Thursday, 8 November 2012

Bater

Apakah yang anda perlu tahu tentang bater?
  • Bater adalah campuran tepung dan cecair seperti air, susu dan santan.
  • Berasal dari perkataan Perancis iaitu  Buttre = pukulan 
  • Biasanya telur dan lemak dicampurkan ke dalam bater untuk memperbaiki rasa dan menambahkan khasiat.
Terdapat dua jenis bater:-

  1. Bater cair - konsistensinya adalah berkrim dan cair.
                         - dikenali sebagai bater penkek dan lempeng.

                         - merebak dengan cepat sebagai lapisan nipis jika dituang. 

Contoh kuih bater cair






2. Bater pekat - konsistensinya adalah berkrim dan pekat. 
                       - boleh digunakan untuk menyadur makanan.

Contoh kuih bater pekat
                                


Sukatan asas bater 
Langkah-langkah membuat bater 

                         http://www.slideshare.net/hawanaqiah/bater

Posted by: Wan Nurul Izza Wan Mokhtar. 

Sunday, 4 November 2012

KOPI



Apakah yang anda tahu tentang kopi??



Semua orang mengetahui kopi mengandungi kafein yang tinggi yang boleh menyababkan terjadinya penyakit merbahaya. Menurut Kamus Dewan Dan Pustaka edisi Keempat, kopi merupakan sejenis tumbuhan (pokok dan bijinya yang digoreng dan dijadikan serbuk untuk dibuat minuman). 

Tetapi kopi juga mempunyai kebaikan dan keburukannya jika diambil secara berlebihan. Antara kebaikan kopi adalah:-


  1. Mencegah penyakit jantung dan strok
  2. mencegah penyakit kanser dan diabetis
  3. mencegah kanser mulut dan melindungi gigi
  4. mengurangi rasa sakit kepala




Terdapat beberapa jenis kopi yang merbahaya dijual dipasaran. Oleh itu, berhati-hatilah dalam memilih kopi yang dijual. 40 jenis kopi yang disenaraihitam oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kerana mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor. 

Senarai 40 jenis minuman kopi beracun-


  • Cafe Abang Yes
  • Candi Gold
  • Candy 193
  • Extend Up Energy Drink
  • Extremen
  • Extrewomen
  • Goji Guarana
  • Goji Guarana Extra
  • Goji More
  • Goji Yumberry
  • Guara Cafe
  • HBW Ice Lemon Tea
  • Hotton Vitality Candy
  • Ie2 O
  • King Cappucino
  • Knight Cofee
  • Kolek Cafe Power Plus
  • Kopi Angguk
  • Kopi Asmara,
  • Kopi Bagus AAA
  • Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus
  • Kopi Pahlawan
  • Kopi Super Angguk
  • Kopi Tenaga Tok Lebai Plus
  • Maca Max
  • Macagin Ginseng Candy
  • Mentalk Candy
  • Nexus MXP
  • Night Cafe
  • Red Energizer Candy For Men
  • Royal Beverage Maqrifatun
  • Sasanergy Drink
  • Trica Jus
  • Tri-Max
  • True SR,
  • Vigor Candy
  • Vitca-F
  • Vitca-M
  • Winnie Beauty V1
  • XKL Sky Fruit Juice Premix
Sumber: http://zonfiniti.blogspot.com/2011/08/senarai-40-jenis-minuman-kopi-beracun.html

Monday, 29 October 2012

AmAli Minggu ke TiGa...

entry kali ini admin lambat skit nk post..
maklumla..tak sabar nak balik raya haji....
ok3..kita direct to the point...minggu ni admin akan share resepi untuk kuih muih yang kumpulan admin telah sediakan. 
kami telah menyediakan bubur caca dan kuih cara...sila3 la salin or print resepinya ye..




BUBUR CACA
PORSI : 2 ORANG

KUANTITI                BAHAN                                            ALATAN

Bahan Caca
215g                           Tepung beras                                      Penapis
200ml                         Air                                                      Senduk berlubang
5g                               Kapur                                                 Besen
3g                               Pewarna hijau                                    Periuk
3g                               Pewarna merah                                  Mangkuk
3g                               Pewarna kuning                                 Sudu
Bahan Kuah                                                                          Senduk
200ml                         Santan
140g                            Gula melaka
1 helai                         Daun pandan
5g                               Garam
50ml                           Air

Langkah Penyediaan:

1.      Untuk membuat caca, masukkan tepung ke dalam bekas adunan.
2.      Tuangkan air dan kapur sedikit demi sedikit dan adun hingga rata.
3.      Selepas itu, bahagikan adunan kepada tiga adunan. Masukkan pewarna hijau, kuning dan merah bagi setiap adunan tersebut.
4.      Selepas itu, tuangkan ke dalam senduk yang berlubang. Tekankan sehingga caca jatuh ke dalam periuk yang berisi air mendidih. Biarkan seketika. Angkat dan toskan.
5.      Untuk kuahnya, masukkan santan ke dalam periuk.
6.      Dengan membuka api perlahan, biarkan ia mendidih sambil memasukkan bahan-bahan kuah yang lain. Kacau rata.
7.      Selepas itu masukkan caca ke dalamnya dan kacau rata. Biarkan mendidih dan angkat.
8.      Sedia dihidangkan.



===========================================================================






Kuih cara
Porsi : 2 orang

KUANTITI                BAHAN                                            ALATAN 

150g                           Tepung gandum                                 Petitin
1 biji                           Telur                                                   Mangkuk adunan
125ml                          Santan                                                Senduk kayu
4 helai                         Daun pandan                                     Loyang
10g                              Pewarna hijau                                    Berus glis
5g                                Garam
30g                              Gula
10g                             Minyak masak
330ml                         Air


Langkah Penyediaan:

1.      Ayak tepung gandum bersama garam.
2.      Masukkan tepung gandum dan garam yang telah diayak ke dalam mangkuk adunan. Buat lubang ditengah adunan.
3.      Masukkan telur ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
4.      Bancuh santan bersama air daun pandan dan pewarna. Masukkan separuh santan dan air ke dalam adunan tepung.
5.      Kacau adunan agar tidak bergentel. Masukkan lebihan santan dan air pandan. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau cair. Rehatkan adunan selama 10 hingga 15 minit.
6.      Sapu rata acuan bahulu dengan minyak masak. Panaskan acuan.
7.      Masukkan adunan ke dalam acuan dan tabur sedikit gula di atasnya.
8.      Setelah bahagian tepi kekuning-kuningan bolehlah diangkat. Ambil dua biji kuih cara dan tangkupkan ketika hendak dihidangkan.
9.      Sedia untuk dihidangkan.


Sunday, 28 October 2012

AidUL AdhA......

sekarang semua masih dalam mood raya aidil adha..
semua orang mesti dapat banyak daging korban kan..
tahukah anda...macam mana nak dapatkan daging yang tidak keras dan liat??
salah satu caranya adalah cara kita memotong daging tersebut..


daging lembu



Tips Cara memotong Daging
  • Sebelum daging dipotong seharusnya terlebih dahulu dibuangkan lemak atau serat, selaput keras yang menempel pada daging tersebut.
  • Cara memotong daging yang tepat adalah dengan memotong arah menegak atas serat urat daging, Daging harus dipotong melintang urat, jangan ikut urat daging supaya daging nanti tidak liat dan susah untuk empuk. Caranya ialah dengan melihat jalur-jalur urat daging, kemudian letakkan arah urat-urat daging bertentangan dengan pisau dan potong.
  • Pada beberapa bahagian daging yang mempunyai lebih dari satu otot daging, misalnya mempunyai 5 otot daging. Maka setiap otot harus di buangkan dulu mengikuti selaput pembahagian setiap otot, baru kemudian daging tersebut dipotong.


dan cara lain yang admin baru tahu adalah...
lembu itu sendiri sebelum di korbankan mati dalam keadaan yang tidak stress..
anda boleh tonton cara untuk hilngkan stress lembu sebelum dikorbankan..


Sunday, 21 October 2012

Asid dan Alkali Makanan

Tahukah anda

Makanan seharian yang dimakan mempunyai asid dan alkali yang terdorong membawa kepada penyakit jika diambil secara berlebihan. oleh itu, pemilihan makanan yang tidak terlalu beralkali dan tidak terlalu berasid baik dimakan secara seharian dan kepada pengamal diet seimbang. 

Jom kita tengok antara makanan yang mana lebih berasid dan yang mana paling rendah alkali..... 

(sumber google)

Macam mana, dah tahu ke makanan yang sesuai untuk dimakan setiap hari?. 

Jadi rancanglah diet seharian anda.....

Saturday, 20 October 2012

Kuih Tempatan

Rakyat Malaysia terkenal dengan budayanya yang tradisional dan tersendiri. Bukan sahaja dari segi adat, pakaian malah makanan sediri juga kaya dengan tradisinya yang tersendiri. Kuih muih manis misalnya mempunyai pelbagai jenis bentuk, rasa dan bau yang tersendiri. Kuih muih tempatan adalah kuih yang dihasilkan dengan menggunakan bahan tempatan seperti tepung beras, kelapa, gula melaka, keledek, ubi, santan, tepung pulut, pisang dan sagu.   

Sumber Kuih Tempatan
  1. Sagu
  • diperolehi daripada bahagian pokok rumbia
  • murah dan mudah diperolehi
     2.  Gula Melaka
  • Diperbuat daripada nira kelapa
  • Berwarna perang
  • Perlu diracik-racik sebelum digunakan
     3.  Kelapa
  • Digunakan untuk menyadur atau diletakkan di atas permukaan kuih
  • Untuk mendapatkan santan dan melazatkan makanan


Antara contoh kuih muih tempatan:-


Kuih lapis
Kuih Cara

Bubur pulut hitam
Buah melaka atau onde-onde





Monday, 15 October 2012

Bunga Cengkih



Syzygium aromaticum

Nama saintifik di atas merupakan nama saintifik bagi bunga cengkih atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Clove. bunga cengkih mempunyai rasa pahit dan kelat selain mempunyai rasa yang tajam, kuat dan manis yang sedikit kepedasan atau berangin. Bunga cengkih adalah yang paling menusuk antara rempah-rempah lain sehingga meninggalkan rasa kebas di dalam mulut. 
Bunga cengkih biasanya elok dibeli dalam bentuk asalnya kerana rupa bentuknya cepat merosot. Bunga cengkih yang dikisar biasanya digunakan untuk membuat kek. Rasanya yang kuat dapat mengatasi rasa lain dalam sesuatu masakan. Justeru itu, penggunaan yang sedikit dalam masakan amat digalakkan.



Bukan itu sahaja, bunga cengkih juga digunakan dalam masakan beriyani. Bentuk asal bunga cengkih digunakan untuk menambahkan rasa dalam hidangan tersebut. Biasanya bunga cengkih digunakan bersama dengan jintan putih dan kayu manis. 

Petua

Untuk menentukan kualiti bunga cengkih yang bagus, masukkan ke dalam secawan air. Bunga cengkih yang elok akan terapung secara menegak manakala jika tidak akan tenggelam atau terapung secara mendatar.


Bunga Cengkih