Saturday, 15 December 2012

ALAHAI SEDAPNYA MAKANAN LAUT

ASSALAMU'ALAIKUM

Salam sejahtera. Diharapkan anda semua sihat-sihat sahaja. Semoga anda semua memperoleh kebahagian di dalam kehidupan seharian. 

Saya baru sahaja balik dari menikmati CHAR KUAY TEAW Sungai Dua. Perghhhhh memang sedap sehingga menjilat jari. Saya ni seronok bercerita tentang char kuey teaw, apa kaitannya dengan tajuk di atas. Haaaaa sudah semestinya udang yang ada di dalam char kuey teaw tersebut. Udang adalah sejenis makanan laut yang menjadi kegemaran ramai orang.



TAPI...........................
Tidak semua orang gemarkan makanan laut. Hal ini kerana, ada sesetengah orang alergi dengan makanan laut. Jangan semua orang tidak tahu makanan laut mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

KHASIAT MAKANAN LAUT

Dalam makanan laut ini mengandungi minyak atsiri yang sangat penting bagi tubuh. Hidangannya yang unik menjadi nutrisi paling baik yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Menurut fakta, minyak merupakan komponen terbesar kedua di makanan laut secara umum. Minyak makanan laut yang dimaksudkan bukanlah minyak yang memudaratkan kesihatan malah memberi manfaat pada kesihatan diri anda.

Kelebihan makanan laut untuk kesihatan anda:
§  Mengandungi omega-3 asam lemak
§  Mengandungi asam eicosapentaenoic (EPA) dan asam docosahexaenoic (DHA) yang baik bagi tubuh
§  Mencegah osteoporosis
§  Memiliki sifat tekanan rendah, baik untuk penderita hipertensi
§  Membantu untuk mengurangi berat badan
§  Dinasihatkan untuk memakan makanan laut sekali atau dua kali dalam seminggu.

Antara hidangan makanan laut adalah:-

1.      Ikan Salmon

Ikan Salmon ini sangat bagus dimakan untuk seisi keluarga kerana ia kaya dengan EPA dan DHA yang berguna meningkatkan kecerdasan dan membantu memperbaiki konsentrasi. Malah meningkatkan daya ingatan manusia. Ikan salmon ini juga menghindar daripada penyakit Alzheimer di usia tua.
2. Udang

Udang pula bermanfaat untuk mencegah anemia sekaligus berperanan untuk pembentukan sel darah marah. Udang ini mengandungi zat mineral besi. Selain itu, udang juga memiliki kandungan lemak omega 3 dan vitamin B12 yang mempunyai banyak manfaat. Zat-zat ini berguna untuk membuat otak bertambah pintar, awet muda serta terhindar daripada radikal bebas seperti mencegah penggumpalan darah.
3.  Cumi-cumi
HEHE...baru saya tahu ini adalah cumi cumi. Saya panggil semua spesies sotong sahaja.
Cumi-cumi adalah sejenis sotong yang mana mengandungi protein yang cukup tinggi selain terdapat asam amino esensial dan nonesensial. Ia juga mengandungi mineral natrium, kalium, fosfor, kalsium, magnesium, dan selenium yang cukup tinggi. Cumi-cumi bermanfaat mengaktifkan sel darah putih untuk membasmi tumor nombor satu.

KEBURUKAN MAKANAN LAUT

Pesakit-pesakit kencing manis atau diabetes sudah semestinya diberitahu oleh doktor yang merawat agar mengelak untuk memakan makanan yang mengandungi banyak kolesterol, gula, kanji, karbohidrat dan lemak. Mengapa? Sebenarnya bukanlah 100% dilarang untuk makan makanan tersebut, namun sekadar untuk merasa tidak lah mengapa. Apa pun perlulah mencari makanan alternatif atau pilihan supaya kandungan gula, kolesterol, protein dan lemak didalam darah tidak meningkat.

Tahukah anda?????

Serangan jantung

Makanan laut mengandungi banyak kalsium, kolesterol, asid dan iodin? Pengambilan yang terlalu banyak akan mengakibatkan peningkatan kepada paras kolesterol darah yang seterusnya akan membawa kepada serangan jantung. Peningkatan paras kalsium atau garam di dalam darah pula akan mengakibatkan penyakit hipertension atau darah tinggi yang mana akhirnya boleh berlakunya stroke jika tidak dikawal. Manakala asid pula akan menyebabkan bertambahnya asid urik didalam darah mengakibatkan penyakit gaut. Iodin berlebihan pula boleh memberi kesan kepada kelenjar tiroid.

Pengambilan ubat-ubat moden untuk mengawal paras kolesterol, kalsium, asid dan iodin tidaklah memberi kesan penurunan yang berkesan jika pemkanan diambil keterlaluan. Ini kerana selain bertindak mengurangkan paras bacaan, ubat-ubat moden ini akan memberikan kesan sampingan kepada sistem badan yang lain seperti usus, buah pinggang, hati, hempedu dan jantung sendiri.

Kaedah pengawalan sebaiknya ialah melakukan pengurangan pemakanan ke atas makanan laut dan mengambil sayur-sayuran hijau sebagai tambahan. Mungkin ada diantara anda tidak suka memakan sayur, namun ketidakseimbangan pemakanan itulah yang menjadi penyebab kepada penyakit anda. Maka mahu tidak mahu pun sayur-sayuran hijau perlulah diambil sebagai membantu mengawal keseimbangan badan.

Saya berharap info ini dapat membantu anda sedikit sebanyak. Apa pun yang kita makan mestilah berpada-pada dan kawal nafsu makanan kita. Hehe pesanan untuk diri sendiri juga la.

Selamat membaca............

Posted by Noor Azila Binti  Asih





No comments:

Post a Comment