Sunday, 18 November 2012

Rojak Kateh



Assalamualaikum............

Hujan rahmat dipagi ini........semoga kita semua diberkati.......

Ok kita sambung lagi hari ini dengan menu tradisi Terengganu..........hehe mentang-mentang orang Terengganu asyik post makanan Terengganu yer........

Pernahkah anda mendengar tentang Rojak Kateh?. Rojak kateh hanya terdapat di Terengganu dan agak sukar di dapati di negeri lain. Ia sedap dimakan sahaja ratoh atau dimakan dengan nasi.

Menurut Wikipedia Melayu, ensiklopedia bebas, rojak kateh merupakan sejenis makanan traditional yang terkenal di Terengganu dan Kelantan. Ia merupakan urat keting lembu/kerbau yang direbus selama beberapa jam. Rebusan ini akan menyingkirkan semua lemak yang akan timbul dibahagian atas, meninggalkan bahagian urat yang bebas lemak sepenuhnya.
Urat ini kemudiannya akan diambil dan dipotong kepada bahagian-bahagian kecil sebelum dimasak bersama air cuka berlada. Pada kebiasaannya, ia lebih banyak dibuat pada Hari Raya Aidiladha kerana mudah mendapat kaki dari lembu korban.


Kaki lembu


Mari kita tengok resepinya pula....


Rojak Kateh



Bahan-bahannya

• 1/2 kilo kaki lembu di bakar/lidah lembu kalau nak sedap
• 1 senduk kecil lada giling
• 2 senduk kecil cuka makan
• Segenggam asam jawa
• 1 keping gula nisan'/gula anau/gula Melaka/gula perang
• Sedikit garam & gula
Cara penyediaan


Kaki lembu di rebus hingga betul-betul empuk. Setelah empuk, tos dan ketepikan. Kalau boleh potong dadu supaya mudah nak mengunyah.

Kaki lembu yang telah diambil isinya (dikikis).

Hasil yang diperolehi

  1. Panaskan kuali atas api sederhana dan masukkan lada giling, jus asam jawa dan cuka.
  2. Kalau terlalu pekat boleh masukkan sedikit air. Masukkan gula melaka dan biarkan gula larut
  3. Perasakan dengan garam dan gula. Kuah rojak kateh boleh ikut kesesuaian masing-masing. Yang penting ada rasa masam, manis dan pedas.
  4. Campurkan daging yang telah di potong kecil tadi ke dalam kuah dan biarkan sebentar.
  5. Rojak kateh sedap di makan begitu saja atau dimakan dengan nasi. Nak lagi sedap simpan dalam peti sejuk dan panaskan semula esok hari.
*Boleh juga menggunakan kaki lembu, kambing atau kerbau.

Selamat mencuba..

Posted by: Wan Nurul Izza Bt. Wan Mokhtar

No comments:

Post a Comment