Apa khabar semua.. Diharap semua sihat sihat sahaja... Di dalam kesibukan dan kekusyukan saya menyiapkan tesis, saya masih berkesempatan membuat kerja sambil menonton Masterchef musim kedua untuk siaran ulangan. Di dalam siaran tersebut para peserta menghadapi cabaran dengan mendapat tugasan memasak makanan India sempena Perayaan Deepavali. Salah satu kumpulan telah mendapat tugasan memasak Payasam.
Di dalam hati saya terfikir apa itu payasam??? payasam??? payasam???
Apa lagi saya pun terus google untuk menjawab persoalan saya haha macam tesis pulak ada persoalan kajian..
Ini dia hasil google saya
Semiya payasam
Vermicilli payasam
Kawan - kawan sudah lihat rupa payasam seperti tertera di atas. Mari kita lihat apakah payasam?
APA ITU PAYASAM?????
Ia adalah pencuci mulut yang hebat dan dinikmati sepanjang tahun. Dalam versi selatan dan timur India ia dibuat untuk perayaan tertentu. Di Selatan, Kheer dipanggil Payasam dan di timur ia dikenali sebagai Payesh.
Payasam juga terdiri daripada pelbagai jenis
a) Semiya payasam
b) Rice Payasam
c) Kerala payasam
d) Pal payasam
e) Palada payasam
f) Vermicilli payasam
Jadi, semua dah tahu serba sedikit tentang payasam bolehlah kita google resepinya pulak hehe
Selamat Mencuba semua..........
Posted By: NOOR AZILA BINTI ASIH
Di Myanmar pula Kheer dikenali sebagai semai bagi orang2 islam..mereka wajib memasak semai bila tiba hari raya untuk di sedekahkan pada jiran2 n sanak saudara..berbeza dgn malaysia yang memberi wang..:-)
ReplyDelete