g Ayam
4 sdb Cili kering yang telah dikisar
3sdb Rempah kari
3 sdbTepung Gandum (nak guna tepung apa pon boleh)
Garam secukup rasa
1 tangkai Daun kari
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

1. Gaulkan ayam bersama cili kering, rempah kari. Biarkan sebati.
2. Kemudian masukkan tepung gandum gaulkan dan masukkan garam serta daun kari.. Biarkan seketika dan boleh la terus menggoreng... Cepat kan? kan?

* Dah tengok bahan-bahan kan, anda boleh agak tak kenapa saya namakan resepi ni ayam berempah ala pantas.. Meh saya nak beritahu alasan dia.. Sebabnya resepi ni tak payah guna serai, halia dan segala rempah ratus jadi menjimatkan masa kita.. Yala kan wanita bekerjaya ni tak sempat nak pergi pasar nak beli semua tu betul tak hehe...

SELAMAT MENCUBA!!!!!!
Posted by : NOOR AZILA BINTI ASIH

No comments:

Post a Comment