Sunday 23 December 2012

MERAHNYA WARNA TOMATO

ASSALAMU'ALAIKUM..

Siapa kat sini sangat menggemari  buah tomato... Buah tomato mempunyai banyak khasiatnya. Saya pada suatu ketika dulu kurang meminati buah tomato tetapi lama kelamaan apabila memasukkan buah tomato dalam tomyam menyebabkan saya menggemari buah tomato.

Sangat lazat tetapi jangan biarkan buah tomato terlalu lalu layu keran mungkin akan mnyebabkan buah tomato menjadi tidak sedap lagi.

BUAH TOMATO


Kingdom:
(unranked):
(unranked):
Order:
Family:
Genus:
Species:
S. lycopersicum
Solanum lycopersicum

Lycopersicon lycopersicum
Lycopersicon esculentum


Tomato boleh dirujuk kepada kedua-dua tanaman (Solanumlycopersicum) dan jenis yang boleh dimakan,pada kebiasaan, buahnya berwarna merah. Berasal dari Amerika Selatan, tomato telah disebarkan kemerata dunia semasapenjajahan Sepanyol keatas Amerika, dan pelbagai jeniskini ditanam secara meluas dimerata tempat diseluruh dunia. 

Buah tomato digunakan dalam pelbagai cara, termasuk mentah, sebagai bahan dalam masakan, sos, minuman dan kegunaan luaran. Buah yang kaya dengan lycopene, yang mungkin mempunyai kesan-kesan kesihatan yangbermanfaat.


KHASIAT BUAH TOMATO

Merah pekat buah tomato adalah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi, yang memyebabkan tomato itu berwarna merah. Likopena ini mengandungi pelbagai khasiat.

Likopena ini mengandungi kebaikan antioksidan yang dapat menlancarkan perjalanan darah dalam badan. Justeru itu, dapat mengelakkan dari penyakit kanser dan juga serangan sakit jantung. Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato. Selain itu, buah tomato baik utk lelaki kerana dapt mengelakkan kanser prostat.

Selain itu, buah tomato jugak kaya dengan vitamin C.Vitamin C atau asid askorbik ini banyak khasiat nya dalam penjagaan kesihatan tubuh badan. 

Salah satu peranannya adalah dalam penjagaan kulit. Dengan demikian, buah tomato ini, dapat menghaluskan kulit dan mengelakkan pertumbuhan jerawat.

Posted by NOOR AZILA ASIH

No comments:

Post a Comment