Thursday, 6 December 2012

Daging oh daging


Alhamdulillah bersua kita kembali di dalam entry yang terbaru. Bersyukur kerana kita masih berkesempatan untuk menikmati anugerah Allah yang tidak terhingga. 

Semalam, saya bersama rakan-rakan telah ditugaskan untuk memasak makanan India. Salah satu resepi yang kumpulan saya dapat ialah dalca daging. Daging, daging, daging dan dan daging......

Emmmm jadi hari ini saya mahu kongsi beberapa petua berkenaan daging.

 

PETUA MEMASAK DAGING AGAR SEDAP

1. Elakkan daripada terus memasak daging yang baru saja dikeluarkan dari tempat sejuk beku atau freezer.
 
- Sekiranya kita DEGIL terus memasaknya juga, pasti ada sesetengah bahagian daging yang tidak masak sepenuhnya.
 - Sebaik-baiknya, keluarkan ia lebih awal sekiranya kita dah ada pelan nak memasaknya. Rancanglah dengan sebaik mungkin.
 - Kalau terlupa, apa salahnya minta bantuan salah seorang ahli keluarga keluarkannya. Ataupun sekurang-kurangnya dia boleh tolong ingatkan.

2. Sebelum memasak, gaulkan setiap pelusuk bahagian daging dengan serbuk perasa (campuran bawang merah, cili kering dan halia yang telah dikisar, garam, kunyit dan lain-lain ikut resepi anda) hingga sebati.
 - Kemudian, perapkan daging tersebut dalam 30 minit atau 1/2 jam. Kalau nak sedap, peraplah semalaman. Ia pasti lebih "mesra".

3. Selepas memasak ataupun menggoreng sebarang jenis resipi daging, biarkannya tanpa dipotong sekitar 3 hingga 5 minit.
 - Tujuannya agar rasa dan nutrien daging tersebut benar-benar sebati.

4. Selepas daging tersebut siap dimasak, eloklah ditoskan dulu minyaknya. Elak daripada pakai suratkhabar sebagai alat atau tempat mengetos. Kandungan karbon yang ada padanya tu hanya akan membahayakan kesihatan kita.
- Tujuan "toskan" daging adalah supaya minyak berlebihan tidak "turut serta" join sekali semasa ia dihidangkan. Ini kerana minyak yang berlebihan itu memang tak elok untuk kesihatan.



PETUA HILANGKAN HANYIR DAGING DAN AYAM


Bau hanyir masakan boleh mematikan selera. Cubalah salah satu cara di bawah ini untuk menghilangkan bau hanyir daging atau ayam.

1) Perap daging atau ayam dengan asam jawa, atau perahan limau nipis/kasturi/lemon, atau tepung gandum selama 10 minit. Bilas hingga bersih.

2) Lumur daging atau ayam dengan sedikit cuka masakan dan perap selama sejam. Bilas hingga bersih.

Hehe selamat mengamalkan petua berguna ini....

Posted by: Noor Azila Binti Asih

No comments:

Post a Comment