Perahkan sedikit limau ke dalam air rendaman taugeh. Kemudian masukkan ke dalam peti. Tetapi jangan lupa tukar air rendamannya setiap hari.
2. Nasi berbau hangit
Bagaimana hendak menghilangkan nasi yang berbau hangit akibat kelalaian kita sendiri?. Ambil pucuk daun pisang, masukkan ke dalam nasi dan tutup dengan rapat. Bau hangit nasi akan berkurangan.
3. Menghilangkan bau pedas cili yang ditumis
Biasanya kita akan menumis cili giling atau cili boh yang menghasilkan bau yang boleh menyebabkan mata dan hidung kita berair. Bukan itu sahaja, ia menghasilkan bau yang tidak enak dalam rumah kita. Untuk menghilangkannya, masukkan gula pasir ke dalam minyak yang digunakan untuk menggoreng (masih panas) kemudian barulah tumis bawang dan cili.
4. Ikan kering tidak berulat
Ikan kering mudah dihinggapi oleh lalat dan mudah membiakkan ulat. Untuk mengelakkan keadaan ini berlaku, jemur ikan kering di tengah panas, taburkan sedikit lada hitam yang ditumbuk kasar ke atas ikan tersebut.
5. Menyimpan kelapa parut
Masukkan kelapa ke dalam tapisan. Kemudian letakkan kelapa di atas periuk yang berisi air panas dan biarkan wap panas masuk ke dalam kelapa.
6. Tembikai tahan lama
Sapukan kapur makan pada pangkal tembikai. Tembikai akan tahan lama dan tidak busuk.
7. Ikan tidak busuk
Sekarang kaum wanita kebanyakannya berkerjaya dan biasanya akan membeli bahan mentah seperti ikan dan disimpan di dalam peti selama dua hingga tiga hari. Kadang-kadang bekalan elektrik yang tiba-tiba terputus juga menyebabkan ikan boleh menjadi busuk. Untuk mencegahnya, ambil ikan yang telah disiang dan dicuci bersih, kemudian gaulkan ikan dengan nasi sejuk dan garam. Pastikan nasi tersebut betul-betul sejuk untuk mengelakkan ikan bertambah busuk jika menggunakan nasi yang panas atau suam. Basuh ikan keesokkanya.
8. Udang sentiasa segar
Perahkan air asam limau sebelum menyimpannya di dalam peti sejuk. Petua ini dapat memastikan udang tahan lama dan sentiasa dalam keadaan segar.
9. Elak santan pecah minyak
Biasanya orang yang memasak santan akan sentiasa mengacaunya untuk mengelakkan santan pecah minyak. Bagi memudahkan kerja agar tidak selalu mengacaunya, letakkan senduk ke dalam periuk dan gunakan api yang kecil. Santan tidak akan pecah minyak.
10. Empukkan daging
Bagi daging yang liat, gunakan daun nangka. Masukkan beberapa helai daun nangka ke dalam rebusan daging dan lihatlah hasilnya, daging cepat empuk.
...Selamat Mencuba...
Posted by: Wan Nurul Izza Wan Mokhtar
No comments:
Post a Comment