Wednesday 19 December 2012

SOTONG


Assalamu’alaikum semua.
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menimati anugerah Allah.

Sudah berapa hari saya tidak muncul dengan topik-topik baru. Biasa la sibuk sebagai pelajar tahun akhir.

Petang-petang macam ni perut sudah terasa lapar. Al maklum la makan tengahari awal sangat tadi.
Tiba-tiba diri ini terbayang duduk di restoran tepi pantai sambil menikmati sotong goreng tepung.
Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh memang sedap. Tapi apa kan daya kat Tanjong Malim ni mana ada pantai hehe. Berangan jala.

Mari kawan-kawan saya nak kongsi jenis-jenis sotong yang ada kat perairan Malaysia.

Jenis-jenis sotong yang terdapat diperairan negara kita.

Sotong Torak

Sotong Katak


 Sotong Cumit


Sotong Kurita
 

 Sotong Mengabang
 

Wahhhhh banyak jenis rupanya ya. Pelbagai jenis masakan yang kita boleh masak menggunakan SOTONG. 

TAPI TAK SEMUA SOTONG BOLEH DI MAKAN YA.

Sebelum itu, mari sama-sama kita lihat  PETUA SEBELUM MEMASAK SOTONG.


1.      PETUA MEMBUANG KULIT SOTONG

Ada beberapa petua yang digunakan untuk membuang kulit sotong. Sotong yang hendak dibuang kulitnya hendaklah direndam ke dalam air beras selama beberapa minit. Selepas itu, kulit sotong akan mudah ditanggalkan. Ada juga sotong yang direndam dan diramas bersama suratkhabar bagi mempercepatkan kulit sotong tertanggal. walaupun begitu, sotong baru lebih sukar untuk ditanggalkan kulitnya berbanding sotong 
lama.

2.      PETUA MELEMBUTKAN SOTONG YANG LIAT

Satu cara bagi melembutkan sotong yang liat seperti sotong mabang ialah dengan merendam sotong berkenaan di dalam abu hasil pembakaran. Kaedah ini juga selalu digunakan bagi melembutkan sotong 
kering selain daripada menggunakan air panas.


3.      PETUA MENGEKALKAN KESEGARAN SOTONG

Bagi menonjolkan kesegeran sotong yang dimasak, sotong boleh direndam beberapa minit ke dalam cuka makan. Sotong yang direndam ke dalam cuka akan kelihatan lebih segar dan cantik selepas dimasak.

Satu lagi sotong yang saya nak tunjuk kepada anda semua..


Ini merupakan sotong kembang. Sangat enak apabila di masak sambal.

PETUA MELEMBUTKAN SOTONG KEMBANG

Asam jawa dan asam keping yang membuatkan sotong kembang menjadi liat dan keras. Oleh itu, kita kena empukkan sotong dahulu dan barulah masukkan salah satu asam ni jangan masukkan asam boi sudah, nanti sambal sotong kembang jadi asam masin pulak.



SELAMAT MEMASAK SOTONG YA KAWAN-KAWAN. MASAK SEDAP-SEDAP TAU.

Posted by Noor Azila Asih

No comments:

Post a Comment