ASSALAMU’ALAKUM SEMUA………..
Pada kelas
amali yang terakhir, iaitu bersamaan 20 12 2012 kami mengadakan majlis makan–makan
bersama dengan pensyarah subjek Penyediaan Masakan Timur. Kami mengadakan
buffet dengan menyediakan pelbagai jenis hidangan seperti hidangan perkahwinan,
hari jadi, Melayu dan Cina.
Saya
telah memasak hidangan untuk masakan Cina. Antara menu yang di masak adalah pak choy
with oyster sauce. Sangat sedap tau. Sayur ini menggunakan sos tiram
sebagai sosnya.
Jadi,
hari ni saya nak kongsi mengenai sos tiram.
Nama Inggeris: Oyster Sauce
Sos yang pekat, masin dan berperisa tiram ini kebanyakkannya dijual dalam
botol, dan ada juga dalam tin. Tepung jagung memberikan kepekatan kepada
teksturnya manakala caramel menyumbangkan warna coklat gelap. Sos tiram
menambahkan rasa sesuatu masakan tanpa menenggelamkan rasa bahan yang lain. Ia
sesuai dengan masakan daging atau sayuran. Ia digunakan sebagai perasa, dalam
gorengan dan masakan lain.
DI BAWAH ADALAH Resepi ringkas yang boleh anda cuba.
Udang masak masam manis.
Bahan-bahannya:
1/2 kilo udang sederhana besar
4 biji bawang besar (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 cawan cili boh
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
1/2 cawan jus assam jawa
garam & gula secukup rasa
minyak untuk menumis
Cara-cara penyediaannya:
1. Tumiskan bawang besar & putih
dengan minyak sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili boh dam masak seketika
sehingga keluar minyak.
2. Masukkan sos tiram & sos
tomato serta jus assam jawa tersebut. Garam & gula juga tidak dilupakan.
Kacau dan rasa masin & manisnya.
3. Akhir sekali masukkan udang dan
kacaukan udang dengan kuah masam manis itu sehingga sebati dan dibiarkan
seketika sehingga udang masak.
4. Siap dihidangkan dan siap sedia
untuk dimakan.
Selamat mencuba.........:)
Posted by: NOOR AZILA ASIH
No comments:
Post a Comment