Friday, 21 December 2012

MAKANAN MATA...blingbling



Mata adalah sebahagian daripada organ manusia. Ia merupakan bahagian dalam anggota badan manusia yang paling cepat berkembang jika dibandingkan dengan bahagian lain. Saiz bola mata manusia akan berkembang antara lima hingga tujuh milimeter (mm) sahaja sepanjang hayat. Diameter bola mata bayi yang baru dilahirkan adalah 17.5mm, manakala pada orang dewasa adalah 23mm. Isipadu bola mata juga hanya akan bertambah sebanyak 3.5 sentimeter padu dari manusia dilahirkan sehingga ia dewasa.

Ketika bayi baru dilahirkan, ketajaman penglihatannya adalah 6/60, perkembangan ketajaman penglihatan mencapai ke tahap 6/6 ketika kanak-kanak berusia 4 tahun. Sekiranya berlaku masalah atau gangguan dalam proses tumbesaran manusia, seperti penyakit kronik atau kekurangan makanan maka ia akan mengganggu perkembangan mata dan sistem penglihatan. Oleh itu, keseimbangan dalam pemakanan adalah amat penting untuk menjaga kesihatan mata dan sistem penglihatan.



MAKANAN KESIHATAN MATA


Avocado
Avocado merupakan buah yang mengandungi banyak nutrisi terutama lutein iaitu aktioksidan karetonoid yang mencegah degenerasi macular dan katarak. Selain itu, buah ini juga mengandungi banyak vitamin yang penting untuk mata iaitu Vitamin A, Vitamin C, Vitamin B6, dan Vitamin E.
Lobak Merah
Kaya dengan beta karotein yang ditukar menjadi vitamin A di mana ianya berfungsi dalam proses bioelektrik mata dan membantu badan melepaskan radikal bebas.
Bayam
Merupakan sumber yang kaya dengan vitamin A iaitu nutrisi yang baik untuk mata seperti lutein dan zeaxanthin.
Biji Bunga Matahari
Mengandungi selenium yang mencegah katarak dan nutrisi penting untuk mata.
IKHLAS: ILI SUHAILI BINTI ISHAK

No comments:

Post a Comment