Sunday 23 December 2012

BAHAYA MSG...



Siapa yang tidak tahu dan tidak pernah merasa keenakkan MSG dalam makanan mereka. Jenama MSG yang terkenal dewasa ini tidak lain tidak bukan adalah Ajinomoto. Rupanya seperti serbuk berkaca yang berwarna putih dan berfungsi sebagai penyedap bagi sesebuah makanan.

Monosodium Glutamat atau MSG telah berkembang menjadi salah satu zat aditif makanan yang paling popular di seluruh dunia. Selain MSG, ada penyedap rasa lain yang digunakan oleh industri makanan seperti disodium inosinat (IMP) dan disodium guanilat (GMP). Tetapi MSG-lah yang paling disukai orang kerana ia lebih murah dan keefektifannya dalam menguatkan rasa.


Penggunaan MSG kadang-kadang “tersembunyi” di sebalik label makanan dengan nama yang berbeza. Jika anda melihat “perisa semulajadi”, “asid sitrik” dan “rempah-rempah” dalam label makanan, itu tidak bermakna di dalamnya tiada kandungan MSG.

Berikut antara kesan-kesan akibat penggunaan MSG pada kadar Tinggi

a. Kecederaan kepada hypothalamus, sejenis kelenjar dalam otak berperanan mengawal selera makan, fungsi tiroid dan sistem endokrin.

b. Meracun saraf seperti dilaporkan dalam sebuah kajian bahawa ia menyebabkan tikus menjadi gemuk kerana keracunan MSG merosakkan ‘ isyarat leptin’ yang tertulis dalam minda bawah sedar atau ia memusnahkan papan data sekali gus menyebabkan tiada isyarat bertulis dalam minda bawah sedar.

c. MSG yang dimakan oleh ibu mengandung juga ibu yang sedang menyusukan bayi boleh mengganggu pusat kawalan bayi.

d. Kesan pengambilan MSG ialah kesan kepada otak , ini kerana pengambilan kokain, methamphetamine dan Ritalin. Ia berakhir dengan tindakan stress hipersensitif dan mengakibatkan perut berlemak.



Pada awal tahun 2001, Ajinomoto terbabit dalam sebuah skandal di Indonesia yang mempunyai sebahagian besar orang Islam apabila syarikat itu didapati menggunakan sejenis enzim berasaskan daging babi untuk pengeluaran MSG.Ini memberikan keertian yang ironik kepada cogan kata pengiklanan syarikat di sesetengah negara yang berbunyi: "Daripada bahan apakah Ajinomoto diperbuat?" Pada tahun 1917, sebuah khabar angin mengatakan bahawa Ajinomoto diperbuat daripada ular, tetapi ini ternyata tidak benar. Kini syarikat itu telah menukar menggunakan enzim yang dihasilkan dari kacang soya


IKHLAS: ILI SUHAILI ISHAK 

No comments:

Post a Comment