Monday 15 October 2012

Bunga Cengkih



Syzygium aromaticum

Nama saintifik di atas merupakan nama saintifik bagi bunga cengkih atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Clove. bunga cengkih mempunyai rasa pahit dan kelat selain mempunyai rasa yang tajam, kuat dan manis yang sedikit kepedasan atau berangin. Bunga cengkih adalah yang paling menusuk antara rempah-rempah lain sehingga meninggalkan rasa kebas di dalam mulut. 
Bunga cengkih biasanya elok dibeli dalam bentuk asalnya kerana rupa bentuknya cepat merosot. Bunga cengkih yang dikisar biasanya digunakan untuk membuat kek. Rasanya yang kuat dapat mengatasi rasa lain dalam sesuatu masakan. Justeru itu, penggunaan yang sedikit dalam masakan amat digalakkan.



Bukan itu sahaja, bunga cengkih juga digunakan dalam masakan beriyani. Bentuk asal bunga cengkih digunakan untuk menambahkan rasa dalam hidangan tersebut. Biasanya bunga cengkih digunakan bersama dengan jintan putih dan kayu manis. 

Petua

Untuk menentukan kualiti bunga cengkih yang bagus, masukkan ke dalam secawan air. Bunga cengkih yang elok akan terapung secara menegak manakala jika tidak akan tenggelam atau terapung secara mendatar.


Bunga Cengkih







No comments:

Post a Comment