Saturday, 22 December 2012

CARA MEMBERSIHKAN KETUHAR/MICROWAVE

ASSALAMUALAIKUM.............

Microwave

Rasanya semua rumah mempunyai alat teknologi mikrowave seperti di atas kan? Sekarang, alat ini merupakan suatu keperluan dek kerana arus teknologi yang semakin berkembang menyebabkan para ibu khususnya menggunakan alat ini untuk memasak atau memanaskan makanan. malah ada antara mikrowave sekarang yang boleh digunakan untuk memanggang. 

Adakah anda tahu cara yang betul untuk mencucinya? Mencuci mikrowave dilakukan sebaik-baiknya 2 minggu sekali atau sekurang-kurangnya sebulan sekali menggunakan kain lap. 

Disini saya ingin berkongsi satu petua untuk mencuci mikrowave..............

  • Sediakan dua biji limau nipis dan perah air limau ke dalam mangkuk yang telah diisi dengan secawan air. 
  • Selepas itu, masukkan mangkuk berisi air perahan limau itu ke dalam mirowave dan masak selama satu jam setengah menggunakan suhu yang tinggi. 
  • Air di dalam mangkuk tersebut akan mendidih dan wap yang terhasil akan membersihkan bahagian dalam mikrowave. 
  • Setelah 'masak', ambil kain bersih dan lapkan sehingga kering. Pastikan suis mikrowave ditutup. 
Selamat Mencuba....

POSTED BY: WAN NURUL IZZA BT. WAN MOKHTAR

No comments:

Post a Comment