Thursday, 15 November 2012

Salam MAAL HIJRAH

"Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah" adalah tema Maal Hijrah 1434H / 2012. Melalui kesederhanaan dan kesejahteraan rakyat dapatlah kita menyambutnya dengan baik pada tahun ini...

Ok. Dah tahu tema sambutan Maal Hijrah tahun ni, mari kita tengok pula resepi yang biasa menjadi santapan masa bulan Muharram ni...


BUBUR ASYURA

Mesti semua pernah makan bubur asyura ni kan? mari kita tengok asal-usul bubur asyura ni dan barulah kita tengok resepi bubur asyura....
Bubur asyura ni akan dimasak setiap 10 Muharram. bubur asyura dikatakan sejenis makanan yang dipercayai diperbuat daripada pelbagai campuran sempena 10 Muharram. Terdapat pendapat yang menyatakan, camputran hendaklah terdiri daripada 10 jenis bahan makanan, jangan dikurang dan jangan dilebih. Jika tidak, bubur asyura tidak menjadi. Tapi tu semua pendapat sahaja. Jadi jangan percaya bulat-bulat ye.  

Berikut adalah beberapa peristiwa yang dikaitkan dengan bubur asyura ini:

Pertama: Cerita Bahtera Nabi Nuh a.s.

Banyak laman web menyebut tentang kisah ini. Dinukilkan dalam kitab “Nihayatuz Zain” karangan Syeikh Nawawi Al Banteni, dan di dalam kitab “Nuzhatul Majalis” karangan Syeikh Abdur Rahman Al Ushfuri serta di dalam kitab “Jam’ul Fawaid” karangan Syeikh Daud Al Fathoni. Yang antara lainnya menceritakan bahawa, ketika mana bahtera Nabi Nuh a.s. berlabuh di bukit Juudi pada Hari Asyura’, maka berkatalah ia pada umatnya :
“Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih”. Maka, dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila’ iaitu kacang ful (kacang poi) dan satu genggam kacang Adas, Ba’ruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh bagai biji-bijian yang dimasak. Maka berkatalah Nabi Nuh A.S : “Masaklah sekeliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang”.
Penilaian:
- Cerita seperti ini perlu kepada kajian. Dari manakah sumbernya dan apakah taraf kedudukan kisah ini. Setakat ini saya tidak menemui sebarang petunjuk tentang kisah ini dalam sumber hadis dan atsar. Sesiapa yang menjumpainya, diharap dapat membantu.
- Jika kisah ini sahih sekalipun, dan kita menerima kaedah ‘Syarak sebelum kita adalah syarak kita juga’, persoalannya adakah makanan yang dibuat oleh Nabi Nuh a.s. adalah satu bentuk jamuan sempena 10 Muharram, atau ia adalah makanan biasa yang berkebetulan pada tarikh 10 Muharram?
- Jika benar kisah ini, dan betul istinbat orang Melayu bahawa disunatkan membuat bubur berdasarkan cerita ini, mengapa tidak ada anjuran daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam atau amalan para sahabat tentang perkara ini?
Kedua: Hadis Galakan Memberi Keluasan Kepada Keluarga
Mungkin sandaran lain bagi jamuan bubur Asyura ialah hadis-hadis tentang memberi galakan supaya pada hari Asyura hendaklah menghulur dan berkongsi kesenangan dengan kaum keluarga.
Hadis yang dimaksudkan ialah:
“Sesiapa memberi keluasan kepada keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan memberi keluasan kepadanya sepanjang tahun itu”.
Mungkin kerana mempercayai kelebihan dalam hadis ini, sesetengah orang Islam mahu memberi keluasan kepada kaum keluarga pada hari 10 Muharram, dengan harapan Tuhan akan mempermudahkan rezekinya sepanjang tahun tersebut. Antara bentuk memberi keluasan ialah mengadakan jamuan makanan.
Cuma kedudukan hadis ini di sisi ulama hadis adalah paslu atau dhaif. Rujuk: Al-Maudhu’aat oleh Ibn Jauzi 2/572, Al-Manar al-Munif oleh Ibn Qayyim 1/111, Al-Fawaid al-Majmu’ah oleh Syaukani 1/98.
Sekali lagi kita terpaksa terima bahawa jika sandaran mengadakan jamuan bubur Asyura ialah hadis ini, sebenarnya ia adalah hadis yang tidak sahih. Jangan terlalu mengharap kepada fadhilat yang belum pasti kesahihannya.
Cuma, membuat bubur Asyura itu kalau setakat dijadikan adat, tanpa ada kepercayaan keagamaan, ia bukanlah satu yang salah. Kalau orang Melayu suka berbuka puasa dengan bubur Asyura, buatlah bubur Asyura. Tetapi elakkan  kepercayaan yang kurang sahih, seperti mengaitkannya dengan makanan Nabi Nuh a.s. sewaktu berlabuhnya bahtera baginda.


Resepi Bubur Asyura




Bahan-bahan:

1 kg beras
1 kg bawang merah(1/2 kg dikisar , 1/2 kg dijadikan bawang goreng)
1 kg gula
1 kg daging
1 ekor ayam [potong kecil]
2 kg santan
250 gram kacang hijau
500 gram ubi keledek
250 gram kerisik
5 batang serai
5 cm halia
5 ulas bawang putih
6 sudu besar rempah asyura [rempah khas untuk bubur asyura]
Garam secukup rasa

Topping/Hiasan

kelapa goreng
isi ikan [hancurkan]
telur dadar [hiriskan]

Cara Membuat:


1. Masakkan beras, kacang, keledek,daging dan ayam sehingga lembut dan hancur.
2. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
3. Masukkan dalam rebusan beras dan daging tadi.
4. Masukkan rempah, kerisik, bawang goreng dan santan.
5. Masukkan garam dan kacau sehingga rata dan masak pekat.
6. Tuangkan dalam loyang atau bekas kecil.
7. Sejukkan dan boleh dihidangkan



Apa yang istimewa pasal bubur asyura Terengganu ni dengan bubur asyura tempat lain adalah bahagian topping atas biasanya dihias dengan telur dadar dan serunding ikan di atasnya.....nyum nyum...

Selamat Mencuba... 

Posted By: Wan Nurul Izza Bt. Wan Mokhtar


Wednesday, 14 November 2012

KURUS PERSIS MODEL

Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam di seluruh dunia....

Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk menikmati kehidupan yang dipinjam sementara buat kita..
Jadi, malam ni saya tak mahu cerita tentang resepi makanan, ataupun apa jua melibatkan menu makanan tetapi saya nak cerita satu kisah penyakit yang melanda manusia zaman sekarang yang tidak tahu bersyukur... emmmmm tetiba beremosi la plak hehe...

Akibat terlalu taksub dengan dunia model, ramai golongan wanita dan remaja perempuan yang terlalu obses dengan berat badan sehingga mereka merasakan diri mereka mempunyai badan yang gemuk atau gempal....

Pernahkah anda-anda sekalian melihat kawan-kawan kita diluar sana mempunyai masalah ini ataupun anda sendiri yang mengalaminya... Tepuk dada tanya selera ngehhhhhhhhh :-)

MARI SAMA-SAMA KITA BUAT RENUNGAN DENGAN GAMBAR DI BAWAH INI.....


 

Cantik kah dengan memiliki bentuk badan sedemikian....
Siapa mahu jawab sila angkat tangan ya??????


Mari kita sama-sama kaji apakah punca penyakit ini?????

Anorexia Nervosa

Gangguan makan yang umumnya dialami oleh pada remaja perempuan adalah anoreksia atau istilah perubatannya dikenali sebagai anorexia nervosa. Anoreksia adalah aktiviti untuk menguruskan badan dengan melakukan pembatasan makan secara sengaja dan melalui kawalan yang ketat.

Penderita anoreksia sedar bahawa mereka berasa lapar, namun takut untuk memenuhi keperluan makan mereka kerana boleh mengakibatkan bertambahnya berat badan. Persepsi mereka terhadap rasa kenyang terganggu sehingga pada ketika mereka mengambil sejumlah makanan dalam jumlah yang kecil sekalipun, mereka akan segera merasa kenyang dan mual.

Mereka terus menerus melakukan diet bermati-matian untuk mendapatkan tubuh yang kurus. Pada akhirnya keadaan ini boleh menimbulkan kesan yang berbahaya, iaitu kematian si penderita. Bayangkan saja, kalau mereka terus menerus menahan diri untuk tidak makan, dari mana mereka akan mendapatkan tenaga untuk hidup.

MENGAPA TERJADI DEMIKIAN

Ketika memasuki masa remaja, khususnya masa akil baligh, remaja menjadi sangat cerewet terhadap pertambahan berat badan mereka. Terjadi perubahan fisiologi tubuh yang kadangkala mengganggu fikiran mereka. Biasanya, perkara ini lebih sering dialami oleh remaja perempuan daripada remaja lelaki. Bagi remaja perempuan, mereka mengalami pertambahan jumlah jaringan lemak sehingga mereka akan mudah menjadi gemuk apabila mengambil makanan yang berkalori tinggi.

Kalau dahulu, makan apa pun tidak memberi kesan kepada berat badan, tetapi setelah masa akil baligh (biasanya ditandai dengan menstruasi), baru makan coklat dua keping, tetapi beratnya sudah tambah sekilogram. Pada kenyataannya, kebanyakan wanita ingin keihatan langsing dan kurus kerana mereka beranggapan bahawa menjadi kurus akan membuatkan mereka bahagia, berjaya, dan popular. Apalagi kalau melihat ‘body’ para selebriti yang langsing (sebenarnya lebih tepat dikatakan kurus kering tidak berisi).

Sementara kalau tubuh kita gemuk atau berisi, pakai baju apa pun rasanya seperti sedang memakai karung guni. Akhirnya, lingkungan persekitaran juga turut mempengaruhi. Semakin sering diejek gemuk, maka dietnya semakin hebat. Maka, tidak menghairankan apabila ketidakpuasan seseorang dengan bentuk tubuhnya akan mengembangkan masalah pada gangguan makan. Remaja dengan gangguan makan seperti di atas memiliki masalah dengan ‘body image’nya.

Ertinya, mereka sudah memiliki suatu ‘mind set’ (pemikiran yang sudah terpateri di dalam otak) bahawa tubuh mereka tidak ideal. Mereka mempersepsikan tubuh mereka sebagai gemuk, banyak lemak di sana sini, tidak seksi dan lain-lain yang kesimpulannya tidak sedap mata memandang dan tidak semenarik tubuh orang lain.

Akibat pemikiran yang sudah terpateri ini, seorang remaja akan selalu melihat tubuh mereka terkesan gemuk padahal kenyataannya berat badan mereka semakin turun hingga akhirnya mereka menjadi sangat kurus. Mereka akan dihantui perasaan bersalah, manakala mereka makan banyak kerana perkara itu akan menyebabkan berat badan naik.

Masalah ‘body’ ini akhirnya menyebabkan remaja menjadi tidak yakin pada diri sendiri dan sukar untuk menerima keadaan dirinya. Mereka beranggapan bahawa kepercayaan diri akan tumbuh kalau mereka juga memiliki tubuh yang sempurna (sempurna di sini bermaksud kurus).

APAKAH KESANNYA

Penderita atau penghidap anoreksia boleh menurunkan berat badan antara 25-50 peratus daripada berat badan mereka. Jika gangguan ini, baik anoreksia mahupun bulimia tidak segera ditangani, maka boleh membawa kesan serius baik secara fizikal mahupun psikologi, bahkan kes yang parah sehingga boleh menyebabkan kematian. Kesan fizikal yang umumnya terjadi pada mereka adalah seperti yang berikut:

1. Kehilangan selera makan, hingga tidak mahu mengambil apa-apa pun makanan.
2. Luka pada kerongkong dan infeksi saluran pencernaan akibat terlalu sering memuntahkan makanan.
3. Lemah, tidak bertenaga.
4. Sukar berkonsentrasi.
5. Gangguan menstruasi.
6. Kematian.

Kesan fizikal secara tidak langsung juga akan mempengaruhi keadaan psikologi seseorang, sehingga masalah psikologi yang muncul pada mereka dapat dikesan menerusi simptom seperti yang berikut:

1. Perasaan tidak berharga.
2. Sensitif, mudah tersinggung, mudah marah.
3. Mudah merasa bersalah.
4. Kehilangan minat untuk berinteraksi dengan orang lain.
5. Tidak yakin diri, canggung berhadapan dengan orang ramai.
6. Cenderung berbohong untuk menutup perilaku makannya.
7. Minta perhatian orang lain.
8. Depresi (sedih terus menerus).

Mereka memerlukan bantuan segera daripada pakar psikologi, doktor, pakar pemakanan, dan tentu sahaja ibu bapa untuk memulihkan masalah tersebut agar tidak membawa kesan yang lebih serius lagi, iaitu kematian. 

Jadi, nasihat saya untuk mendapatkan berat yang ideal kita perlu mengamalkan gaya pemakanan yang sihat...
Setakat ini dahulu entry saya kita jumpa lagi di lain waktu... Selamat malam Assalamualaikum... PEACE

POSTED BY: NOOR AZILA BINTI ASIH

Tuesday, 13 November 2012

LAKSAM UTARA PLAK..

smlm kita dah tengok entry laksam terengganu..
harini kita tengok pulak entri laksam versi utara..
kalau nk di bandingkan kedua-dua laksam ni...sama saja dri bentuk dan cra buatnya..
cuma yang membezakanny resepi untu kuah...
kalau kita perasan kuah laksam utara kemerahan sikit dan kuah laksam terengganu putih2 cikit...
jom kt tngk sm2...

merah dan kuning2 cikit kan warnanya..





nyumnyum...sedapnya...
setiap  kali balik kampung mesti singgah beli laksam mak teh   >>>>>>..

post by..ili suhaili ishak

Laksam Terengganu

Mari kita tengok resepi laksam Terengganu yang semestinya disukai ramai.....Bak kata orang sekali makan, mesti nak tambah....



Laksam Terengganu..


  • BAHAN UNTUK LAKSAM :
  • 2 cawan tepung beras
  • 2 cawan tepung gandum
  • air secukupnya
  • sedikit garam
  • BAHAN UNTUK KUAH LAKSAM :
  • 1 kg ikan selayang @ sardin
  • 4 1/2 cawan santan pekat
  • 15 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 batang serai
  • 2 keping asam gelugur
  • 1/2 sudu makan serbuk lada hitam
  • garam secukupnya
  • BAHAN UNTUK SAMBAL :
  • sedikit cili padi
  • 4 tangkai cili kering
  • sedikit cuka
  • sedikit gula melaka
  • garam
  • gula
  • BAHAN UNTUK HIASAN :
  • 1 batang bunga kantan - dihiris
  • 4 batang kacang panjang - dihiris
  • sedikit kobis - dihiris
  • dua tangkai daun kesum - dihiris
  • sedikit taugeh

Untuk membuat laksam :
  1. Panaskan periuk pengukus.
  2. Gaulkan semua bahan-bahan.
  3. Sapukan tudung periuk/loyang dengan sedikit minyak masak untuk mengelakkan dari melekat.
  4. Tuangkan adunan di atas tudung periuk,pastikan tidak terlalu nipis atau tebal.
  5. Masukkan dalam periuk pengukus dan kukus sampai masak,lebih kurang 4 minit. Biarkan ianya sejuk terlebih dahulu.
  6. Gulungkan adunan dan potong kecil secara membulat.
  7. Ulangi langkah 2- 5 sehingga adunan habis.
Untuk membuat kuah laksam :
  1. Ikan direbus terlebih dahulu,kemudian asingkan isi ikan dengan tulang ikan.
  2. Masukkan isi ikan,halia,bawang putih,bawang merah dan lada hitam bersama air secukupnya ke dalam mesin pengisar. Kisarkan hingga sebati.
  3. Kemudian,masukkan bahan dikisar tadi ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain.
  4. Masak sehingga kuah menjadi agak pekat.
Untuk membuat sambal :

  1. Kisarkan kesemua bahan dalam mesin pengisar.
Untuk hidangan :
  1. Masukkan sedikit laksam yang telah dipotong ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan ulam yang telah dihiris diikuti dengan sedikit sambal dan tuangkan kuahnya.
  3. Siap untuk dihidang..
Posted By: Wan Nurul Izza Bt. Wan Mokhtar.

HAPPY DEPAVALI

selmat menymbut perayaan depavali wat rakan-rakan yang menymbutnya..
setiap kali depavali akan dihidangkan dengan maruku..
pelbagai jenis maruku dapat kita lihat
hari ini admin hendak berkongsi dengan anda resepi untuk membuat  maruku......
boleh anda hadiahkan untuk rakan-rakan anda :)


RESEPI MARUKU
Bahan-bahan :
1 peket tepung maruku
tepung jagung
tepung pulut
tepung ubi kayu
3 cawan santan
1 camca kecik jintan putih
1 camca kecik lemuju1 camca besar lenga

Cara-cara :
1. Campurkan semua bahan kering.. Tepung + jintan putih + lemuju + lenga.. Gaulkan sebati..
2. Kemudian, masukkan santan sedikit demi sedikit.. Gaul sebati.. Uli agak2 jadik doh yang sedang2 lembut boleh tekan masuk acuan..
3. Masukkan dalam acuan dan tekan..
4. Goreng dalam minyak yang panas sehingga garing..
alatan untuk membuat maruku


siap dah sedia untuk di makan!!


post by-ili suhaili

Monday, 12 November 2012

Kuih Savouri

Assalamualaikum................
Hai berjumpa lagi untuk menu kuih savouri minggu ni. Pada minggu ini, admin nak kongsikan dua jenis resepi pasal kuih savouri ni...anda tahu ke apa tu kuih savouri?.

Kuih savouri - merupakan kuih yang yang mempunyai rasa selain dari rasa manis. Senang cerita kuih pedas.

Baiklah kita teruskan kepada resepi kita yang pertama iaitu...........................



Pulut Panggang 


PORSI : 2 ORANG

KUANTITI                 BAHAN                                           
Pulut:

300g                            Beras pulut                 
250ml                          Santan cair                 
3g                                Garam                        
1 helai                          Daun pisang               

Serunding ikan:

350g                            Ikan kembung                        
125ml                          Santan pekat              
10g                              Garam                        
5g                                Gula                           
5 biji                            Bawang merah           
20g                              Bawang putih             
6g                                Lengkuas                    
65g                              Serai                           
10g                              Kunyit hidup              
10g                              Cili merah                   
10g                              Ketumbar biji             
5g                                Jintan manis   
40g                              minyak masak

Langkah-langkah penyediaan pulut panggang:

Untuk pulut:
  • Rendam pulut semalaman. Kemudian toskan pulut dan letakkan di dalam loyang. Ratakan kemudian kukus selama 30 minit. Bancuh garam dengan santan cair, tuangkan ke dalam pulut tadi dan kukus selama 15 minit atau sehingga pulut masak. Gaul rata, angkat dan sejukkan.



Untuk serunding ikan:
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum
  • Masukkan pati pati santan tadi dan tambahkan garam dan gula secukupnya. Masak dengan api perlahan hingga kering tetapi masih lembap. Angkat dan sejukkan

Untuk pulut panggang:
  • Siapkan daun pisang , lap bersih dan layurkan. Potong lebih kurang 5 x 8 inci. Sudukan lebih kurang 2 sudu besar pulut. Ratakan dan lepekan sedikit. Letak serunding ikan sepanjang pulut tadi.
  • Bentukkan menggunakan daun pisang hingga pulut menutupi serunding. Kemaskan dan semat dengan lidi tajam kiri dan kanan atau guna stapler. Buat hingga siap dan panggang hingga sedikit garing.



Bagi resepi kedua adalah..........................

Talam Berlauk 


PORSI : 2 ORANG

KUANTITI                 BAHAN                                           

Bahan talam

160g                            Tepung gandum                                
25g                              Tepung jagung                                   
750g                            Santan                                                
10g                              Garam                                                            
1biji                             Telur   

Bahan Inti

200g                            Daging kisar                           
240g                            Ubi kentang               
40g                              Bawang besar             
20g                              Rempah kari daging   
140g                            Lobak merah              
15g                              Garam                                    
50g                              Minyak masak            
50g                              Daun sup                    
30g                              Daun bawang             
30g                              Bawang goreng          
20g                              Cili merah                   
55g                              Sos tomato                 
55g                              Sos cili                        


Langkah Penyediaan:

Untuk talam:
  • Campurkan semua bahan dalm satu bekas, kacau dan tapis. Panaskan kukusan.
  • Sapu rata Loyang dengan minyak masak.
  •  Tuang adunan ke dalam Loyang dan kukus selama ½ jam.
  •  Keluarkan Loyang dari kukusan dan biarkan sejuk.



Untuk inti:
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar.
  • Masukkan rempah kari dan masak hingga wangi.
  • Masukkan daging dan kentang. Kemudian kacau rata
  • Biarkan sehingga semuanya empuk.
  • Sapukan sos cili dan sos tomato di atas talam, taburkan inti, daun sup, daun bawang dan bawang goreng.