ASSALAMU’ALAIKUM.
Apa khabar
kawan-kawan? Berjumpa kita lagi ditajuk yang hangat hehe. Hari ini saya nak
bincangkan mengenai tabiat pemakanan kita termasuk saya sendiri. Kebanyakan kita
tidak mengendahkan makanan yang kita makan.
Tahukah anda?
Makanan yang
kita makan terdiri daripada makanan yang berasid dan beralkali
Sistem
imunisasi kita berfungsi dengan baik di bawah keadaan alkali tetapi juga
memerlukan keadaan berasid. Pendek kata badan kita memerlukan keseimbangan
untuk mengekalkan pH darah pada 7.4. Metabolisme keseluruhan bergantung pada
keseimbangan makanan berasid dan alkali.
MENGIKUT pengamal perubatan alternatif, untuk
sihat kita perlu mengambil makanan dalam pecahan 80 peratus makanan beralkali
dan 20 peratus makanan berasid untuk mengekalkan kesihatan serta meningkatkan
daya ketahanan badan.
Namun, yang berlaku kini
adalah sebaliknya, iaitu 80 peratus makanan bersifat asid dan hanya 20 peratus
makanan beralkali.
Kenapa perlu seimbangkan
pemakanan makanan berasid dan alkali?
1. Kesihatan
buah pinggang, usus, sistem penghadaman dan hati
2.
Melawan penyakit seperti arthritis dan sakit jantung
3.
Mempertahankan badan dari kerosakan sel radikal
bebas.
4.
Membantu memperoleh mineral dan vitamin dari
makanan.
5.
Mengekalkan dan meningkatkan mobiliti sendi dan
otot.
6.
Meningkatkan tahap oksigen dalam pengaliran
darah
7.
Keseimbangan antara kedua-dua makanan mengawal
masalah penghadaman dan pergerakan usus.
8.
Mengawal paras gula.
9.
Mengekalkan tekanan darah serta mengawal
kenaikan dan penurunannya
Di
sini ada contoh tabiat pemakanan yang boleh kita jadikan contoh.
Apabila makan, cuba seimbangkan makanan
berasid dan alkali. Sebagai contoh, jika makan satay, makan sekali dengan
timunnya. Jika makan daging, ayam, seimbangkan dengan sayurnya seperti bayam
dan sebagainya.
Selamat beramal....
Posted by Noor Azila Asih
No comments:
Post a Comment