Thursday 11 October 2012

Herba dan Rempah Ratus


Assalamualaikum..



Apa itu herba dan rempah ratus??

Herba adalah datang daripada daripada daun, manakala rempah-ratus datang daripada bijian, buah, kulit kayu atau akar. Kadang-kadang herba dan rempah juga boleh datang daripada pokok yang sama. Contohnya ketumbar. Daun ketumbar segar adalah herba yang digunakan dalam masakan tomyam, manakala serbuk ketumbar daripada bijinya pula antara bahan utama dalam rempah kari.

Segar atau Kering?

Selagi ia disimpan dengan betul, kedua-dua herba dan rempah segar atau kering mengandungi pelbagai khasiat termasuk phytochemical.


Bagaimana Menjaga Kualiti Herba dan Rempah Ratus?

Adalah penting menyimpan herba dan rempah ratus dengan cara yang betul untuk mengekalkan khasiat dan rasanya. Herba kering boleh dibalut dalam tuala kertas dan masukkan ke dalam bekas atau beg plastik sebelum dimasukkan ke dalam peti ais. Anda juga boleh menyimpan rempah yang tertutup dalam bekas kedap udara di luar peti sejuk, tetapi pastikan tempat tersebut gelap dan redup. Ia boleh tahan sehingga enam bulan. Jangan meletakkannya di tepi dapur kerana kepanasan akan mempengaruhi kualiti dan rasanya.
Jika anda ingin membeli serbuk rempah, jangan beli dalam kuantiti yang banyak kerana kesegarannya akan cepat berkurangan. Contohnya, serbuk lada hitam, beli dalam kuantiti yang sedikit dan lebihkan membeli lada hitam yang belum dikisar jika ingin menyimpannya dalam masa yang lama.



Sebab Herba dan Rempah Ratus Bernilai?

Kajian telah mendapati herba dan rempah ratus mengandungi banyak anti-oksidan, yang membantu badan manusia melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan penyakit. Ia juga mengandungi phytochemical seperti curcumin (dalam kunyit), capsaicin (cili), allicin (bawang putih) dan gingerol (halia), dan juga pelbagai vitamin, termasuk vitamin C.
Rempah kari pula dikatakan mampu membuatkan minda anda awet muda. Ia juga bagus untuk mencegah kanser dan ini juga mungkin salah satu penyumbang kepada kurangnya penyakit kanser berlaku di kalangan masyarakat India di India.
Ia juga membantu menambahkan fungsi makanan lain jika ditambah ke dalam masakan dalam fenomena yang dipanggil ‘sinergi makanan’. Kerana inilah, lebih berfaedah untuk menikmati khasiat sebenar dalam masakan daripada mengambil supplemen atau makanan tambahan.
Selain daripada dalam makanan, rempah dan herba juga turut digunakan dalam rawatan kecantikan dan kesihatan. Antara yang biasa digunakan ialah serai, pandan, manjakani dan habbatussauda yang digunakan dalam rawatan seperti mandi rempah contohnya. Ia bukan sahaja mewangikan badan, malah dikatakan mampu menghilangkan toksik dalam badan.
Sifat anti-mikrobnya sesuai dijadikan pengawet semulajadi dan digunakan secara meluas dikala ketiadaan peti sejuk pada zaman dulu. Rempah ratus dan herba seperti kunyit, halia, kayu manis, juga digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional pelbagai bangsa. Pengubatan yang melibatkan makhluk halus turut menggunakan herba dan rempah seperti lada hitam dan bawang putih yang dibaca dengan bacaan-bacaan tertentu



Daun kari (google)

Bunga lawang (google)

Jintan manis (google)

Jintan putih (google)

Kayu manis (google)






No comments:

Post a Comment