ASSALAMU'ALAIKUM.
Apa khabar kawan-kawan semua. Sihat tak????
Malam-malam macam ni dah terfikir tak nak masak apa untuk hidangan tengahari besok. Sempena cuti hujung minggu mesti ibu-ibu tengah perah otak fikir resepi yang perlu dimasak esok.
Takkan asyik nak makan menu yang sama ja kan. Mesti suami bosan anak pun bosan betul tak????
Tak payah susah-susah hari ini sya nak kongsi menu yang kami masak pada amali yang terakhir ini.
Agak sedih la jugak kami sudah berada di minggu terakhir memasak untuk amali. Kami pasti pengalaman ini pasti kami rindui dan tidak dapat diperoleh di mana-mana.
Pada minggu ini kami memasak hidangan THAILAND sangat lazat hehe. Antara masakan yang kami masak adalah somtam sebagai pembuka selera, tomyam goong sebagai sup, nasi putih dimakan bersama kari kering rebung dan daging serta chicken green curry.
Amali yang terakhir ini kami isi dengan pangalaman suka suki bersama rakan-rakan dan pensyarah uhuk uhuk uhuk tetiba touching plak.
Tak mau tak mau taouching moh kita tengok resepi yang kami masak.
RESEPI
NASI PUTIH
(PORSI: 2 ORANG)
BAHAN-BAHAN:
KUANTITI BAHAN-BAHAN PERALATAN
150g Beras Periuk
375ml Air Senduk
kayu
Besen
PROSEDUR MEMASAK:
1.
Cuci beras sehingga bersih.
2.
Kemudian masukkan beras dan air di dalam
periuk.
3.
Masak nasi dengan menggunakan api yang
sederhana tanpa menutup periuk.
4.
Selepas 8 hingga 10 minit atau setelah
air beras kering, barulah periuk boleh ditutup.
5.
Perlahankan api dan tunggu hingga nasi
benar-benar masak.
SOMTAM
(PORSI: 2 ORANG)
BAHAN-BAHAN:
KUANTITI BAHAN-BAHAN PERALATAN
200g Betik
muda (diparut) Mangkuk
50g Mangga (diparut) Pisau
3g Kacang panjang (diracik halus) Landas pencincang
5g Daun salad Pemarut
7g
Bunga kantan (diracik halus) Senduk
5g Cili padi (diracik halus)
5g Cili merah (diracik halus)
3g Udang kering (ditumbuk kasar) Pisau
10g Kacang tanah goreng tanpa minyak Landas pencincang
(ditumbuk
kasar) Lesung
30g
Bawang besar (dimayang) Sudu
2g Daun
ketumbar(dimayang) Mangkuk
5g Sos
ikan
7g Gula
15g Limau kasturi-ambil jusnya
3g Gula
merah (ditumbuk)
PROSEDUR MEMASAK:
1. Betik
dan mangga dibuangkan kulit dan racik memanjang.
2. Satukan
sos ikan, gula dan jus limau nipis. Kacau rata.
3. Campurkan
betik, mangga, kacang panjang, tomato, cili padi, udang kering dan kacang tanah
gaul hingga rata.
4. Kiranya
kurang masin boleh tambah sos garam kerana sos ikan sudah masin.
5. Alaskan
pinggan dengan daun salad, isikan somtam dan makan segera.
TOMYAM GOONG
(PORSI: 2 ORANG)
BAHAN-BAHAN
KUANTITI BAHAN-BAHAN PERALATAN
550g Stok ayam/ikan/udang Besen
500g Udang Mangkuk
5g Lengkuas Sudu
3g Daun
limau purut Pisau
60g Bawang besar Landas pencincang
6g Serai Periuk
8g Pes
tomyam Senduk
10g Cili
api
30g Tomato
2g Daun
ketumbar
5g Sos
ikan
10g Limau nipis
PROSEDUR MEMASAK:
1. Kupas
kulit udang, buangkan kepala, tinggalkan ekor dan buat urat belakang udang.
2. Kepala
udang direbus untuk dijadikan stok. Setelah masak, buang kepala udang dan ambil
stoknya.
3. Masukkan
serai bersama lengkuas yang diketuk dan daun limau purut ke dalam stok.
4. Memasukkan
bawang yang telah dipotong.
5. Masukkan
pes tomyam dan kacau seketika.
6. Kemudian
masukkan udang, cendawan, tomato, cili padi, sos ikan dan jus limau nipis
secukupnya.
7. Akhir
sekali daun ketumbar ditaburkan, angkat dan hidangkan.
GREEN CHICKEN CURRY
(PORSI: 2 ORANG)
BAHAN-BAHAN
KUANTITI BAHAN-BAHAN PERALATAN
Bahan
Pes Kari Hijau
3g Serai Pisau
12g Cili
padi hijau Landas pencincang
5g Bawang
merah Mangkuk
10g Bawang
putih Pengisar
3g Lengkuas Jug penyukat
3g Halia
Kuali
5g Daun
ketumbar Sudip
5g Daun
selasih
3g
Serbuk
jintan putih
3g
Serbuk
lada sulah
3g
Serbuk
ketumbar
3g
Sos
ikan (nampla)
5g
Jus
limau nipis
3g
Belacan
5g Gula
perang/merah
10ml
Santan
Bahan
Kari Hijau Thai
500g
Ayam Pisau
1
biji Tomato Landas pencincang
5g
Serai Mangkuk
3g
Daun
limau purut Jug penyukat
8g
Cili
padi merah thai Kuali
500ml
Santan
cair Jug penyukat
100ml
Pati
santan
5g
Daun
selasih
5g
Jus
limau nipis
6g
Sos
ikan
PROSEDUR
MEMASAK:
Untuk
Pes Kari Thai:
1. Satukan
semua bahan ke dalam alat pengisar. Kisar halus hingga semua lumat.
Untuk Kari Hijau Thai:
1.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali,
tumis pes kari hijau hingga harum, masukkan serai dan juga ayam. Gaul rata.
2.
Tuang santan cair, kacau dan tambah daun
limau purut. Masukkan cili padi merah thai. Bila mendidih, tuangkan pati
santan. Perasakan dengan sos ikan, jus limau nipis dan sedikit gula. Masak
sekejap dengan api yang sederhana. Kacau selalu.
3. Akhir
sekali, masukkan daun selasih, kacau rata dan matikan api. Hidangkan.
KARI KERING
REBUNG DAN DAGING
(porsi : 2
orang)
BAHAN-BAHAN:
KUANTITI BAHAN-BAHAN PERALATAN
300g Rebung Pisau
300g Daging Landas
pencincang
50g Cili
merah Mangkuk
150g Tomato
200ml Santan pekat
30ml Sos ikan
40ml Minyak
Pes kari mussaman (dikisar)
70g Bawang
merah
10g Bawang putih
15g Lengkuas
3g Serai
15g Cili kering
25g Ketumbar
5g Jintan
putih
8g Belacan
PROSEDUR M:)EMASAK:
Untuk Pes Kari Massaman:
1.
Semua bahan dikisar halus.
Untuk Kari Kering Daging Dan
Rebung:
1. Rebus
rebung dan bilas dengan air sejuk. Toskannya.
2. Rebus
daging hingga empuk dan hiris nipis. Simpan air rebusan daging.
3. Panaskan
minyak dalam periuk. Masukkan pes kari mussaman,
tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan
air rebusan daging. Kacau lagi.
5. Masukkan
daging, rebung dan santan pekat. Biarkan masakan mereneh.
6. Masukkan
cili merah, tomato, sos ikan dan garam.
7. Renehkan
lagi masakan sehingga hampir pekat.
8. Sesuaikan
rasa dan angkat.
NAMPAK SEDAP KAN SELAMAT MENCUBA YA!!!!
Sebelum itu saya nak kongsi markah yang kami peroleh hasil komen dari rakan-rakan.:)
BIL
|
KOMEN
DARIPADA UNIT 5
|
PENAMBAHBAIKAN
|
1.
|
Rasa
tomyam goong masin sedikit.
|
Perlu
rasa makanan dengan betul agar rasa makanan tidak terlalu masin.
|
2.
|
Cara hiasan makanan menarik.
|
Perlu teruskan cara hiasan dan
menambah ilmu lagi mengenai cara hiasan pada makanan.
|
3.
|
Warna kari kering rebung dan daging
seperti kurang masak.
|
Perlu masak rempah dengan lebih lama.
|
4.
|
Warna dan persembahan keseluruhan
makanan menarik.
|
|
5.
|
Kedudukan tomyam dan kari kering
rebung dan daging salah.
|
Perlu peka dengan kedudukan setiap
jenis makanan.
|
No comments:
Post a Comment