Saturday, 22 December 2012

PETUA MENGHILANGKAN BAU NASI HANGIT





ASSALAMUALAIKUM.....


Pada masa sekarang ramai orang menggunakan periuk nasi elektrik untuk memasak nasi. Jadi risiko untuk nasi hangit tu tersangatlah kurang kecuali kuantiti air kurang. Cuba anda menggunakan periuk biasa untuk memasak nasi, risiko untuk nasi hangit sangat besar kerana orang sekarang bukan orang zaman dahulu, tak tahu nak anggar dah masak ke belum.






Jom kita tengok 3 cara mudah untuk menghilangkan bau nasi yang hangit:


1. MENGHILANGKAN BAU NASI HANGIT DENGAN DAUN SIRIH





Jika nasi menjadi hangit selepas dimasak, jangan keluarkan dahulu tetapi cuba letakkan beberapa helai daun sirih dalam periuk nasi dan tutup selama 5 minit. Kemudian barulah buka penutupnya dan bau nasi hangit akan hilang.

 2. MENGHILANGKAN BAU NASI HANGIT DENGAN MENGGUNAKAN 
CILI PADI
Ambil beberapa cili padi dan cucukkan hujungnya pada bahagian atas nasi seperti mencucuk lilin pada kek hari jadi. Biarkan seketika dan apabila cili padi kelihatan layu atau seperti lebam, bau hangit akan hilang. 


               3. MENGHILANGKAN BAU NASI HANGIT MENGGUNAKAN 
CILI KERING


Ambil beberapa tangkai cili kering dan letakkan dalam periuk nasi (kuantiti cili kering bergantung kepada jumlah kuantiti nasi yang dimasak). Setelah itu, panaskan kembali nasi selama dua minit dan bau nasi hangit akan hilang. 

POSTED BY: WAN NURUL IZZA BT. WAN MOKHTAR

No comments:

Post a Comment