ASSALAMU'ALAIKUM
Bersua kita kembali. Diharap semua sihat-sihat sahaja. Hari ni saya agak sibuk menyemak semuala tesis saya sebelum dijilid. Tesis dah siap hoooreyyyyyyyyyyyyyyyyy.
Dalam tak sedar minggu ini merupakan minggu terakhir sesi pengajaran dan pembelajaran di UPSI. Sudah 4 tahun rupanya saya menuntut ilmu di bumi Tanjung Malim. Sangat gembira kerana tidak lama akan habis belajar tetapi sedih tak tahu bila lagi akan berjumpa rakan-rakan.
Minggu ini merupakan minggu terakhir kelas masakan. Minggu ini kami perlu menyediakan hidangan buffet dan kami bersama-sama meraikan majlis perpisahan. UHUK UHUK sedih pulak.
Hidangan kali ini adalah secara buffet, emmmmmmmmmmmm sudah pasti menimbun la masing-masing letak makanan dalam pinggan betul tak hehe...... cepat mengaku sapa punya kerja tu.
Malam ni saya nak cerita sedikit tentang buffet.
BUFFET
Nampak menyelerakan!!!! Siapa lihat mesti terliur hehe...
- Merupakan satu hidangan secara lengkap dari pembuka selera sehingga hidangan penutup yang disediakan, dihias, diatur di atas meja buffet atau meja panjang.
- Para tetamu bebas untuk memilih makanan mengikut selera dan terdapat pramusaji atau pelayan yang bertugas di belakang meja selama majlis berlangsung.
TIPS BERHADAPAN DENGAN HIDANGAN BUFFET
•
Ikut urutan,
appetizer, sup, hidangan utama, penutup ( dessert).
1. Appetizer
2. Sup
3. Hidangan utama
4. Dessert
•
Mengambil
hidangan step by step, sambil menjauhi meja buffet kerana ini memangnya
standing party.
•
Menikmati
hidangan sambil berdiri atau duduk di meja sekalipun, jangan mengambil makanan
berlebihan
• Suasana buffet adalah informal, disarankan menyusuli meja buffet berulang kali.
•
Jangan
mencampur segala hidangan contohnya, appetizer, dessert dan hidangan utama
ke dalam satu piring
•
Batasi nafsu
makan.
- Sambil lalu tempat makanan itu kita perhatikan juadah apa yang kita nak mulakan dahulu sebelum beratur. Jeling-jeling la tengok jap jangan meleleh air liur sudah.
- Jangan suruh pelayan "tapau" makanan. Wahhhhh ini dah melampau ya mentang-mentang sedap siap suruh bungkus.
Selamat berebut ya kawan-kawan Khamis ni hehe
Posted by Noor Azila Asih
No comments:
Post a Comment