Emmmmmm... apa yang kamu semua lakukan petang ni? Tengah fikir-fikir apa yang mahu disediakan untuk minum petang.... Ok di sini saya mahu kongsi satu resepi Kuih Tradisional Kedah...Sebagai orang Kedah, ini merupkan kali pertama saya mengetahui kewujudan kuih ini. Sekiranya pensyarah tidak memberi tugasan mengenai kuih tradisional negeri masing-masing saya tidak mengetahui dan ini akan menyebabkan generasi muda tidak mengenali mengenai kuih tradisi negeri masing-masing...
Oppsssss banyak pula saya membebel mesti ramai yang tak sabar-sabar nak tahu apakah kuih yang saya maksudkan...
Mari kita kira 1,2,3
Taraaaaaaaaa
Kuih apakah ini??????
Ini dinamakan KUIH BUNGA PUDAK
Rakan-rakan sekalian yang pernah ke Pekan Rabu pasti akan menemuinya.. Kuih ini makin tenggelam dek peredaran zaman.. Jadi, saya mengambil kesempatan untuk menyebarkan kepada rakan-rakan sekalian resepi yang perlu dicuba..
BUNGA PUDAK
PORSI: 60 ORANG
KUANTITI BAHAN
Kulit:
1kg Tepung pulut
250ml Air
200g Garam halus
1kg Tepung pulut
250ml Air
200g Garam halus
Inti:
500g Kelapa parut
200g Gula pasir
10g Garam
50g Perasa ros
50g Pewarna kuning/merah/hijau
500g Kelapa parut
200g Gula pasir
10g Garam
50g Perasa ros
50g Pewarna kuning/merah/hijau
CARA-CARA:
1. Campurkan semua bahan untuk inti. Goreng
dengan api sederhana, kacau hingga kering.
2. Gaul semua bahan untuk kulit. Biar
1/2 jam.
3. Sediakan kuali sederhana panas. Ambil
1 camca adunan tepung masuk ke dalam penapis kopi, ayak tepung tersebut ke
dalam kuali. Ayak rata dalam bentuk bulat.
4. Masuk inti ditengahnya. Lipat
menjadi empat segi.
5. Panaskan seketika, angkat dan ulangi
hingga habis.
Masa pon mencemburui kita jom solat asar dan kemudian saya akan keluar untuk membeli bahan memasak hidangan malam ini... Saya perlu membeli tomato dan serai... Agak-agak kamu apakah menu yang saya akan masak malam ini... Jeng jeng nantikan resepi dari saya ya..
Stay Tune... :)
Post by: Noor Azila Binti Asih
No comments:
Post a Comment