NI HAO MA??
maksudnya.....apa khabar..
pada minggu ini kumpulan kami telah menyediakan masakan cina...
ini adalah pengalaman pertama kumpulan kami menyediakan masakan cina..
so tidak tahu lah rupa dan rasa makanan tu..
alhamdulilah semua makanan menjadi bentuknya cuma......
rasa makanan yang kami hidangankan mempunyai pelbagai rasa....
kami akan kongsikan bersama anda resepi yang kami berjaya hasilkan....
resepi pertama adalah......
PIE TEE
PORSI : 2 ORANG
KUANTITI BAHAN ALATAN
Bahan
kulit pie tee
60g Tepung
gandum Mangkuk adunan
65g Tepung
beras Pengayak
180ml Air Pemukul
telur
1biji Telur Calung
pie tee
20g Garam Kuali
20g Lada
sulah Sudu
10ml Air
kapur Jug
penyukat
5g Gula
250ml Minyak
masak
Bahan
inti
45ml Minyak
masak Kuali
34g Bawang
putih Besen
300g Isi
udang Pemarut
280g Sengkuang Senduk
180g Lobak merah
180g Lobak merah
200g Timun
Bahan
sos
80g Cili hidup Periuk
13g Gula Pengisar
5g Garam Senduk
30g Sos
thai Besen
25g Sos
plum
10g Cuka
125ml Air
13g Minyak
masak
5g Tepung
jagung
Untuk kulit pie tee :
1. Ayakkan
tepung dan garam, masukkan lada sulah, bahan perasa dan gula.
2. Campurkan
telur dan air, gaul sebati. Pukul semuanya sehingga kembang dan berbuih.
3. Peramkan
adunan selama 20 minit.
4. Panaskan
minyak dalam kuali yang dalam.
5. Rendam
calung pie tee dalam minyak yang
panas, biarkan lama sedikit supaya calung benar-benar panas.
6. Celupkan
calung pie tee dalam adunan separas ¾
dan masukkan ke dalam minyak panas seperti membuat kuih goyang atau kuih ros.
Biarkan sebentar sehingga adunan agak lekang. Tolak keluar dengan lidi atau
garfu.
7. Gorengkan
sehingga kekuningan. Buat sehingga habis.
Untuk inti :
1. Panaskan
minyak, tumiskan bawang putih hingga naik bau dan masukkan udang.
2. Gorengkan
sehingga udang masak.
3. Masukkan
lobak merah, sengkuang dan timun, gaul rata dan ketepikan.
Untuk sos :
1. Masukkan
semua bahan ke dalam jug pengisar kecuali bancuhan tepung jagung.
2. Masukkan
bahan kisar ke dalam periuk, masak hingga mendidih.
3. Kecilkan
api, masukkan bancuhan tepung jagung. Gaul sehingga sos pekat, tutupkan api.
4. Hidang
dengan mengisikan ke dalam kulit pie tee
dan tuangkan sos ke dalamnya.
resepi kedua kami pula adalah...
CRAB
MEAT AND EGG SOUP
Porsi:
2 orang
KUANTITI BAHAN ALATAN
20g Minyak masak Periuk
30g Bawang
besar - dicincang Pemukul
Telur
700ml Stok ayam Mangkuk
1biji Telur – dipukul sehingga kembang Senduk
15g Tepung
jagung dilarut bersama air Sudu
20ml Air
140g Isi
ketam
5g Garam
5g Lada
sulah
10g Daun
bawang
Langkah penyediaan:
1. Panaskan
minyak dan tumiskan bawang besar sehingga terbit bau dan agak kekuningan.
2. Kemudian
masukkan stok ayam dan biarkan iainya mendidih.
3. Setelah
itu, masukkan isi ketam dan renehkan selama lebih kurang 8 hingga 10 minit.
Perasakan dengan garam dan lada sulah secukup rasa.
4. Perlahankan
api dan masukkan telur sedikit demi sedikit sambil bahan di kacau secara satu
arah sahaja.
5. Kemudian
masukkan pula bancuhan tepung jagung untuk melikatkan bahan.
resepi kami seterusnya adalah..
BEEF
GREEN PEPPER
Porsi:
2 orang
KUANTITI BAHAN ALATAN
300g Daging batang pinang Besen
120g Lada benggala Kuali
22g Bawang
putih Sudu
5g Halia Sudip
50g Sos tiram
40g Kicap
cair
125ml Air
30g Tepung
jagung
30ml Air
5g Gula
5g Garam
5g Lada
sulah
Langkah penyediaan :
1. Perapkan
daging bersama-sama dengan gula, garam dan lada sulah selama lebih kurang 1
jam.
2. Panaskan
minyak dan gorengkan daging sebentar dengan api yang besar. Angkat dan
asingkan.
3. Panaskan
minyak dan tumiskan bahan yang dicincang halus sehingga kekuningan, kemudian
masukkan sos tiram dan kicap cair. Kacau rata.
4. Selepas
itu, masukkan daging dan lada benggala berserta daging. Kacau rata. Perasakan
secukupnya dan masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkannya.
dan yang terakhir....
KUBIS
GULUNG BERINTI
Porsi:
2 orang
KUANTITI BAHAN ALATAN
160g Kubis - dicelur, ditoskan Periuk
Inti Pengukus
100g Ayam
kisar Mangkuk
100g Udang - dibuang kulit, dicincang Sudu
10g Cendawan
cina – direndam, dihiris Kuali
30g Bawang
besar - dicincang Sudip
30g Lobak
merah - dipotong julienne
5g Daun
bawang - dihiris
8g Daun
saderi - dihiris
10g Tepung
jagung
5g Garam
5g Lada
sulah
Sos
150ml Stok
ayam
30g Bawang
besar - dicincang
160g Tomato - dicincang halus
10g Tepung
ubi
12g Cili
kisar
15g Marjerin
5g Garam
5g Lada
sulah
Hiasan
5g Daun
bawang
Langkah penyediaan:
1. Campurkan
semua bahan inti. Gaul rata dan perisakan.
2. Letakkan
secukupnya inti di atas daun kubis dan gulung dengan kemas. Ulang pada setiap
helaian kubis. Kukus gulungan kubis.
3. Sementara
itu, sediakan sos
I.
Panaskan marjerin.
Tumiskan bawang besar dan lada kisar. Masukkan stok dan tomato.
II.
Apabila mendidih,
masukkan tepung ubi kayu yang dilarutkan dengan sedikit air. Sesuaikan rasanya.
Apabila sos pekat, masukkan kubis gulung.
Biarkan masak sebentar. Angkat dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment