Sunday, 11 November 2012

Menu makan malam

Hai hai assalamualaikum semua.. 

Jam menunjukkan puku 1.00 tengahari mesti masing-masing sibuk menyiapkan makan tengahari terutamanya para isteri... apa menu yang perlu disediakan untuk suami makan betul tak?????

Saya yang masih tidak memasak kerana suami kerja jadi tidak perlu memasak dan memasak untuk makan malam sahaja. Jadi di kesempatan suami pergi kerja apa lagi kita siapkan la tugasan ataupun assignment yang ada.

Dalam entry yang lepas saya ada cakap nak kongsi satu resepi yang saya sediakan untuk makan malam semalam. Ini merupakan resepi yang simple yang boleh dicuba oleh isteri-isteri yang masih belajar macam saya. Hanya mengambil masa sedikit untuk menyediakan hidangan ini.

Okeh resepi kali ni berasaskan buah tomato dan sebelum saya nak kongsi resepi saya nak ceritakan sedikit khasiat buah tomato.




Tomato boleh dirujuk kepada kedua-dua tanaman (Solanumlycopersicum) dan jenis yang boleh dimakan, pada kebiasaan, buahnya berwarna merah. Berasal dari Amerika Selatan, tomato telah disebarkan kemerata dunia semasapenjajahan Sepanyol keatas Amerika, dan pelbagai jenis kini ditanam secara meluas dimerata tempat diseluruh dunia. 




Warna merah itu disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan. Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung. Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.


Selain itu, likopena dapat membantu mencegah penyakit tertentu seperti kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut. Likopena juga dapat membantu mengurangkan paras kolesterol dan sekali gus mengawal tekanan darah supaya stabil.

Ada sumber lagi mengatakan bahawa buah tomato jugak kaya dengan vitamin C. Vitamin C atau asid askorbik ini banyak khasiat nye dalam menjaga kesihatan tubuh badan. Salah satu peranannya adalah dalam penjagaan kulit. Dengan demikian, buah tomato ini dapat menghaluskan kulit dan mengelakkan pertumbuhan jerawat.

Kita dah tahu khasiat buah tomato jadi tibalah masa untu saya kongsikan resepi saya.......

Mempersembahkan

Inilah dia ketam masak tomato hehe pandai-pandai ja bagi nama

RESEPI

500g ketam
2 biji tomato *
1 inci halia *
2 ulas bawang putih *
2 biji cili merah *
1 batang halia diketuk
4 sdb sos cili 
garam secukupnya
gula secukupnya
minyak untuk menumis

* Kisar bahan

Cara-Cara

1. Masukkan minyak masak untuk menumis. Masukkan bahan-bahan tumisan biarkan sehingga pecah minyak. Masukkan sos cili dan biarkan mendidih. Tambahkan air jika perlu.

2. Masukkan serai dan ketam. Biarkan sebati. kemudian masukkan garam dan gula secukupnya.

3. Biarkan sehingga ketam masak dan sedia untuk dihidang.


p/s: Boleh hias dengan daun sup saya terlupa beli daun sup begitulah rupa masakan saya.

Posted By: NOOR AZILA BINTI ASIH

Kuih Tradisi Kedah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian.....

Emmmmmm... apa yang kamu semua lakukan petang ni?  Tengah fikir-fikir apa yang mahu disediakan untuk minum petang.... Ok di sini saya mahu kongsi satu resepi Kuih Tradisional Kedah...Sebagai orang Kedah, ini merupkan kali pertama saya mengetahui kewujudan kuih ini. Sekiranya pensyarah tidak memberi tugasan mengenai kuih tradisional negeri masing-masing saya tidak mengetahui dan ini akan menyebabkan generasi muda tidak mengenali mengenai kuih tradisi negeri masing-masing...

Oppsssss banyak pula saya membebel mesti ramai yang tak sabar-sabar nak tahu apakah kuih yang saya maksudkan...

Mari kita kira 1,2,3

                                                                            Taraaaaaaaaa


Kuih apakah ini??????

Ini dinamakan KUIH BUNGA PUDAK

Rakan-rakan sekalian yang pernah ke Pekan Rabu pasti akan menemuinya.. Kuih ini makin tenggelam dek peredaran zaman.. Jadi, saya mengambil kesempatan untuk menyebarkan kepada rakan-rakan sekalian resepi yang perlu dicuba..


BUNGA PUDAK

PORSI: 60 ORANG
KUANTITI                 BAHAN
Kulit:
1kg                              Tepung pulut
250ml                          Air
200g                            Garam halus
Inti:
500g                            Kelapa parut
200g                            Gula pasir
10g                              Garam
50g                              Perasa ros
50g                              Pewarna kuning/merah/hijau

CARA-CARA:
1.      Campurkan semua bahan untuk inti. Goreng dengan api sederhana, kacau hingga kering.
2.      Gaul semua bahan untuk kulit. Biar 1/2 jam.
3.      Sediakan kuali sederhana panas. Ambil 1 camca adunan tepung masuk ke dalam penapis kopi, ayak tepung tersebut ke dalam kuali. Ayak rata dalam bentuk bulat.
4.      Masuk inti ditengahnya. Lipat menjadi empat segi.
5.      Panaskan seketika, angkat dan ulangi hingga habis.

Masa pon mencemburui kita jom solat asar dan kemudian saya akan keluar untuk membeli bahan memasak hidangan malam ini... Saya perlu membeli tomato dan serai... Agak-agak kamu apakah menu yang saya akan masak malam ini... Jeng jeng nantikan resepi dari saya ya..

Stay Tune... :)

Post by: Noor Azila Binti Asih




Friday, 9 November 2012

Petua Makanan Di Dapur

Baiklah kali ni mari kita tengok petua yang boleh digunakan semasa duk kat dapur...


1. Menyegarkan taugeh

Perahkan sedikit limau ke dalam air rendaman taugeh. Kemudian masukkan ke dalam peti. Tetapi jangan lupa tukar air rendamannya setiap hari.




2. Nasi berbau hangit

Bagaimana hendak menghilangkan nasi yang berbau hangit akibat kelalaian kita sendiri?. Ambil pucuk daun pisang, masukkan ke dalam nasi dan tutup dengan rapat. Bau hangit nasi akan berkurangan.


3. Menghilangkan bau pedas cili yang ditumis

Biasanya kita akan menumis cili giling atau cili boh yang menghasilkan bau yang boleh menyebabkan mata dan hidung kita berair. Bukan itu sahaja, ia menghasilkan bau yang tidak enak dalam rumah kita. Untuk menghilangkannya, masukkan gula pasir ke dalam minyak yang digunakan untuk menggoreng (masih panas) kemudian barulah tumis bawang dan cili.

4.  Ikan kering tidak berulat

Ikan kering mudah dihinggapi oleh lalat dan mudah membiakkan ulat. Untuk mengelakkan keadaan ini berlaku, jemur ikan kering di tengah panas, taburkan sedikit lada hitam yang ditumbuk kasar ke atas ikan tersebut. 

5. Menyimpan kelapa parut

Masukkan kelapa ke dalam tapisan. Kemudian letakkan kelapa di atas periuk yang berisi air panas dan biarkan wap panas masuk ke dalam kelapa.  


6. Tembikai tahan lama

 Sapukan kapur makan pada pangkal tembikai. Tembikai akan tahan lama dan tidak busuk. 

7. Ikan tidak busuk

Sekarang kaum wanita kebanyakannya berkerjaya dan biasanya akan membeli bahan mentah seperti ikan dan disimpan di dalam peti selama dua hingga tiga hari. Kadang-kadang bekalan elektrik yang tiba-tiba terputus juga menyebabkan ikan boleh menjadi busuk. Untuk mencegahnya, ambil ikan yang telah disiang dan dicuci bersih, kemudian gaulkan ikan dengan nasi sejuk dan garam. Pastikan nasi tersebut betul-betul sejuk untuk mengelakkan ikan bertambah busuk jika menggunakan nasi yang panas atau suam. Basuh ikan keesokkanya.

8. Udang sentiasa segar

Perahkan air asam limau sebelum menyimpannya di dalam peti sejuk. Petua ini dapat memastikan udang tahan lama dan sentiasa dalam keadaan segar.

9. Elak santan pecah minyak

Biasanya orang yang memasak santan akan sentiasa mengacaunya untuk mengelakkan santan pecah minyak. Bagi memudahkan kerja agar tidak selalu mengacaunya, letakkan senduk ke dalam periuk dan gunakan api yang kecil. Santan tidak akan pecah minyak. 

10. Empukkan daging

Bagi daging yang liat, gunakan daun nangka. Masukkan beberapa helai daun nangka ke dalam rebusan daging dan lihatlah hasilnya, daging cepat empuk. 


...Selamat Mencuba...


Posted by: Wan Nurul Izza Wan Mokhtar

Peranggu Meja

Pengertian Peranggu Meja

Peranggu meja merupakan persiapan meja yang lengkap menggunakan alatan menghidang seperti mangkuk, gelas, alas meja dan kutleri  yang disusun dengan betul.

Peranggu meja

Kutleri 

Mari kita lihat contoh  tatasajian mengikut kaum Melayu, Cina, India, Barat dan hidangan secara Bufet........


Tatasajian Melayu

Tatasajian Cina

Tatasajian India

Tatasajian Barat

Tatasajian secara Bufet

Sumber: http://salwanisadlina.blogspot.com/p/nota.html

Posted by: Wan Nurul Izza Wan Mokhtar

Thursday, 8 November 2012

Gadjet Dapur Yang Cute


Perempuan dengan barangan cute memang dah tak boleh dipisahkan... Betul x?. Jom kita tengok antara gadjet dapur cute yang boleh menyemarakkan lagi rasa nak masak jer...
Animal House Monkey Peeler
Head Chefs Spatula, Apricot
The Ex 5-Piece Knife Set with Unique Red Holder Designed By Raffaele Iannello
Fred Hot Heads Insulating Mitt, Frog
Splat Stan - Silicone Drink Coaster
Fred and Friends Oh Snap Cheese Cutter














CONDIMENT GUN Picnic Party Great for BBQ sauce Ketchup or Mustard

Macam mana? semua gadjet-gadjet kat atas ni menarik, cool dan comel kan..........
Pilihan di tangan anda........


Posted By: Wan Nurul Izza Wan Mokhtar

Bater

Apakah yang anda perlu tahu tentang bater?
  • Bater adalah campuran tepung dan cecair seperti air, susu dan santan.
  • Berasal dari perkataan Perancis iaitu  Buttre = pukulan 
  • Biasanya telur dan lemak dicampurkan ke dalam bater untuk memperbaiki rasa dan menambahkan khasiat.
Terdapat dua jenis bater:-

  1. Bater cair - konsistensinya adalah berkrim dan cair.
                         - dikenali sebagai bater penkek dan lempeng.

                         - merebak dengan cepat sebagai lapisan nipis jika dituang. 

Contoh kuih bater cair






2. Bater pekat - konsistensinya adalah berkrim dan pekat. 
                       - boleh digunakan untuk menyadur makanan.

Contoh kuih bater pekat
                                


Sukatan asas bater 
Langkah-langkah membuat bater 

                         http://www.slideshare.net/hawanaqiah/bater

Posted by: Wan Nurul Izza Wan Mokhtar. 

Sunday, 4 November 2012

KOPI



Apakah yang anda tahu tentang kopi??



Semua orang mengetahui kopi mengandungi kafein yang tinggi yang boleh menyababkan terjadinya penyakit merbahaya. Menurut Kamus Dewan Dan Pustaka edisi Keempat, kopi merupakan sejenis tumbuhan (pokok dan bijinya yang digoreng dan dijadikan serbuk untuk dibuat minuman). 

Tetapi kopi juga mempunyai kebaikan dan keburukannya jika diambil secara berlebihan. Antara kebaikan kopi adalah:-


  1. Mencegah penyakit jantung dan strok
  2. mencegah penyakit kanser dan diabetis
  3. mencegah kanser mulut dan melindungi gigi
  4. mengurangi rasa sakit kepala




Terdapat beberapa jenis kopi yang merbahaya dijual dipasaran. Oleh itu, berhati-hatilah dalam memilih kopi yang dijual. 40 jenis kopi yang disenaraihitam oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kerana mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor. 

Senarai 40 jenis minuman kopi beracun-


  • Cafe Abang Yes
  • Candi Gold
  • Candy 193
  • Extend Up Energy Drink
  • Extremen
  • Extrewomen
  • Goji Guarana
  • Goji Guarana Extra
  • Goji More
  • Goji Yumberry
  • Guara Cafe
  • HBW Ice Lemon Tea
  • Hotton Vitality Candy
  • Ie2 O
  • King Cappucino
  • Knight Cofee
  • Kolek Cafe Power Plus
  • Kopi Angguk
  • Kopi Asmara,
  • Kopi Bagus AAA
  • Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus
  • Kopi Pahlawan
  • Kopi Super Angguk
  • Kopi Tenaga Tok Lebai Plus
  • Maca Max
  • Macagin Ginseng Candy
  • Mentalk Candy
  • Nexus MXP
  • Night Cafe
  • Red Energizer Candy For Men
  • Royal Beverage Maqrifatun
  • Sasanergy Drink
  • Trica Jus
  • Tri-Max
  • True SR,
  • Vigor Candy
  • Vitca-F
  • Vitca-M
  • Winnie Beauty V1
  • XKL Sky Fruit Juice Premix
Sumber: http://zonfiniti.blogspot.com/2011/08/senarai-40-jenis-minuman-kopi-beracun.html