Thursday, 13 December 2012

TOM YAM LA PULAK!!!!!

ASSALAMU'LAIKUM
Selamat malam kawan-kawan. Selamat malam atau selemat pagi ni dah pukul 1.20 pagi.

Kawan-kawan dah tidur belum. Mesti kawan-kawan seperjuangan saya kat 'kitchen' tadi sudah tidur kan. masing-masing letih bertungkus lumus menyiapkan hidangan Thailand pada hari ini.
Apa yang dapat saya simpulkan ialah masakan Thailand kali ini mempunyai unsur-unsur pedas yang sangat ekstremmmmmmm.....

Amali pada hari, banyak input baru yang saya peroleh. Jadi, inilah tujuan sebenar saya menulis entry kali. Saya nak kongsi dengan anda semua input baru yang dapat saya peroleh daripada PUAN SAEDAHTINNUR.

Emm sebenarnya info terbaru ini saya peroleh apabila saya membuat 'busybody' mendengar penerangan yang diberikan ketika waktu penilaian yang dilakukan terhadap kumpulan lain. Kes ini boleh dikategorikan sebagai curi dengar la. Emmm ada jugak hikmah yang saya dapat apabila mencuri dengar ni. Shhhhhhhhh diam-diam tau jangan cerita kat orang ya.

Ok info terbaru yang saya nak cerita kepada kawan-kawan adalah mengenai TOMYAM. Saya rasa ramai kawan-kawan yang tidak tahu mengenai perkara ini termasuklah saya. Tak apa tak pa ada geng kan.
Saya sebenarnya amat mengemari TOMYAM oleh sebab itu saya sangat teruja untuk mengupas isu ini haha.

Ini sebagai bukti saya amat suka dengan tomyam.
Taraaaaaa


Tadi saya sempat menikmati bihun tomyam sebagai makan malam saya. Sangat sedap.

MARI KENALI TOMYAM

Tom yam dalam "Royal Thai General System of Transcription") adalah nama bagi dua hidangan sup yang serupa yang berasal dari Laos dan Thailand.
Tom yam juga merupakan sup asam pedas berisi daging.

Tom yam memiliki ciri-ciri perasa pedas dan masam yang ketara, dengan penggunaan herba wangi. Rebusan asas dihasilkan dari stok dan bahan baru seperti serai, daun dari pokok Limau Puruthalia, jus limau nipis, sos ikan dan cili dipenyek.

Tibalah masanya saya nak ceritakan mengenai info terbaru yang saya dapat tahu.

Jenis-jenis tomyam.

1. Tom yam goong. Tom yam yang berisi udang.
2. Tom yam talae. Tom yam berisi makanan laut.
3. Tom yam gai. Tom yam yang berisi daging dan ayam.

Okeh lain kan sebutannya. Kita selalu sebut tom yam campur, tom yam ayam, tom yam seafood ja kan.


CONTOH TOMYAM.

Kat sini saya ingin membuatkan anda meleleh air liur melihat tom yam yang selalu dihidangkan di Thailand.

1. Tom yam goong


Haaa tadi waktu amali saya menyediakan tom yam goong. Dah tahu kan apa itu tomyam goong??? Mestilah mengandungi udang. Tom yam ini sangat sedap.

2. Tom yam putih


Tom yam ini bewarna putih dan tidak menggunakan pes merah tom yam. Juga sangat sedap.

3.  Tom yam seafood


Mengandungi campuran makanan laut seperti udang, sotong, dan lain-lain.

4. Chicken Cocunut Tom yam (Tom Kha Gai)


Mesti asa pelik kan macam masak lemak pon ada. Ini salah satu tom yam juga tau. Rasanya sedap sekiranya kita pandai memasak. Sebab jika terlebih santan tom yam dah tak sedap hehe. 

OK saya rasa itu saja yang dapat saya kongsikan kepada anda. Selamat mencuba masakan di atas hehe.

Posted by Noor Azila Binti Asih

No comments:

Post a Comment