Sunday, 11 November 2012

Menu makan malam

Hai hai assalamualaikum semua.. 

Jam menunjukkan puku 1.00 tengahari mesti masing-masing sibuk menyiapkan makan tengahari terutamanya para isteri... apa menu yang perlu disediakan untuk suami makan betul tak?????

Saya yang masih tidak memasak kerana suami kerja jadi tidak perlu memasak dan memasak untuk makan malam sahaja. Jadi di kesempatan suami pergi kerja apa lagi kita siapkan la tugasan ataupun assignment yang ada.

Dalam entry yang lepas saya ada cakap nak kongsi satu resepi yang saya sediakan untuk makan malam semalam. Ini merupakan resepi yang simple yang boleh dicuba oleh isteri-isteri yang masih belajar macam saya. Hanya mengambil masa sedikit untuk menyediakan hidangan ini.

Okeh resepi kali ni berasaskan buah tomato dan sebelum saya nak kongsi resepi saya nak ceritakan sedikit khasiat buah tomato.




Tomato boleh dirujuk kepada kedua-dua tanaman (Solanumlycopersicumdan jenis yang boleh dimakan, pada kebiasaan, buahnya berwarna merah. Berasal dari Amerika Selatan, tomato telah disebarkan kemerata dunia semasapenjajahan Sepanyol keatas Amerikadan pelbagai jenis kini ditanam secara meluas dimerata tempat diseluruh dunia. 




Warna merah itu disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan. Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung. Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.


Selain itu, likopena dapat membantu mencegah penyakit tertentu seperti kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut. Likopena juga dapat membantu mengurangkan paras kolesterol dan sekali gus mengawal tekanan darah supaya stabil.

Ada sumber lagi mengatakan bahawa buah tomato jugak kaya dengan vitamin C. Vitamin C atau asid askorbik ini banyak khasiat nye dalam menjaga kesihatan tubuh badan. Salah satu peranannya adalah dalam penjagaan kulit. Dengan demikian, buah tomato ini dapat menghaluskan kulit dan mengelakkan pertumbuhan jerawat.

Kita dah tahu khasiat buah tomato jadi tibalah masa untu saya kongsikan resepi saya.......

Mempersembahkan

Inilah dia ketam masak tomato hehe pandai-pandai ja bagi nama

RESEPI

500g ketam
2 biji tomato *
1 inci halia *
2 ulas bawang putih *
2 biji cili merah *
1 batang halia diketuk
4 sdb sos cili 
garam secukupnya
gula secukupnya
minyak untuk menumis

* Kisar bahan

Cara-Cara

1. Masukkan minyak masak untuk menumis. Masukkan bahan-bahan tumisan biarkan sehingga pecah minyak. Masukkan sos cili dan biarkan mendidih. Tambahkan air jika perlu.

2. Masukkan serai dan ketam. Biarkan sebati. kemudian masukkan garam dan gula secukupnya.

3. Biarkan sehingga ketam masak dan sedia untuk dihidang.


p/s: Boleh hias dengan daun sup saya terlupa beli daun sup begitulah rupa masakan saya.

Posted By: NOOR AZILA BINTI ASIH

No comments:

Post a Comment