Saturday, 15 December 2012

Napkin


ASSALAMUALAIKUM...


Berjumpa lagi kita hari ini....hujan dah berhenti tetapi ilmu perlu dikongsi....

NAPKIN 

Tahukah anda apa itu napkin?

Napkin - napkin  jenis berkain terbahagi kepada dua:
  1. Kain linen
  2. Kain kapas
Napkin - napkin jenis kertas:
  • menggunakan kertas yang berkualiti tinggi. 

Kegunaan Napkin
  1. Mengesat baju pelanggan yang kotor.
  2. Mengesat mulut selepas makan.
  3. Menceriakan meja makan.

Panduan Menggunakan Napkin:

  • Sebaik sahaja anda duduk, ambil napkin dan buka lipatannya, lipat dua dan letak di atas peha anda. Di restoran-restoran tertentu, pelayan akan melakukan perkara ini untuk anda, tetapi tidak menjadi masalah sekiranya anda hendak melakukannya sendiri. Sekiranya dengan tidak sengaja napkin anda terjatuh ke lantai, jangan ambil napkin tersebut. Sebaliknya, panggil pelayan dan minta napkin yang baru.



  • Semasa makan, jika anda merasakan bibir anda kotor, ambil napkin dan lapkan mulut anda perlahan-lahan dan letakkan kembali ke riba anda. Sekiranya anda harus meninggalkan tempat duduk, letakkan napkin anda di atas kerusi untuk menandakan yang anda akan kembali.


  • Setelah selesai makan, tunggu sehingga hos anda meletakkan napkinnya di atas meja, barulah anda berbuat demikian untuk menandakan majlis sudah selesai. Napkin tersebut janganlah digumpalkan atau dilipat. Memadai dengan hanya meletakkannya begitu sahaja.
Contoh Lipatan Napkin:

Rose
Candle

PinWheel

Bird of Paradised
Posted By: Wan Nurul Izza Bt. Wan Mokhtar

No comments:

Post a Comment