Friday 30 November 2012

MARI KENALI JENIS TEPUNG

ASSSALAMUALAIKUM
SELAMAT TENGAHARI SEMUA

Hari sudah menginjak ke bulan Disember, sungguh cepat masa berlalu. Ini bermakna tinggal sebulan sahaja lagi saya akan meneruskan sisa-sisa pengajian di UPSI. Sangat sedih bercampur gembira kerana akan menamatkan pengajian setelah 4 tahun berjuang di bumi Tanjung Malim.

Walaupun baki hanya sebulan lagi tapi..................... tugasan perlu dihabiskan jangan main-main hehe

Ok kita teruskan dengan tajuk kita ya.
Saya mendapat idea untuk mengupas topik ini adalah kerana ketika membuat tugasan masakan saya mendapati banyak menggunakan tepung. Jadi, saya ambil keputusan untuk memberi info mengenai tepung kerana saya sendiri tidak tahu jenis-jenis tepung dan fungsinya.

Mari kita kupas satu persatu. :-)

1. Plain flour / all purpose flour
-Lebih dikenali sebagai tepung gandum atau tepung serbaguna. Tepung ini hasil campuran gandum yang kasar dan halus, boleh digunakan untuk semua jenis kuih, kek dan lain-lain.


2. Superfine flour / cake flour
- Lebih dikenali sebagai tepung kek. Mengandungi kadar protein yang rendah dan kandungan kanji yang tinggi. Campuran di antara tepung gandum dan tepung jagung. Sesuai digunakan untuk membuat kek kerana teksturnya yang lebih halus dan ringan.


3. High protein flour
- Di kenali sebagai tepung roti, mempunyai kandungan protein yang tinggi. Teksturnya lebih anjal dan elastik. Sesuai untuk membuat roti dan bun


4. Self-raising flour
- Tepung ini dikenali sebagai tepung naik sendiri, merupakan campuran superfine flour dan agen penaik seperti baking powder dan soda bicarbonate. Jika menggunakan tepung ini dalam aduanan, tidak perlu menambahkan lagi agen penaik. Biasanya digunakan untuk membuat muffin, scone, pancake dan kek


5. Pau flour / Hong kong flour
- Juga dikenali sebagai water lily flour. Tepung ini sangat halus dan putih. Juga dalam kategori tepung berprotein rendah. Biasanya digunakan untuk membuat pau, kuih lapis dan kuih muih yang lain.


6. Wholemeal / wholewheat flour
- Merupakan tepung yang penuh serat, kandungan protein yang tinggi. Khasnya digunakan untuk membuat roti dan bun, boleh juga digunakan untuk membuat pancake dan muffin.


7. Corn flour
- Dikenali sebagai tepung jagung. Kegunaannya sangat meluas dalam pembuatan kek, biskut, kuih-muih dan masakan. Fungsinya untuk memekatkan adunan seperti kuah. Dalam pembuatan biskut pula bertujuan untuk medapatkan tekstur yang ranggup dan rapuh.


8. Custard powder
- Dikenali sebagai tepung kastard. Lebih kurang juga fungsinya dengan tepung jagung. Banyak digunakan dalam pembuatan biskut, bertujuan untuk mewangikan dan mendapatkan warna asli kekuningan tanpa meletakkan pewarna kedalam adunan biskut.


9. Rice flour
- Dikenali sebagai tepung beras. Merupakan tepung yang diperbuat daripada beras yang dikisar halus. Biasanya digunakan untuk membuat apam, bihun dan bancuhan pisang goreng.


10. Glutinous rice flour
- Dikenali sebagai tepung pulut. Diperbuat daripada beras merah yang mengandungi kadar peratusan kanji yang tinggi dalamnya. Biasanya digunakan untuk membuat roti dan kuih tradisional yang lain.



POSTED BY: NOOR AZILA ASIH

No comments:

Post a Comment