Oppsss dh berapa banyak salam diberi... Walaupun banyak dugaan timbul saya masih 'maintain' untuk ceria hehehe...
Entry kali ni saya nak kongsi sedikit aktiviti masa cuti saya... Di kala tahun baru sempena Maal Hijrah, saya dan keluarga berkumpul untuk program masak memasak..
Apakah menu sempena Maal Hijrah ini??? Kami sepakat untuk memasak lemang haha.. Keputusan ini dibuat kerana pada sambutan Hari Raya Aidil Adha yang lepas keluarga saya tidak membuat lemang seperti tahun-tahun lepas kerana kesibukan masing-masing...
Di sini saya nak tunjuk lemang yang kami masak...
'BBQ TIME'
Dah abis buat lemang tibalah masanya kami membakar ayam... Ayam itu diperap oleh saya hasil gabungan beberapa resepi yang di google dan dikongsi oleh rakan-rakan.. Hasil campur aduk resepi terhasillah resepi AYAM BAKAR ALA TANDORI AZILA ngeh ngeh.... Bukan saya syok sendiri ya tapi inilah komen komen dari keluarga saya...
Ini sahaja yang sempat saya ambil gambar.. Mula-mula niat di hati nak ambil gambar selepas siap di bakar tetapi tidak sempat nak ambil gambar ayam dah habis di makan.. Saya tidak sangka tetamu begitu ramai tapi itulah dinamakan rezeki.. Betul tak.. Betul betul bak kata upin dan ipin...
Posted by: Noor Azila Binti Asih
No comments:
Post a Comment