Saturday 22 December 2012

CARA MEMBUANG LEMAK SUP

ASSALAMUALAIKUM........

Cuaca di Terengganu malam ni sejuk sebab hujan lebat sanagt di luar. Best kalau hujan-hujan ni boleh makan sup kan? Tetapi kalau kita masak sup mesti ada satu masalah besar yang biasa kita hadapi iaitu lemak sup terapung pada permukaan sup.

Saya nak kongsikan satu petua untuk membuang lemak sup............


Anda penggemar sup, lihat sup anda apabila sudah sejuk, akan timbul lapisan lemak pada permukaan sup kan?

Untuk mengatasi masalah ini, selepas anda memasak sup, biarkan ia sejuk sendiri. Kemudian letakkan sup tersebut di dalam peti sejuk supaya sup menjadi lebih sejuk. Oleh itu, akan muncullah lapisan lemak pada permukaan sup tersebut. Jadi ambillah sudu dan buang lemak-lemak tersebut. Bolehlah anda memanaskan kembali sup anda dan nikmatilah ia semasa masih panas.


POSTED BY: WAN NURUL IZZA BT. WAN MOKHTAR

1 comment:

  1. Cara ni pun boleh ye? Tqtq. Jenuh nak panaskan sup,kejap ke dah sejuk dah beku lemak kt atas

    ReplyDelete