Maaf terlewat memaparkan entry amali ke 7. Kesibukan yang melanda diri menyebabkan tiada ruang untuk berkata-kata. Tapi tidak mengapa perjuangan harus diteruskan. Kemuncaknya akan sampai jua.Ok mari kita tengok resepi-resepi untuk set menu India pada kali ini.
Nasi Briyani, ayam masak briyani, dalca dan pakoras with cucumber raita |
NASI
BRIYANI
PORSI
: 2 ORANG
KUANTITI BAHAN ALATAN
280g Beras basmathi besen
250g Susu cair jug
penyukat
500g Air periuk
30g Minyak sapi senduk
8g Rempah briyani lesung batu
2g Paprika
3g Buah pelaga
5g Kayu manis
4g Bunga cengkih
5g Garam masala
8g Garam
10g Badam hiris
20g Gajus goreng
10g Bawang goreng
10g Daun pudina-Di
tumbuk
3g Halia
20g Bawang putih-Di
hiris
20g Bawang merah
Langkah
Penyediaan:
1. Panaskan
minyak sapi di dalam periuk dan tumiskan buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih
dengan bawang merah.
2. Masukkan
bahan tumbuk, garam, garam masala, paprika dan rempah beriani
3. Tuangkan
air dan susu biarkan bahan mendidih.
4. Masukkan
beras dan biarkannya kering.
5. Kacau
nasi dan taburkan sebahagian gajus, badam dan bawang goreng. Tutup periuk dan
biarkan 30 minit.
AYAM
MASAK BRIYANI
PORSI
: 2 ORANG
KUANTITI BAHAN ALATAN
800g Paha ayam landas
cincang
140g Tomato senduk
8g Rempah briyani periuk
30g Daun ketumbar jug penyukat
30g Daun pudina penapis
45g Minyak sapi sudip
30g Tomato puri
10g Badam
15g Gajus
10g Bawang goreng
3g Garam
Bahan
perap
15g Halia
20g Bawang putih
25g Cili merah
3g Serbuk lada
hitam
Tairu
15g Limau
70g Susu cair
Bahan
tumis
20g Bawang besar
7g Kayu manis
5g Buah pelaga
4g Bunga cengkih
Langkah
Penyediaan:
- Perapkan
ayam dengan bahan perapan yang telah dikisar selama satu jam.
- Setelah
satu jam ayam diperap, panaskan kuali dan cairkan minyak sapi kemudian
tumis bahan tumisan dengan menumis kayu manis , buah pelaga dan bunga
cengkih terlebih dahulu. Setelah naik bau masukkan hirisan bawang besar
dan tumis sehingga layu dan sedikit garing dengan menggunakan api yang
perlahan.
- Masukkan
tomato puri dan rempah briyani dan kacau sehingga sebati dan biarkan
sehingga garing.
- Masukkan
ayam, tomato, dan ketumbar, daun pudina dan sedikit air supaya ianya tidak
hangit dan mempercepatkan proses memasak ayam.
- Kecilkan
api, masukkan badam, gajus, tairu dan bawang goreng. Masak sehinga pekat.
- Sesuaikan rasa.
DALCA
PORSI
: 2 ORANG
KUANTITI BAHAN ALATAN
300g Daging landas
cincang
120g Lobak merah mangkuk
kecil
80g Terung panjang pisau
70g Tomato periuk
120g Kentang kuali
100g Kacang buncis senduk
200g Kacang dal
50g Rempah kari daging
500ml Santan
50g Bawang besar
35g Bawang putih
10g Halia
15g Kulit kayu manis
5g Bunga cengkih
5g Buah pelaga
5g Air asam
15g Garam
10ml Minyak
8g Serbuk cili
500ml Air
Langkah
penyediaan:
1. Rebus
kacang dal dan daging sehingga keduanya masak empuk.
2. Masukkan kentang dan lobak merah. Rebus sehingga empuk dan diikuti terung panjang, kacang buncis dan tomato.
3. Tumis darat: panaskan minyak dalam kuali. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan diikuti dengan bawang besar, halia dan bawang putih yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan rempah kari daging dan serbuk cili gaul rata. Masukkan air asam dan garam. Tumis sehingga ia masak dan masukkan ke dalam periuk rebusan dan sayur-sayuran. Kacau sehingga sebati.
5. Masukkan santan yang dibancuh bersama air dan masak sehingga mendidih dan rasakan garamnya.
2. Masukkan kentang dan lobak merah. Rebus sehingga empuk dan diikuti terung panjang, kacang buncis dan tomato.
3. Tumis darat: panaskan minyak dalam kuali. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan diikuti dengan bawang besar, halia dan bawang putih yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan rempah kari daging dan serbuk cili gaul rata. Masukkan air asam dan garam. Tumis sehingga ia masak dan masukkan ke dalam periuk rebusan dan sayur-sayuran. Kacau sehingga sebati.
5. Masukkan santan yang dibancuh bersama air dan masak sehingga mendidih dan rasakan garamnya.
PORSI
: 2 ORANG
KUANTITI BAHAN ALATAN
Pakoras
200g Terung pemukul
(whisk)
200g Kentang pisau
140g Tepung kacang kuda besen
3g Serbuk cili sudu
3g Soda bikarbonat kuali
300ml Minyak sudip
7g Garam
Cucumber
raita
25g Limau
130g susu cair
25g Cili hijau
250g Timun
60g Bawang putih
4g Jintan putih
Tairu
130g Susu cair
25g Limau nipis
Langkah
penyediaan:
Menyediakan pakoras
1. Bancuh
tepung kacang kuda, serbuk cili, garam dan soda bikarbonat dengan air hingga
menjadi bater sadur.
2. Panaskan
minyak dalam kuali. Celupkan sayur-sayuran dalam bater satu persatu dan goreng
hingga garing. Angkat dan toskan.
Menyediakan cucumber
raita
1. Pukul
tairu dengan whisk hingga licin dan
pekat.
2. Masukkan
timun, bawang besar dan cili. Sesuaikan rasa dan masukkan jintan putih yang telah
disangai. Sejukkan raita dalam peti sejuk. Kemudian boleh dihidangkan
bersama-sama pakoras.
Menyediakan
tairu
1. Perahkan
air limau nipis ke dalam susu cair.
2. Kacau
sehingga susu menjadi pekat dan berbuih
No comments:
Post a Comment