Monday, 15 October 2012

MARI MEMASAK..... AMALI 2

Assalamualaikum.... 

Kali ni admin nak kongsi resepi masakan yang admin masak untuk amali kedua... agak-agak kamu semua apa yang admin masak kali ni...cepat teka 1,2,3......... okeh tak payah gaduh-gaduh siapa yang jawab dula ya..... kali ni admin masak seperti gambar di bawah...

Taraaaaaaaaaaa...........................


Dah nampak kan apa yang admin masak. Ini merupakan masakan India iaitu Tose bersama kuah dhal serta chutney kelapa.

Di sini admin kongsikan resepinya


Resepi Tose

Bahan-bahan

Bil.
Bahan-bahan
Resepi standard
1.       
Kacang urad dal
400g
2.       
Beras
200g
3.       
Nasi putih
90g
4.       
Air suam
500ml
5.       
Minyak sapi
20g
6.       
Yis mauripan
5g
7.       
Garam
10g


Langkah Penyediaan:-

1. Kulit kacang urad dal dibuang dan toskan kacang urad dal dan beras yang direndam semalaman.
2. Kisar beras dan nasi dengan 180 ml air suam hingga halus. Jika perlu tambahkan air untuk mendapatkan   
    adunan yang lembut.
3. Kacang urad dal juga dikisar dengan 300ml air suam hingga halus.
4. Campurkan adunan beras dan kacang urad dal yang dikisar untuk mendapatkan adunan yang lembut 
    seperti penkek.
5. Bancuhkan yis dengan sedikit air dan campurkan ke dalam bancuhan tadi. Tutup dan biarkan kembang 
    dua kali ganda.
6. Panaskan kuali leper dan sapukan minyak sapi. Sendukkan adunan ke atas kuali dan ratakan dengan  
    belakang senduk sehingga nipis dan bentukkan bulat.
7. Biarkan tose garing dan percikkan sedikit  minyak di bahagian atas yang mula kering. Terbalikkan tose 
    sehingga kedua-dua permukaan garing.
8. Lipat tose dan letakkan di atas daun pisang. Tose sedia dihidang bersama-sama kuah dhal dan chutni 
    kelapa.


Resepi Kuah Dhal


Bahan-bahan

Bil.
Bahan-bahan
Resepi standard
1.
Daging kambing
300g
2.
Rempah kari
30g
3.
Kacang dhal
50g
4.
Lobak merah
200g
5.
Terung
270g
6.
Ubi kentang
170g
7.
Lada merah
5g
8.
Lada hijau
5g
9.
Kacang panjang
60g
10.
Bawang besar (kisar)
100g
11.
Bawang putih (kisar)
10g
12.
Santan harmuni paket
120g
13.
Daun kari
3g
14.
Air asam jawa
90g
15.
Minyak untuk menumis
90g
16.
Garam
5g
17.
Gula
2g
18.
Halia
3g

Langkah Penyediaan

1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bahan-bahan yang dikisar, daun kari serta rempah dalca 
    sehingga wangi dia atas api yang sederhana.
2. Masukkan daging dan biarkan seketika supaya daging empuk.
3. Masukkan kentang biarkan seketika, kemudian masukkan santan.
4. Masukkan lobak merah serta kacang panjang dan biarkan sehingga lembut.
5. Masukkan terung, lada serta kacang dal dan kecilkan api. Reneh sehingga sayuran itu lembut. Kacau kuah  
    dalca selalu kerana kuah dalca mudah hangit.
6. Masukkan air asam jawa ke dalam bahan reneh.
7. Reneh di atas api yang perlahan sehingga keluar minyak. Sambil itu tumis 1 ½ camca besar rempah dalca 
    menggunakan 2 camca besar minyak. Kemudian masukkan ia ke dalam kuah dalca yang sedang mereneh.
8. Sebelum angkat perasakan dengan garam halus dan gula. Sedia untuk dihidang.


Resepi Chutney Kelapa

Bahan-bahan

Bil.
Bahan-bahan
Resepi standard
1.
Kelapa parut (kisar)
50g
2.
Halia
3g
3.
Bawang putih
12g
4.
Cili kering (kisar)
10g
5.
Bawang merah
40g
6.
Biji sawi
1g
7.
Daun kari
3g
1.       
Minyak masak
15g
2.       
Asam jawa
10g
3.       
Garam
5g

Langkah Penyediaan

1. Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih, biji sawi daun kari.
2. Masukkan bahan kisar, tambah air sedikit. Biarkan mendidih masukkan asam jawa dan garam.


Mesti semua orang tertanya-tanya kan apa itu chutney kelapa.. Jadi, admin nak tunjuk inilah rupa sebenar Chutney Kelapa

Inilah Chutney Kelapa


SELAMAT MENCUBA SEMUA.....

Thursday, 11 October 2012

Mari kenali masakan Melayu

Halo.... halo... entry yang lepas admin dah cakap pasal makanan India dan Thailand, harap-harap semua dah baca entry yang lepas ya. Jadi, entry kali ini admin nak bincang pasal Makanan Melayu.... orang Melayu dan Masakan Melayu adalah tidak dapat dapat dipisahkan bagaikan irama dan lagu gitu.... ececehhhh jiwang kejap...

Tahu tak apa itu makanan Melayu???? ataupun tahu makan jaaaa...

Meh kita bincang tentang makanan Melayu...

Makanan Melayu merupakan makanan orang Melayu yang berasal dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei... Jangan semua tak tahu ya ini semua adalah negara serumpun...Berbalik pada masakan Melayu tadi admin nak tumpukan pada masakan Melayu kat Malaysia sahaja.. Sebab admin warganegara Malaysia tau...

Okeh kita bincang pasal ciri-ciri makanan Melayu dulu...

Makanan Melayu menggunakan rempah ratus yang banyak serta santan yang penting untuk menghasilkan makanan berlemak dan pekat. Perasa seperti belacan dan budu penting untuk menambah kesedapan. Belacan juga digunakan sebagai bahan asas bersama-sama dengan cili, bawang merah dan bawang putih untuk menghasilkan sambal. Masakan Melayu juga menggunakan lengkuas dan serai.

Hampir semua makanan Melayu dihidangkan bersama nasi iaitu makanan ruji masyarakat Melayu di Malaysia. Walaupun terdapat banyak jenis makanan dalam masakan Melayu, kebiasaannya dihidangkan sekaligus tanpa urutan seperti sajian Barat. Makanan akan dijamah secara tertib menggunakan tangan kanan....

 Di sini admin nak pecahkan makanan Melayu mengikut negeri.... sedap dan lazat semua ni... kakak-kakak abang-abang adik-adik jangan meleleh air liur ya tengok gambar-gambar nihhhh

Jom Kita Tengok Sama-sama..............................................................

Negeri Kedah dan Pulau Pinang


Laksa


Terengganu


Nasi dagang


Kelantan


Nasi Kerabu


Johor


Mee Bandung



Melaka
Asam Pedas 


Emmmm ni ja la yang admin dapat kongsikan buat masa ni...nantikan entry lain ya babai semuaaaaaaaa

Biji Sawi

Bahasa Melayu: Biji Sawi
Bahasa Inggeris: Mustard Seeds


Biji sawi ialah biji kecil dari tumbuhan sawi. Ia berdiameter lebih kurang 2mm, berwarna dari putih kekuningan, hingga hitam. Ia merupakan rempah yang penting dalam beberapa masakan tempatan. Selalunya terdapat dalam warna coklat gelap, yang mempunyai rasa terbaik. Biji sawi hitam mempunyai rasa yang tajam dan kuat, manakala yang berwarna kuning dan putih pula kurang berperisa. 

Biji sawi berperasa pedas dan berempah, membangkitkan rasa daging, ikan, ayam, sos, dan sos salad. Biji sawi boleh digunakan dalam membuat acar atau merebus sayuran seperti kubis. Biji sawi coklat sangat penting dalam menambah perasa masakan India. Serbuk biji sawi pula tidak mempunyai aroma ketika kering, tetapi rasa pedasnya dilepaskan setelah dicampur dengan air. Biji sawi melarutkan cecair dalam sos salad untuk menggabungkan minyak dan cuka, serta menambah rasa pedasnya.



Herba dan Rempah Ratus


Assalamualaikum..



Apa itu herba dan rempah ratus??

Herba adalah datang daripada daripada daun, manakala rempah-ratus datang daripada bijian, buah, kulit kayu atau akar. Kadang-kadang herba dan rempah juga boleh datang daripada pokok yang sama. Contohnya ketumbar. Daun ketumbar segar adalah herba yang digunakan dalam masakan tomyam, manakala serbuk ketumbar daripada bijinya pula antara bahan utama dalam rempah kari.

Segar atau Kering?

Selagi ia disimpan dengan betul, kedua-dua herba dan rempah segar atau kering mengandungi pelbagai khasiat termasuk phytochemical.


Bagaimana Menjaga Kualiti Herba dan Rempah Ratus?

Adalah penting menyimpan herba dan rempah ratus dengan cara yang betul untuk mengekalkan khasiat dan rasanya. Herba kering boleh dibalut dalam tuala kertas dan masukkan ke dalam bekas atau beg plastik sebelum dimasukkan ke dalam peti ais. Anda juga boleh menyimpan rempah yang tertutup dalam bekas kedap udara di luar peti sejuk, tetapi pastikan tempat tersebut gelap dan redup. Ia boleh tahan sehingga enam bulan. Jangan meletakkannya di tepi dapur kerana kepanasan akan mempengaruhi kualiti dan rasanya.
Jika anda ingin membeli serbuk rempah, jangan beli dalam kuantiti yang banyak kerana kesegarannya akan cepat berkurangan. Contohnya, serbuk lada hitam, beli dalam kuantiti yang sedikit dan lebihkan membeli lada hitam yang belum dikisar jika ingin menyimpannya dalam masa yang lama.



Sebab Herba dan Rempah Ratus Bernilai?

Kajian telah mendapati herba dan rempah ratus mengandungi banyak anti-oksidan, yang membantu badan manusia melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan penyakit. Ia juga mengandungi phytochemical seperti curcumin (dalam kunyit), capsaicin (cili), allicin (bawang putih) dan gingerol (halia), dan juga pelbagai vitamin, termasuk vitamin C.
Rempah kari pula dikatakan mampu membuatkan minda anda awet muda. Ia juga bagus untuk mencegah kanser dan ini juga mungkin salah satu penyumbang kepada kurangnya penyakit kanser berlaku di kalangan masyarakat India di India.
Ia juga membantu menambahkan fungsi makanan lain jika ditambah ke dalam masakan dalam fenomena yang dipanggil ‘sinergi makanan’. Kerana inilah, lebih berfaedah untuk menikmati khasiat sebenar dalam masakan daripada mengambil supplemen atau makanan tambahan.
Selain daripada dalam makanan, rempah dan herba juga turut digunakan dalam rawatan kecantikan dan kesihatan. Antara yang biasa digunakan ialah serai, pandan, manjakani dan habbatussauda yang digunakan dalam rawatan seperti mandi rempah contohnya. Ia bukan sahaja mewangikan badan, malah dikatakan mampu menghilangkan toksik dalam badan.
Sifat anti-mikrobnya sesuai dijadikan pengawet semulajadi dan digunakan secara meluas dikala ketiadaan peti sejuk pada zaman dulu. Rempah ratus dan herba seperti kunyit, halia, kayu manis, juga digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional pelbagai bangsa. Pengubatan yang melibatkan makhluk halus turut menggunakan herba dan rempah seperti lada hitam dan bawang putih yang dibaca dengan bacaan-bacaan tertentu



Daun kari (google)

Bunga lawang (google)

Jintan manis (google)

Jintan putih (google)

Kayu manis (google)