Friday, 30 November 2012

MARI KENALI JENIS TEPUNG

ASSSALAMUALAIKUM
SELAMAT TENGAHARI SEMUA

Hari sudah menginjak ke bulan Disember, sungguh cepat masa berlalu. Ini bermakna tinggal sebulan sahaja lagi saya akan meneruskan sisa-sisa pengajian di UPSI. Sangat sedih bercampur gembira kerana akan menamatkan pengajian setelah 4 tahun berjuang di bumi Tanjung Malim.

Walaupun baki hanya sebulan lagi tapi..................... tugasan perlu dihabiskan jangan main-main hehe

Ok kita teruskan dengan tajuk kita ya.
Saya mendapat idea untuk mengupas topik ini adalah kerana ketika membuat tugasan masakan saya mendapati banyak menggunakan tepung. Jadi, saya ambil keputusan untuk memberi info mengenai tepung kerana saya sendiri tidak tahu jenis-jenis tepung dan fungsinya.

Mari kita kupas satu persatu. :-)

1. Plain flour / all purpose flour
-Lebih dikenali sebagai tepung gandum atau tepung serbaguna. Tepung ini hasil campuran gandum yang kasar dan halus, boleh digunakan untuk semua jenis kuih, kek dan lain-lain.


2. Superfine flour / cake flour
- Lebih dikenali sebagai tepung kek. Mengandungi kadar protein yang rendah dan kandungan kanji yang tinggi. Campuran di antara tepung gandum dan tepung jagung. Sesuai digunakan untuk membuat kek kerana teksturnya yang lebih halus dan ringan.


3. High protein flour
- Di kenali sebagai tepung roti, mempunyai kandungan protein yang tinggi. Teksturnya lebih anjal dan elastik. Sesuai untuk membuat roti dan bun


4. Self-raising flour
- Tepung ini dikenali sebagai tepung naik sendiri, merupakan campuran superfine flour dan agen penaik seperti baking powder dan soda bicarbonate. Jika menggunakan tepung ini dalam aduanan, tidak perlu menambahkan lagi agen penaik. Biasanya digunakan untuk membuat muffin, scone, pancake dan kek


5. Pau flour / Hong kong flour
- Juga dikenali sebagai water lily flour. Tepung ini sangat halus dan putih. Juga dalam kategori tepung berprotein rendah. Biasanya digunakan untuk membuat pau, kuih lapis dan kuih muih yang lain.


6. Wholemeal / wholewheat flour
- Merupakan tepung yang penuh serat, kandungan protein yang tinggi. Khasnya digunakan untuk membuat roti dan bun, boleh juga digunakan untuk membuat pancake dan muffin.


7. Corn flour
- Dikenali sebagai tepung jagung. Kegunaannya sangat meluas dalam pembuatan kek, biskut, kuih-muih dan masakan. Fungsinya untuk memekatkan adunan seperti kuah. Dalam pembuatan biskut pula bertujuan untuk medapatkan tekstur yang ranggup dan rapuh.


8. Custard powder
- Dikenali sebagai tepung kastard. Lebih kurang juga fungsinya dengan tepung jagung. Banyak digunakan dalam pembuatan biskut, bertujuan untuk mewangikan dan mendapatkan warna asli kekuningan tanpa meletakkan pewarna kedalam adunan biskut.


9. Rice flour
- Dikenali sebagai tepung beras. Merupakan tepung yang diperbuat daripada beras yang dikisar halus. Biasanya digunakan untuk membuat apam, bihun dan bancuhan pisang goreng.


10. Glutinous rice flour
- Dikenali sebagai tepung pulut. Diperbuat daripada beras merah yang mengandungi kadar peratusan kanji yang tinggi dalamnya. Biasanya digunakan untuk membuat roti dan kuih tradisional yang lain.



POSTED BY: NOOR AZILA ASIH

Menghilangkan Hanyir Ayam..

Setiap orang mempunyai cara yang tersendiri dalam menghilangkan bau hanyir ayam. Ada yang menggunakan garam, limau nipis dan sebagainya. 

Di sini saya nak kongsikan sedikit petua untuk menghilangkan bau hanyir ayam.........


  • Ayam perlu dibuang dipotong dan dibuang kulitnya. 
  • Rendamkan ayam dengan 1 senduk tepung gandum.
  • Gosokkan ayam tadi dengan tepung gandum dan letakkan air agar ia basah.
  • Rendam ayam dalam air tepung tadi selama10 minit. 
  • Kemudian cuci sehingga bersih dan boleh disimpan dalam peti.   

-SELAMAT MENCUBA-

Coretan: Wan Nurul Izza Bt. Wan Mokhtar

Wednesday, 28 November 2012

Chef Malaysia

Assalamualaikum semua.....

Kenalkah anda dengan chef-chef di Malaysia?. Ramai chef-chef di Malaysia yang terkenal. Mereka biasanya akan muncul di kaca-kaca tv anda. 

Jom kita tengok beberapa orang chef yang terkenal di Malaysia...

Chef Redzuawan
Chef Zubir Md. Zain

Chef Sherson Lian
Chef Mohd Nadzri Redzuawan
Juri Masterchef
Umur: 33 Tahun


Chef Johari
Juri Masterchef
Umur: 55 Tahun


Coretan: Wan Nurul Izza Bt. Wan Mokhtar


KUIH TRADISIONAL SEMAKIN DILUPAI

Assalamualaikum (^_^)
Salam sejahtera dan semoga berada dalam keadaan sihat sahaja.

Pada kelas yang lepas, kami telah berbincang dan diberi tugasan berkaitan dengan kuih muih negeri di Malaysia. Setelah melihat hasil perbentangan semua kumpulan, kami mendapati terdapat banyak jenis kuih yang makin kurang dikenali dan sukar untuk didapati.

Jadi, cuba kita bayangkan generasi kita semakin tidak mengenali kuih muih ini apatah lagi generasi akan datang. Kita perlu sama-sama fikirkan cara yang sesuai supaya kuih muih ini tidak luput dek era kemodenan.

MARI KENALI KUIH MUIH TRADISIONAL


KUIH KARAS


KUIH PERIA

                        KUIH DANGAI                                                             NEKBAT


ADAKAH ANDA MASIH MENGENALI KUIH MUIH INI??????

PUNCA KUIH TRADISIONAL SEMAKIN DILUPAKAN

1. Tiada resepi standard
- Masalah utama yang dihadapi adalah apabila resepi keluarga tidak di selaraskan. Kebanyakan presepi ini tidak disukat dengan unit yang selaras dan menggunakan sukatan cawan. Jadi, apabila generasi akan datang mahu memasak mereka menghadapi kesukaran kerana menggunakan alat sukatan yang tidak selaras.

2. Mengambil masa yang lama untuk disediakan
- Kebanyakan kuih muih mengambil masa yang lama untuk disediakan. Ramai golongan sekarang sibuk dengan kerjaya dan sukar bagi mereka meneruskan tradisi ini.

3. Tiada kemahiran
- Kebanyakan muda mudi semakin malas untuk mengasah bakat di dalam masakan. Oleh itu, bakat atau kemahiran yang terpendam tidak dapat dicungkil. Muda mudi lebih gemar untuk membeli dan menikmati makanan segera yang lebih cepat.

4. Sukar mencari bahan-bahan tempatan
- Kebanyakan bahan seperti ubi kayu, pisang sukar didapati di sesetengah tempat terutamanya di kawasan bandar. Jadi, proses mencari bahan-bahan utama untuk memasak mengambil masa yang lama dan menyebabkan ramai orang mengambil langkah mudah dengan hanya membeli kuih yang dijual.

LANGKAH PENYELESAIAN

Sebagai generasi yang masih mengetahui kewujudan kuih muih tradisional ini, kita sebagai guru perlu mengambil langkah supaya kuih muih ini tidak hilang begitu sahaja. langkah yang boleh di ambil adalah:

1. Mengadakan amali mengenai kuih muih tradisional di dalam pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup.

2. Mengadakan hari terbuka. Contohnya guru meminta pelajar memasak kuih muih tradisional. Kemudian pelajar tersebut dikehendaki mempromosikan kepada pelawat-pelawat yang datang ke tempat pameran.

3. Mengadakan pertandingan memasak. Guru-guru boleh menganjurkan pertandingan memasak antara sekolah-sekolah. Hal ini secara tidak langsung dapat mempromosikan kuih muih dengan lebih meluas.

Diharap kita dapat meneruskan warisan ini sehingga ke generasi akan datang.

MANISNYA BUAH KURMA SEMANIS KHASIATNYA


Assalamualaikum buat semua, apa khabar? Diharapkan semuanya sihat sejahtera disamping menjalani kehidupan masing-masing. Setelah beberapa hari saya tidak menambah info-info terbaru di dalam blog, hari ini saya kembali dengan info terbaru untuk anda semua. Petang ini rumah sunyi kerana rakan-rakan yang lain sibuk menyiapkan kerja masing-masing.

ADAKAH ANDA PERNAH MENIKMATI BUAH KURMA????

Semesti jawapannya adalah YA.
Selalunya kita menikmati buah kurma ketika bulan ramadhan iaitu sewaktu berbuka puasa. Kebanyakan kita hanya menikmati buah kurma untuk mengambil pahala sunat ketika berpuasa.

TETAPI........................

ADAKAH ANDA MENGETAHUI KHASIAT YANG TERSEMBUNYI DI DALAM BUAH KURMA?????

Marilah sama-sama kita berkongsi mengenai info khasiat buah kurma.


Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dalam kalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

KHASIAT

1. KESIHATAN
A. Mencegah Penyakit Kronik Seperti Penyakit Jantung & Kencing Manis
Berdasarkan kajian Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universti Putra Malaysia (UPM) menyatakan “Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan rsiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah”. (BERITA HARIAN, SELASA, 20 FEBRUARI, 2001)
B. Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan.
Prof. Madya Asiah juga berkata buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga.
C. Membunuh Kuman Dalam Badan.
Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barangsiapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.
2. KECERDASAN DAN KECERGASAN
A. Kecerdasan Minda Dan Membantu Proses Tumbesaran.
Menurut Prof. Madya Asiah lagi, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.
B. Tenaga Segera
Maksud Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Maryam: Ayat 25-26:
“Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu”.
Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah s.w.t. menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.
3. KEPERIBADIAN
Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran.
Maksud Hadis Rasulullah s.a.w. :
“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya”.
“Melentur buluh biar dari rebungnya”. Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur. Seorang pelatih dari Universiti Sains Malaysia (USM) menulis tentang hadis ini dalam majalah Mingguan Wanita.
4. KEBERKATAN
A. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran.
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya;
“Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma”.
B. Makanan Yang Paling Sempurna.
Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan”.
Dengan sebab itulah Prof. Madya Asiah menyatakan lagi “Pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan amalan harian”.

Jadi, sama-samalah kita mengamalkan makan buah kurma kerana banyak khasiat yang tersembunyi.

Posted by NOOR AZILA BINTI ASIH

KURUS TAPI KOLESTROL TINGGI?????

ASSALAMUALAIKUM.......................

Salam sejahtera semua... Bersua kita kembali dengan maklumat dan info terbaru... Di sini saya ingin berkongsi dengan anda maklumat kesihatan yang berguna kepada anda semua... Tajuk ini tercetus apabila terdapat saudara saya yang memiliki tubuh yang kurus tetapi mengalami masalah kolestrol tinggi dalam badan..

Kita sepatutnya melakukan pemeriksaan kesihatan agar dapat mengetahui keadaan tubuh kita yang sebenar. Walaupun mempunyai bentuk badan yang kurus tidak semestinya kita tidak mengalami masalah atau penyakit. Jadi, mulai hari ayuhlah sama-sama kita peka dengan keadaan badan kita.


Baiklah kita teruskan dengan topik yang kita akan bincangkan.

10 MAKANAN KURANGKAN KOLESTROL

APA ITU KOLESTROL?????

Merupakan bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah Manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.

Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil “chylomicron”.

Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan “chylomicron” daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.

Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.

AKIBAT KOLESTROL TINGGI DALAM BADAN


Kolestrol penyebab serangan jantung

Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung apabila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.

Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil “atherosclerosis”.

Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan “atherosclerosis”, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).

Zarah kolesterol HDL menghalang proses “atherosclerosis” dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL.



MAKANAN YANG MENGURANGKAN KOLESTROL

1. Kacang Soya


- mengandungi 48 peratus protein, lesitin, vitamin dan zat galian
- mampu menghindari penyakit jantung dan kencing manis
- kandungan kalsium dan mineral membantu memecah lemak sambil menyusutkan kadar lemak jahat atau lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik atau lipoprotein ketumpatan tinggi



2. Kuaci
- kaya dengan kandungan zat besi
- amalkan makan kuaci jenis tawar seperti biji labu atau bunga matahari untuk menamba zat besi sambil mengurangkan kolesterol.


3. Buah kering
- buah kurma kaya dengan serat dan kandungan flavanoid
- mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL dan mengurangkan risiko penyakit jantung
- flavanoid juga terdapat dalam the, brokoli, tomato, bawang dan buah delima




4. Epal
- makan sebiji epal atau jusnya setiap hari dapat mengurangkan kolesterol dalam badan
- memakan makanan segera dan kemudiannya makan epal atau jusnya dapat mengimbangi kandungan zat dan mencegah pembentukan lemak.


5. Ikan Tuna
- sumber asid omega-3 selain salmon dan sardin
- melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolesterol LDL


6. Kacang tanah
- kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya vitamin E
- Vitamin E dapat membantu  menghalang radikal bebas daripada merosakkan kandungan HDL dan dapat mengelak daripada serangan jantung.


Posted By Noor azila Asih




Tuesday, 27 November 2012

nak kurus???

terdapat 4 cadangan untuk anda-anda yang mahu kurus....jemput lihat ye

Teh hijau
TERLALU banyak kajian yang menunjukkan khasiat teh hijau. Antaranya, kajian di Jurnal Antarabangsa obesiti, polyphenol mendapati, teh hijau dapat menjaga berat badan stabil dan boleh meningkatkan metabolisme serta turut membantu membakar lemak dalam tubuh dengan lebih mudah.

Kajian sains mendapati apabila anda minum dua hingga empat cawan teh hijau sehari, ia akan membakar kalori di dalam badan, sebanyak 17 peratus lebih tinggi daripada biasa dalam masa yang singkat. Sebaiknya, minum teh hijau ketika anda melakukan aktiviti untuk meningkatkan lagi kesannya.

Teh hijau juga antara penyelesaian yang dicari bagi kebanyakan orang dalam program pengurusan badan. Beberapa kajian membuktikan ekstrak cannatic dan asid gymnemic dalam teh baik untuk mengurangkan keinginan untuk mengambil makanan manis. Selain itu, teh hijau juga membantu melancarkan penghadaman dan menstabilkan kandungan gula dalam darah serta suhu badan.

Amalkan meminum teh setiap hari memberi keajaiban terhadap penurunan berat badan dan ia elok diambil sebelum makan.

Limau gedang


BEBERAPA penyelidikan menunjukkan buah ini mempunyai reputasi baik dalam menentang lemak kerana mengandungi bahan khusus membakar lemak pada tubuh.

Kajian dilakukan di Scripps Clinic terletak di La Jolla, California menunjukkan kebenaran fakta ini. Pengkaji mendapati, pengambilan separuh daripada limau gedang sebelum menikmati makanan mampu menurunkan berat badan. Pengkaji juga melakukan kajian terhadap kapsul limau gedang, jus dan dan isi asli limau gedang sendiri.

Namun, menikmati limau gedang itu sendiri lebih baik untuk memperoleh khasiat yang sepenuhnya. Kajian mendapati limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan.

Separuh daripada limau gedang hanya mengandungi tiga kalori. Limau gedang mengandungi asid sitrik yang dapat mengurangkan kalori terkandung dalam makanan yang kita makan. Selain itu limau gedang juga mengandungi vitamin C yang baik untuk badan.

Cuka

CUKA memang sudah diketahui mempunyai banyak khasiat sejak dulu lagi malah, digunakan sebagai tonik kesihatan sejak beribu tahun oleh masyarakat Greek dan Mesir.

Pengambilan cuka sebanyak satu sudu teh dikatakan, melambatkan rasa lapar kerana ia akan melambatkan proses pencernaan zat tepung. Bau cuka mungkin kurang disenangi tetapi khasiatnya banyak termasuk mencegah dan menyembuhkan pelbagai penyakit, seperti kanser, jantung, arthritis, alergi, gangguan pencernaan serta memecahkan molekul lemak, sekali gus membantu proses penurunan berat badan.

Kajian di Minnesota, Amerika Syarikat, menunjukkan orang yang mengambil cuka epal dua sudu setiap hari selama lapan minggu dapat meningkatkan tahap kolesterol baik high density lipoprotein (HDL).

Pengarang buku, Khasiat Cuka - Cairan Ajaib Penyembuh Alami, Cal Orey, menyatakan cairan ini dihasilkan dari fermentasi buah yang kaya gula. Di antaranya cuka epal, cuka anggur merah, cuka malt, dan cuka beras.

Cuka juga sudah terbukti membantu menurunkan berat badan. Bahkan, selain sebagai campuran bagi melazatkan makanan, cuka juga cairan pembersih dan pengawet makanan alami.

Bagi umat Islam, cuka adalah makanan sunnah Nabi Muhammad SAW dan Rasulullah memakan roti bercicahkan cuka dan minum cuka bercampur air sejam sebelum menjamah sebarang makanan.

Halia

SEJAK zaman berzaman, halia sering digunakan untuk melegakan rasa loya, masalah sukar penghadaman, arthritis, melegakan masalah kekejangan perut dan membantu melancarkan peredaran darah.

Halia juga dapat meningkatkan metabolisme dan membakar kalori kerana sel tubuh harus mengeluarkan tenaga ekstra hingga 20 peratus untuk mengolahnya. Khasiat lain halia ialah meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang mekanisme pembakaran lemak dalam tubuh.

Selain dalam masakan dan minuman, halia juga banyak digunakan dalam perubatan tradisional yang menggunakan campuran herba. Sehingga kini ada 30 hingga 40 spesies halia yang direkodkan digunakan dalam perubatan tradisional.

Bagi yang ingin menurunkan berat badan, bolehlah mencuba mengamalkan petua ini. Kisar tiga inci halia dengan setengah cawan air. Tapis dan perah sebiji limau dan sedikit gula. Amalkan meminumnya sebelum tidur.

Wanita yang ingin langsing selepas bersalin, kebanyakan turut memanfaatkan halia bagi memenuhi hasrat itu. Antara kaedah digunakan ialah mencampurkan menumbuk lumat halia bersama lada hitam dan ikan bilis. Kemudian dicampurkan dengan perahan air limau untuk dimakan bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.


by: ili suhaili binti ishak