ASSALAMUALAIKUM.... Selamat Malam semua...
Apakah yang anda lakukan malam-malam macam ni.. Mesti semua beristirehat sambil menonton televisyen betul tak???
Emm jadi, di kala waktu senggang ini terdetik di hati saya untuk mencari maklumat mengenai makanan yang selalu di beli oleh kita di pasar atau pasar raya...
Makanan tersebut adalah daging.. Ramai umat Islam keliru dengan perbezaan daging lembu dan daging khinzir..
Di sini, saya ingin kongsi cara perbezaan antara daging lembu dan daging khinzir...
Terdapat beberapa perbezaan asas di antara daging babi dan
lembu. Menurut Dr. Ir. Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu dan Teknologi
Pangan IPB di Indonesia mengatakan bahawa melalui mata kasar, terdapat lima
aspek yang dapat dibezakan antara daging babi dengan daging lembu
iaitu warna, serat daging, jenis lemak, aroma dan tekstur. Berdasarkan
perkara ini, fokus pengamatan mereka diarahkan pada lima aspek tersebut.
1. Dari segi warna
Jika dilihat, daging babi mempunyai warna yang lebih pucat dari
daging lembu (lihat gambar), warna daging babi seolah-olah seperti warna daging
ayam. Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan, kerana warna pada
daging babi biasanya disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah lembu,
walau sebatian ini boleh dihilangkan dengan merendam di dalam air. Selain itu,
di bahagian tertentu pada daging babi, warnanya mirip sekali dengan daging
lembu sehingga sangat sukar membezakannya.
2. Dari segi serat daging
Perbezaan
kelihatan dengan jelas antara kedua-dua daging. Pada daging lembu, serat-serat
daging kelihatan padat dan garis-garis seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada
daging babi, serat-seratnya kelihatan samar dan sangat renggang. Perbezaan ini
semakin jelas ketika kedua-dua daging direnggangkan bersama (lihat gambar).
3. Dari lemak yang kelihatan
Perbezaan
terdapat pada peringkat keanjalannya. Daging babi mempunyai tekstur lemak yang
lebih elastik sementara lemak lembu lebih kaku dan berbentuk. Selain itu lemak
daging babi sangat basah dan sukar dilepaskan dari dagingnya sementara lemak
daging agak kering dan kelihatan berserat (lihat gambar).
4. Dari segi tekstur
Daging
lembu mempunyai tekstur yang lebih kaku dan padat berbanding dengan daging babi
yang lembik dan mudah diregangkan (lihat gambar). Melalui perbezaan ini
sebenarnya ketika kita memegangnya pun sudah terasa perbezaan yang nyata antara
keduanya kerana dapat dirasakan daging babi lebih kenyal dan mudah
direnggangkan. Sementara daging lembu terasa solid dan keras sehingga cukup
sukar untuk diregangkan
5. Dari segi aroma
Terdapat
sedikit perbezaan antara keduanya. Daging babi mempunyai aroma khas tersendiri,
sementara aroma daging lembu adalah hanyir seperti yang telah kita ketahui.
Dari segi bau inilah sebenarnya perkara paling penting untuk membezakan antara
kedua-dua daging ini. Kerana walaupun warna telah ditukar dan dicampur antara
keduanya, namun aroma kedua-dua daging ini masih boleh dibezakan. Sayangnya
kemampuan untuk membezakan melalui aromanya ini memerlukan latihan yang
berulang-ulang kerana memang perbezaannya tidak terlalu ketara.
6. Ciri-ciri secara Umum
Secara
amnya, bentuk daging babi yang diternak dan babi hutan sangat mirip satu sama
lain, sementara daging babi mempunyai perbezaan yang cukup banyak dengan daging
lembu. Namun ketika kedua-dua jenis daging tersebut telah dicampurkan, apatah
lagi setelah disebatikan dengan darah lembu, kedua-duanya (daging babi dan
lembu) menjadi sangat sukar untuk dibezakan.
Posted By: NOOR AZILA BT. ASIH
No comments:
Post a Comment