Wednesday, 14 November 2012

KURUS PERSIS MODEL

Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam di seluruh dunia....

Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk menikmati kehidupan yang dipinjam sementara buat kita..
Jadi, malam ni saya tak mahu cerita tentang resepi makanan, ataupun apa jua melibatkan menu makanan tetapi saya nak cerita satu kisah penyakit yang melanda manusia zaman sekarang yang tidak tahu bersyukur... emmmmm tetiba beremosi la plak hehe...

Akibat terlalu taksub dengan dunia model, ramai golongan wanita dan remaja perempuan yang terlalu obses dengan berat badan sehingga mereka merasakan diri mereka mempunyai badan yang gemuk atau gempal....

Pernahkah anda-anda sekalian melihat kawan-kawan kita diluar sana mempunyai masalah ini ataupun anda sendiri yang mengalaminya... Tepuk dada tanya selera ngehhhhhhhhh :-)

MARI SAMA-SAMA KITA BUAT RENUNGAN DENGAN GAMBAR DI BAWAH INI.....


 

Cantik kah dengan memiliki bentuk badan sedemikian....
Siapa mahu jawab sila angkat tangan ya??????


Mari kita sama-sama kaji apakah punca penyakit ini?????

Anorexia Nervosa

Gangguan makan yang umumnya dialami oleh pada remaja perempuan adalah anoreksia atau istilah perubatannya dikenali sebagai anorexia nervosa. Anoreksia adalah aktiviti untuk menguruskan badan dengan melakukan pembatasan makan secara sengaja dan melalui kawalan yang ketat.

Penderita anoreksia sedar bahawa mereka berasa lapar, namun takut untuk memenuhi keperluan makan mereka kerana boleh mengakibatkan bertambahnya berat badan. Persepsi mereka terhadap rasa kenyang terganggu sehingga pada ketika mereka mengambil sejumlah makanan dalam jumlah yang kecil sekalipun, mereka akan segera merasa kenyang dan mual.

Mereka terus menerus melakukan diet bermati-matian untuk mendapatkan tubuh yang kurus. Pada akhirnya keadaan ini boleh menimbulkan kesan yang berbahaya, iaitu kematian si penderita. Bayangkan saja, kalau mereka terus menerus menahan diri untuk tidak makan, dari mana mereka akan mendapatkan tenaga untuk hidup.

MENGAPA TERJADI DEMIKIAN

Ketika memasuki masa remaja, khususnya masa akil baligh, remaja menjadi sangat cerewet terhadap pertambahan berat badan mereka. Terjadi perubahan fisiologi tubuh yang kadangkala mengganggu fikiran mereka. Biasanya, perkara ini lebih sering dialami oleh remaja perempuan daripada remaja lelaki. Bagi remaja perempuan, mereka mengalami pertambahan jumlah jaringan lemak sehingga mereka akan mudah menjadi gemuk apabila mengambil makanan yang berkalori tinggi.

Kalau dahulu, makan apa pun tidak memberi kesan kepada berat badan, tetapi setelah masa akil baligh (biasanya ditandai dengan menstruasi), baru makan coklat dua keping, tetapi beratnya sudah tambah sekilogram. Pada kenyataannya, kebanyakan wanita ingin keihatan langsing dan kurus kerana mereka beranggapan bahawa menjadi kurus akan membuatkan mereka bahagia, berjaya, dan popular. Apalagi kalau melihat ‘body’ para selebriti yang langsing (sebenarnya lebih tepat dikatakan kurus kering tidak berisi).

Sementara kalau tubuh kita gemuk atau berisi, pakai baju apa pun rasanya seperti sedang memakai karung guni. Akhirnya, lingkungan persekitaran juga turut mempengaruhi. Semakin sering diejek gemuk, maka dietnya semakin hebat. Maka, tidak menghairankan apabila ketidakpuasan seseorang dengan bentuk tubuhnya akan mengembangkan masalah pada gangguan makan. Remaja dengan gangguan makan seperti di atas memiliki masalah dengan ‘body image’nya.

Ertinya, mereka sudah memiliki suatu ‘mind set’ (pemikiran yang sudah terpateri di dalam otak) bahawa tubuh mereka tidak ideal. Mereka mempersepsikan tubuh mereka sebagai gemuk, banyak lemak di sana sini, tidak seksi dan lain-lain yang kesimpulannya tidak sedap mata memandang dan tidak semenarik tubuh orang lain.

Akibat pemikiran yang sudah terpateri ini, seorang remaja akan selalu melihat tubuh mereka terkesan gemuk padahal kenyataannya berat badan mereka semakin turun hingga akhirnya mereka menjadi sangat kurus. Mereka akan dihantui perasaan bersalah, manakala mereka makan banyak kerana perkara itu akan menyebabkan berat badan naik.

Masalah ‘body’ ini akhirnya menyebabkan remaja menjadi tidak yakin pada diri sendiri dan sukar untuk menerima keadaan dirinya. Mereka beranggapan bahawa kepercayaan diri akan tumbuh kalau mereka juga memiliki tubuh yang sempurna (sempurna di sini bermaksud kurus).

APAKAH KESANNYA

Penderita atau penghidap anoreksia boleh menurunkan berat badan antara 25-50 peratus daripada berat badan mereka. Jika gangguan ini, baik anoreksia mahupun bulimia tidak segera ditangani, maka boleh membawa kesan serius baik secara fizikal mahupun psikologi, bahkan kes yang parah sehingga boleh menyebabkan kematian. Kesan fizikal yang umumnya terjadi pada mereka adalah seperti yang berikut:

1. Kehilangan selera makan, hingga tidak mahu mengambil apa-apa pun makanan.
2. Luka pada kerongkong dan infeksi saluran pencernaan akibat terlalu sering memuntahkan makanan.
3. Lemah, tidak bertenaga.
4. Sukar berkonsentrasi.
5. Gangguan menstruasi.
6. Kematian.

Kesan fizikal secara tidak langsung juga akan mempengaruhi keadaan psikologi seseorang, sehingga masalah psikologi yang muncul pada mereka dapat dikesan menerusi simptom seperti yang berikut:

1. Perasaan tidak berharga.
2. Sensitif, mudah tersinggung, mudah marah.
3. Mudah merasa bersalah.
4. Kehilangan minat untuk berinteraksi dengan orang lain.
5. Tidak yakin diri, canggung berhadapan dengan orang ramai.
6. Cenderung berbohong untuk menutup perilaku makannya.
7. Minta perhatian orang lain.
8. Depresi (sedih terus menerus).

Mereka memerlukan bantuan segera daripada pakar psikologi, doktor, pakar pemakanan, dan tentu sahaja ibu bapa untuk memulihkan masalah tersebut agar tidak membawa kesan yang lebih serius lagi, iaitu kematian. 

Jadi, nasihat saya untuk mendapatkan berat yang ideal kita perlu mengamalkan gaya pemakanan yang sihat...
Setakat ini dahulu entry saya kita jumpa lagi di lain waktu... Selamat malam Assalamualaikum... PEACE

POSTED BY: NOOR AZILA BINTI ASIH

No comments:

Post a Comment