Sunday, 23 December 2012

BELUT

ASSALAMUALAIKUM.................

Belut
Kenalkah anda dengan ikan air tawar di atas? Ini merupakan belut. Tentu tidak ramai yang meminati belut bukan. belut merupakan ikan air tawar yang mempunyai pelbagai jenis khasiat yang baik untuk kesihatan.


Antara khasiat belut adalah:

- Dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar, mengandungi 18.6 peratus protein dan 15 peratus lemak.


- Kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, Vitamin D dan zat besi.

- Ramai percaya belut boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan.

- Bagi penghidap penyakit buah pinggang, belut dimakan hidup-hidup ataupun dipanggang terlebih dulu.

- Limpa belut dipercayai mampu mengubati penyakit lelah atau asma.

- Jika dimakan selalu, dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh.

- Membantu normalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan dan membantu mencegah hepatitis.


JOM MAKAN BELUT..........

POSTED BY: WAN NURUL IZZA BT. WAN MOKHTAR

iKan Patin Masak Tempoyak

ASSALAMUALAIKUM....................

Apa khabar semua............Cuti-cuti ni dapat makan ikan patin mesti bestkan? 
Saya ingin kongsikan dengan anda semua tentang resepi ikan patin masak tempoyak....



BAHAN-BAHAN:

5 biji cili padi - nak pedas letak lebih
1 inci kunyit hidup
3 sudu besar tempoyak
1 bunga kantan - belah 4
Sedikit daun kesum
1 asam keping
Garam

LANGKAH PENYEDIAAN:

-Tumbuk cili padi dan kunyit.  
-Masukkan air secukupnya, tempoyak dan masak bersama bahan tumbuk.  -Masukkan juga bunga kantan. 
-Bila dah mendidih pekat, baru masuk ikan. Jangan lama sangat sebab ikan lembut. Masukkan daun kesum.
-Sesuaikan rasa. Jika kurang masam, baru dimasukkan asam keping.


PESANAN

Petua menghilangkan hanyir dan lendir ikan patin ialah dengan melumur ikan patin dengan tepung gandum. Lagi mujarab daripada menggunakan air asam jawa @ asam limau.

POSTED BY: WAN NURUL IZZA BT. WAN MOKHTAR

MERAHNYA WARNA TOMATO

ASSALAMU'ALAIKUM..

Siapa kat sini sangat menggemari  buah tomato... Buah tomato mempunyai banyak khasiatnya. Saya pada suatu ketika dulu kurang meminati buah tomato tetapi lama kelamaan apabila memasukkan buah tomato dalam tomyam menyebabkan saya menggemari buah tomato.

Sangat lazat tetapi jangan biarkan buah tomato terlalu lalu layu keran mungkin akan mnyebabkan buah tomato menjadi tidak sedap lagi.

BUAH TOMATO


Kingdom:
(unranked):
(unranked):
Order:
Family:
Genus:
Species:
S. lycopersicum
Solanum lycopersicum

Lycopersicon lycopersicum
Lycopersicon esculentum


Tomato boleh dirujuk kepada kedua-dua tanaman (Solanumlycopersicum) dan jenis yang boleh dimakan,pada kebiasaan, buahnya berwarna merah. Berasal dari Amerika Selatan, tomato telah disebarkan kemerata dunia semasapenjajahan Sepanyol keatas Amerika, dan pelbagai jeniskini ditanam secara meluas dimerata tempat diseluruh dunia. 

Buah tomato digunakan dalam pelbagai cara, termasuk mentah, sebagai bahan dalam masakan, sos, minuman dan kegunaan luaran. Buah yang kaya dengan lycopene, yang mungkin mempunyai kesan-kesan kesihatan yangbermanfaat.


KHASIAT BUAH TOMATO

Merah pekat buah tomato adalah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi, yang memyebabkan tomato itu berwarna merah. Likopena ini mengandungi pelbagai khasiat.

Likopena ini mengandungi kebaikan antioksidan yang dapat menlancarkan perjalanan darah dalam badan. Justeru itu, dapat mengelakkan dari penyakit kanser dan juga serangan sakit jantung. Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato. Selain itu, buah tomato baik utk lelaki kerana dapt mengelakkan kanser prostat.

Selain itu, buah tomato jugak kaya dengan vitamin C.Vitamin C atau asid askorbik ini banyak khasiat nya dalam penjagaan kesihatan tubuh badan. 

Salah satu peranannya adalah dalam penjagaan kulit. Dengan demikian, buah tomato ini, dapat menghaluskan kulit dan mengelakkan pertumbuhan jerawat.

Posted by NOOR AZILA ASIH

NASI DAGING

ASSALAMU'ALAKUM....

NAK TANYA NI... SAPA ASAL ORANG UTARA HEHE.........
Pernah makan nasi daging tak???/
Sangat sedap kan???
Saya pun mula mengenali nasi daging sejak berkawan ngan suami. Keluarga suami gemar memasak nasi daging menjelang musim perayaan dan kenduri perkahwinan..

Siapa yang makan pasti menjilat jari ditambah dengan air asam..............
Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh meleleh air liur hehe.

Jom sama-sama kita lihat resepi nasi daging..

NASI DAGING UTARA 


1 kilo daging batang pinang – dipotong sebesar kotak mancis / 
600 gm
1 kilo beras basmathi – bersih dan toskan
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak masak
3 s/b planta
1 tin tomato sup Kimball – boleh ganti dengan sos tomato beberapa sudu besar
3 s/b rempah nasi daging-boleh ganti serbuk kurma
sudu kecil rempah sajira – rempah ni boleh cari kat kedai mamak ..
sedikit gula batu
dan garam secukup rasa
sedikit kismis dan bawang goreng untuk taburan
Bahan tumis :-
4 sekawan – kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan Pelaga
sedikit daun ketumbar – untuk wangikan nasi
3 helai daun pandan
1 batang serai – diketuk
1 labu bawang besar – dikisar
3 ulas bawang putih – dikisar
1 inci halia – dikisar
3 cawan air 

Cara : 

1. Panaskan minyak masak dan masukkan planta
2. Tumis 4 sekawan, daun ketumbar, daun pandan dan halia
3. Masukkan bahan yang dikisar
4. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air,kacau biar wangi
5. Masukkan daging,tomato sup kimball dan air yang telah disukat dengan sukatan beras.
6. Setelah air mendidih, masukan gula batu dan garam secukup rasa dan baru masukkan susu cair
7. Masukkan beras dan kismis. Masak dgn rice cooker untuk nasi masak sekata..
8. Gemburkan nasi…boleh ambil daging yg tertanam dalam nasi untuk dicicah bersama air asam 


Bahan Air Asam

bahan-bahan : 4 orang makan

2 biji bawang merah (dihiris)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
1 biji tomato (dihiris dadu)
8-10 biji cili padi (dihiris)
2 biji cili merah (dihiris)
1 cawan air asam jawa (-/+)
sedikit serbuk belacan atau belacan bakar
sedikit garam, gula dan jus limau nipis/kasturi

Cara-cara : satukan semua bahan dan kacau sebati. Hidangkan bersama nasi daging.

* Juga boleh dimakan bersama acar timun, dalca....

Cubalah buat pasti sedap hehe

Posted by NOOR AZILA ASIH






JAGUNG


ASSALAMU’ALAIKUM……

Selamat malam semua……… dan selamat ‘study’ kepada kawan-kawan…..

Saya masih berada dalam mood kenduri lagi hehe sebab kenduri akan berlangsung keesokan harinya.. Petang tadi  semua penduduk kampong bergotong royong membuat persiapan untuk majlis besok. Jadi, sebagai tuan rumah sudah menjadi kewajipan untuk menyediakan makanan bagi menjamu para tetamu yang 
datang membuat kerja.

Petang tadi keluarga saya telah membuat bubu campuran yang terdiri daripada bubur caca, sagu, jagung, 
kacang merah, dan ubi keledek. Sangat lazat tau hehe….

Kali saya mahu bercerita mengenai JAGUNG yang menjadi salah satu bahan dalam membuat bubur 
tersebut.

Mari  sama-sama kita lihat………

ASAL USUL  JAGUNG


Jagung (bahasa Inggeris: maize) merupakan bijirin makanan ruji dari Mesoamerica, spesies Zea mays ssp. mays. Jagung merupakan tanaman yang ditanam berasal dari teosinte Zea mays ssp. parviglumis, tumbuhan asal di sungai Balsas Lembah diMexico selatan, dengan sehingga 12% bahan genetik didapati daripada Zea mays ssp. mexicana melalui introgresi. Istilah "teosinte" digunakan untuk menggambarkan semua spesies dalam genus Zea, kecuali Zea mays ssp. mays. Pendapat yang menyatakan bahawa genus Tripsacum yang 
berkait dengan asal tumbuhan jagung telah dinafikan dengan analisa genetik moden.

DAH TAHU ASALA USUL JAGUNG????

MEH KITA BACA KHASIAT JAGUNG………

  • Meringankan pencernaan
Jagung mengandung serat yang baik untuk meringankan gangguan pencernaan, seperti mencegah sembelit, wasir dan bahkan menurunkan risiko kanker usus besar.
  • Sumber mineral
Biji jagung yang berwarna kuning ternyata mengandung mineral dengan tingkat sangat tinggi. Jagung juga memiliki banyak jenis mineral, seperti magnesium, mangan, besi dan paling penting fosfor. Fosfor sangat penting untuk kesihatan dan pertumbuhan tulang, serta menjaga fungsi ginjal agar tetap normal.
  • Perawatan kulit
Jagung kaya akan antioksidan, yang membantu dalam menjaga kulit menjadi awet muda. Minyak jagung juga merupakan sumber asam linoleat. Sedangkan patinya, berguna untuk mengatasi iritasi kulit dan ruam.
  • Mencegah anemia
Jagung manis kaya akan vitamin B dan asam folat yang mencegah anemia.
  • Mengontrol kolesterol
Vitamin C, karotenoid dan bioflavinoid yang terkandung dalam jagung manis menjaga jantung Anda tetap sehat dengan mengendalikan kadar kolesterol dan meningkatkan aliran darah dalam tubuh.

  • Penting bagi ibu hamil
Jagung menyediakan sumber yang kaya akan asam folat. Jagung manis memberikan manfaat kesehatan baik untuk ibu hamil dan bayi. Jagung dapat mencegah kekurangan berat badan pada bayi yang baru lahir dan menurunkan risiko lahir cacat.

JAGUNG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT PELBAGAI JENIS HIDANGAN

1. Nasi jagung


2. Bubur jagung


3. Puding jagung



Posted by NOOR AZILA ASIH

GARAM MASALA


  • ASSALAMUALAIKUM.............
  • Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda resepi garam masala.....




  • 30 tangkai cili kering (buang biji)
  • 6 sudu makan ketumbar
  • 3 inci kulit kayu manis( pecahkan /patahkan agar senang nak kisar)
  • 5 biji buah pala
  • 3 sudu makan jintan manis
  • 5 sudu makan jintan putih
  • 6 kuntum bunga lawang

Cara-cara

  1. Cuci semua bahan di atas dan toskan.
  2. Panaskan kuali dan sangai (goreng tanpa minyak) semua bahan sehingga kering dan berbau harum. Pastikan api kecil untuk mengelakkan bahan disangai hangus/hangit.
  3. Sejukkan dan kisar di dalam pengisar kering sehingga menjadi serbuk.
  4. Simpan dalam bekas kedap udara. Bila nak masak masakan mamak boleh diguna bila2 masa..Kegunaan masakan biasanya sesudu dua saja..
  5. Tahan lama berbulan2 dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais..


POSTED BY: WAN NURUL IZZA BT WAN MOKHTAR

< Kari Kulit Lembu>

ok kawan-kawan, seperti yang dijanjikan
admin akan kongsikan dengan anda resepi daripada kulit lembu.. 
iaitu...

KARI KULIT LEMBU

admin sudah tunjukkan kepada anda cara untuk dapatkan kulit lebu yang putih dan jernih tu kan...^_^
soooo..
kita akan ke step seterusnya...


TARAAAAAAAA..
inilah rupanya kari kulit lembu tu,,,
jom kita ke dapur untuk masak ye...

Bahan-bahan ( untuk 5 orang makan. )

  • Bahan a:
  • 500g kulit lembu yang telah direbus dan dipotong nipis
  • 1/2 cawan cili padi kampung
  • 2 cawan lengkuas muda dihiris nipis
  • 1 keping asam keping
  • 3 cawan air
  • garam dan serbuk perasa
  • Bahan b (kisar)
  • 1/2 cawan udang kering
  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Bahan c
  • santan pekat dari 1 biji kelapa

Cara-cara

  1. Rebus bahan-bahan a dan b sehingga lengkuas lembut.
  2. Masukkan santan kelapa, kecilkan api, kacau selalu sehigga mendidih.
  3. Rasa asam garamnya, bolehlah dihidangkan.

IKHLAS : ILI SUHAILI BINTI ISHAK