Friday 14 December 2012

AIR BARLI


ASSALAMU’ALAIKUM
Tengah buat apa tu??? Mesti tengah santai-santai. Besok hujung minggu mesti sudah merancang nak pergi mana-mana. Saya tidak sempat nak berjalan-jalan dan melancong lagi tengah bertungkus lumus nak siapkan assignment. Masih berbaki seminggu sahaja  lagi saya akan menamatkan pengajian. Kawan-kawan tolong doakan saya ya dapat habiskan tanpa sebarang masalah amin amin.

Saya hanya nak kongsi beberapa info, petang tadi saya ada pergi berjumpa pakar berkenaan masalah kerap kencing dan sakit. Emmmm jadi kena bebel la sikit dengan doctor pesan suruh banyak minum air masak. Itu la orang degil macam saya asyik minum ais ja kan dah mendatangkan masalah. Masa mula-mula cek tadi berdebar juga takut buah pinggang ada masalah tapi………………… Alhamdulillah semua organ dalaman saya ok.

Jadi, lepas ini saya perlu titik beratkan soal kesihatan. Untuk langkah menjaga kesihatan saya boleh mengamalkan minum air barli.
BARLI !!!!!!!!! tahu tak air barli.


Mari sama-sama kita lihat kelebihan air barli ni.

·         Barli ni sebagai penyejuk badan,bagus untuk orang demam.Rasullullah pernah memberi minuman/sup barli kepada orang yang demam untuk menyejukkan badannya.

·         BARLI BAKAR::khasiat utama ialah untuk menjaga dan membersihkan buah pinggang terutamanya melancarkan proses pencernaan dan pembersihan darah. Elok minum kalau ada sembelit macam saya hehe.

·         Melawaskan kencing. *kalau pregnant selalu dapat kencing kotor kan..so minum la barli untuk elakkan* tapi saya tak pregnant pon dah kencing kotor.

·         Mencegah dan merawat penyakit batu karang.


Secara ringkasnya, barli berkhasiat untuk :
·         Mencegah / mengurangkan risiko Sembelit
·         Mengurangkan kadar kolesterol
·         Mencegah kanser
·         Mengurangkan risiko kencing manis
·         Menyejukkan badan
·         Memelihara buah pinggang
·         Melawaskan kencing
·          Membantu melancarkan penghadaman

Kat sini saya nak kongsi resepi air barli yang boleh anda amalkan.

Air Lemon Barli

Bahan-bahan :-

1 Cawan Barli
1.5 Liter Air
Gula Secukupnya
2 Biji Lemon


Cara-cara :-

1) Cuci barli sampai bersih, rebuskan bersama air sehingga kembang dan lembut kemudian.
2) Masukkan gula secukup rasa.
3) Bila agak suam, perahkan lemon.
4) Siap untuk diminum atau boleh juga diletakkan ais . . 

Selamat mengamal ya. Kesihatan perlu dijaga jangan nakal-nakal.
Posted by NOOR AZILA ASIH

1 comment: