Sunday, 18 November 2012

Rojak Kateh



Assalamualaikum............

Hujan rahmat dipagi ini........semoga kita semua diberkati.......

Ok kita sambung lagi hari ini dengan menu tradisi Terengganu..........hehe mentang-mentang orang Terengganu asyik post makanan Terengganu yer........

Pernahkah anda mendengar tentang Rojak Kateh?. Rojak kateh hanya terdapat di Terengganu dan agak sukar di dapati di negeri lain. Ia sedap dimakan sahaja ratoh atau dimakan dengan nasi.

Menurut Wikipedia Melayu, ensiklopedia bebas, rojak kateh merupakan sejenis makanan traditional yang terkenal di Terengganu dan Kelantan. Ia merupakan urat keting lembu/kerbau yang direbus selama beberapa jam. Rebusan ini akan menyingkirkan semua lemak yang akan timbul dibahagian atas, meninggalkan bahagian urat yang bebas lemak sepenuhnya.
Urat ini kemudiannya akan diambil dan dipotong kepada bahagian-bahagian kecil sebelum dimasak bersama air cuka berlada. Pada kebiasaannya, ia lebih banyak dibuat pada Hari Raya Aidiladha kerana mudah mendapat kaki dari lembu korban.


Kaki lembu


Mari kita tengok resepinya pula....


Rojak Kateh



Bahan-bahannya

• 1/2 kilo kaki lembu di bakar/lidah lembu kalau nak sedap
• 1 senduk kecil lada giling
• 2 senduk kecil cuka makan
• Segenggam asam jawa
• 1 keping gula nisan'/gula anau/gula Melaka/gula perang
• Sedikit garam & gula
Cara penyediaan


Kaki lembu di rebus hingga betul-betul empuk. Setelah empuk, tos dan ketepikan. Kalau boleh potong dadu supaya mudah nak mengunyah.

Kaki lembu yang telah diambil isinya (dikikis).

Hasil yang diperolehi

  1. Panaskan kuali atas api sederhana dan masukkan lada giling, jus asam jawa dan cuka.
  2. Kalau terlalu pekat boleh masukkan sedikit air. Masukkan gula melaka dan biarkan gula larut
  3. Perasakan dengan garam dan gula. Kuah rojak kateh boleh ikut kesesuaian masing-masing. Yang penting ada rasa masam, manis dan pedas.
  4. Campurkan daging yang telah di potong kecil tadi ke dalam kuah dan biarkan sebentar.
  5. Rojak kateh sedap di makan begitu saja atau dimakan dengan nasi. Nak lagi sedap simpan dalam peti sejuk dan panaskan semula esok hari.
*Boleh juga menggunakan kaki lembu, kambing atau kerbau.

Selamat mencuba..

Posted by: Wan Nurul Izza Bt. Wan Mokhtar

DAGING LEMBU VS DAGING KHINZIR

ASSALAMUALAIKUM.... Selamat Malam semua... 

Apakah yang anda lakukan malam-malam macam ni.. Mesti semua beristirehat sambil menonton televisyen betul tak???

Emm jadi, di kala waktu senggang ini terdetik di hati saya untuk mencari maklumat mengenai makanan yang selalu di beli oleh kita di pasar atau pasar raya...

Makanan tersebut adalah daging.. Ramai umat Islam keliru dengan perbezaan daging lembu dan daging khinzir..

Di sini, saya ingin kongsi cara perbezaan antara daging lembu dan daging khinzir...


Terdapat beberapa perbezaan asas di antara daging babi dan lembu. Menurut Dr. Ir. Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu dan Teknologi Pangan IPB di Indonesia mengatakan bahawa melalui mata kasar, terdapat lima aspek yang dapat dibezakan antara daging babi dengan daging lembu iaitu warna, serat daging, jenis lemak, aroma dan tekstur. Berdasarkan perkara ini, fokus pengamatan mereka diarahkan pada lima aspek tersebut.

1. Dari segi warna


Jika dilihat, daging babi mempunyai warna yang lebih pucat dari daging lembu (lihat gambar), warna daging babi seolah-olah seperti warna daging ayam. Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan, kerana warna pada daging babi biasanya disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah lembu, walau sebatian ini boleh dihilangkan dengan merendam di dalam air. Selain itu, di bahagian tertentu pada daging babi, warnanya mirip sekali dengan daging lembu sehingga sangat sukar membezakannya.

2. Dari segi serat daging


Perbezaan kelihatan dengan jelas antara kedua-dua daging. Pada daging lembu, serat-serat daging kelihatan padat dan garis-garis seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada daging babi, serat-seratnya kelihatan samar dan sangat renggang. Perbezaan ini semakin jelas ketika kedua-dua daging direnggangkan bersama (lihat gambar).
3. Dari lemak yang kelihatan


Perbezaan terdapat pada peringkat keanjalannya. Daging babi mempunyai tekstur lemak yang lebih elastik sementara lemak lembu lebih kaku dan berbentuk. Selain itu lemak daging babi sangat basah dan sukar dilepaskan dari dagingnya sementara lemak daging agak kering dan kelihatan berserat (lihat gambar).
4. Dari segi tekstur

Daging lembu mempunyai tekstur yang lebih kaku dan padat berbanding dengan daging babi yang lembik dan mudah diregangkan (lihat gambar). Melalui perbezaan ini sebenarnya ketika kita memegangnya pun sudah terasa perbezaan yang nyata antara keduanya kerana dapat dirasakan daging babi lebih kenyal dan mudah direnggangkan. Sementara daging lembu terasa solid dan keras sehingga cukup sukar untuk diregangkan



5. Dari segi aroma
Terdapat sedikit perbezaan antara keduanya. Daging babi mempunyai aroma khas tersendiri, sementara aroma daging lembu adalah hanyir seperti yang telah kita ketahui. Dari segi bau inilah sebenarnya perkara paling penting untuk membezakan antara kedua-dua daging ini. Kerana walaupun warna telah ditukar dan dicampur antara keduanya, namun aroma kedua-dua daging ini masih boleh dibezakan. Sayangnya kemampuan untuk membezakan melalui aromanya ini memerlukan latihan yang berulang-ulang kerana memang perbezaannya tidak terlalu ketara.
6. Ciri-ciri secara Umum
Secara amnya, bentuk daging babi yang diternak dan babi hutan sangat mirip satu sama lain, sementara daging babi mempunyai perbezaan yang cukup banyak dengan daging lembu. Namun ketika kedua-dua jenis daging tersebut telah dicampurkan, apatah lagi setelah disebatikan dengan darah lembu, kedua-duanya (daging babi dan lembu) menjadi sangat sukar untuk dibezakan.
Posted By: NOOR AZILA BT. ASIH




Saturday, 17 November 2012

kenduri kendara....

hujung2 tahun ni dan cuti sekolah ramai sangat yang mengadakan majlis perkahwinan
semalam sahabt sy melangsungkan majlis perkahwinan...
rumhnya di baling kedah...jauh sungguh p'jalanannya..
apa yang menariknya di rumh sahabat saya ni...
makanan dan lauk pauk yang dihidangkan
tempat lain x kan jumpa hanya di kenduri2 di kedah saja kita akan jumpa...
makanan apa  ye...
pa lagi....GULAI BATANG PISANG la..
sedap oooooo
tapi kan,,,susah untuk menyediakan lauk ni...
xkena cara dan bahan,gulai ini akan jadi warna hitam...
upss...gulai tu apa???
gulai tu kari...

batang pisang ni pon bukannya pisang yang kita boleh tebang sesuka hati kat rumah kita tu...
pisang ni kn cari dalam hutan....

ini la rupanya batang pisang tu,,kn ambil yang umbut dalam saje ye..

jom kita try test masak...




RESEPI GULAI BATANG PISANG

Bahan-bahan ( 4 org )

  • 500 g umbut batang pisang (isi yang paling dalam.Potong 1/2 jengkal)
  • 1 kg tulang lembu yang ada daging (potong kecil)
  • 2 paket serbuk kari daging
  • 500 ml santan
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 ulas bawang merah (kisar halus)
  • 6 ulas bawang putih (kisar halus)
  • 1 inci halia (kisar halus)
  • 2 sudu besar cili boh
  • Sedikit air asam jawa
  • Minyak utk menumis
  • 1 gelas air
  • Garam, gula dan MSG secukupnya

Cara-cara

  1. Panaskan Minyak.Tumiskan bahan kisar dengan daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang hingga wangi.Bancuh rempah kari dengan air dan cili boh.Masukkan kedalam bahan yang telah ditumis tadi dan masakkan hingga rempah pecah minyak.
  2. Masukkan santan dan kecilkan api.Masukkan pula tulang dan batang pisang.Biarkan mendidih dan batang pisang empuk.Tambahkan air asam, garam, gula dan MSG secukupnya.Masak sebentar.Siap utk dihidang.



nilah rupanya gulai batang pisang itu......dapdapdap.
post by: ili suhaili ishak


Tips Kesihatan


Assalamualaikum............

Macam mana hari ini? harap-harap semua sihat-sihat semua. Kita sambung lagi dengan tips kesihatan pula untuk entri kali ini. 

Amalan gaya hidup yang sihat sangat diperlukan dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, tips kesihatan pada kali ini akan membincangkan tentang gaya pemakanan yang sihat. Pemakanan kita sehari-hari perlu dijaga agar badan kita sentiasa dalam keadaan sihat.

Gambar di bawah ini akan memberi sedikit panduan mengenai gaya pemakanan yang sihat seperti yang disyorkan oleh Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia.


Posted By: Wan Nurul Izza Bt. Wan Mokhtar

Friday, 16 November 2012

APA ITU PAYASAM????

Bismillahirrahmanirrahim ....dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Apa khabar semua.. Diharap semua sihat sihat sahaja... Di dalam kesibukan dan kekusyukan saya menyiapkan tesis, saya masih berkesempatan membuat kerja sambil menonton Masterchef musim kedua untuk siaran ulangan. Di dalam siaran tersebut para peserta menghadapi cabaran dengan mendapat tugasan memasak makanan India sempena Perayaan Deepavali. Salah satu kumpulan telah mendapat tugasan memasak Payasam.

Di dalam hati saya terfikir apa itu payasam??? payasam??? payasam???

Apa lagi saya pun terus google untuk menjawab persoalan saya haha macam tesis pulak ada persoalan kajian..

Ini dia hasil google saya


Semiya payasam


Vermicilli payasam 

Kawan - kawan sudah lihat rupa payasam seperti tertera di atas. Mari kita lihat apakah payasam?

APA ITU PAYASAM?????

Ia adalah pencuci mulut yang hebat dan dinikmati sepanjang tahun. Dalam versi selatan dan timur India ia dibuat untuk perayaan tertentu. Di Selatan, Kheer dipanggil Payasam dan di timur ia dikenali sebagai Payesh.

Payasam juga terdiri daripada pelbagai jenis

a) Semiya payasam
b) Rice Payasam
c) Kerala payasam
d) Pal payasam
e) Palada payasam
f) Vermicilli payasam

Jadi, semua dah tahu serba sedikit tentang payasam bolehlah kita google resepinya pulak hehe

Selamat Mencuba semua..........

Posted By: NOOR AZILA BINTI ASIH 


Thursday, 15 November 2012

minum la pulak...

KITA NI ASYIK MAKAN JA KAN...HEHEHHE
kita minum la pulak...
selalu p kedai kita mintak air yang biasa ada..
contohnya, sirap limau,limau ais,semua-semua yang ais lagi....
cuba bila kita dok rumah ktcuba buat jus sendiri..
disini admin nak share resepi jus pegaga...
semua penah makan ulam pegaga kann..



Bahan-bahan ( 1-2 gelas )

  • 100 gm pegaga (cuci dgn air garam bsama akarnya sekali)
  • 3 camb gula perang (blh tmbah atau kurangkan)
  • 500 ml air masak
  • 5-7 ketul ais

Cara-cara

  1. Masukkan air masak ke dlm periuk bersama gula perang dan masak sehingga mendidih. Sejukkan.
  2. Kemudian kisar daun pegaga bersama air gula td. Tapiskan jusnya.
  3. Masukkan semula jus td ke dlm pengisar dan kisar bersama ketulan ais selama 1 minit.
  4. Siap dan boleh diminum. 


** Setiap 100g bahagian pegaga yg blh dimakan mengandungi air 87.7g, protein 2.0g, lemak 0.2g, karbohidrat 6.7g, serat 1.6g, kalsium 171mg, fosforus 32mg, B2 0.19mg, niasin 0.1mg dan Vitamin C 48.5mg.

Selamat Mencuba!

ikhlas:ili suhaili ishak

LEMANG OH LEMANG VS BBQ

Assalamualaikum... Salam Maal Hijrah Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia...

Oppsss dh berapa banyak salam diberi... Walaupun banyak dugaan timbul saya masih 'maintain' untuk ceria hehehe...

Entry kali ni saya nak kongsi sedikit aktiviti masa cuti saya... Di kala tahun baru sempena Maal Hijrah, saya dan keluarga berkumpul untuk program masak memasak..

Apakah menu sempena Maal Hijrah ini??? Kami sepakat untuk memasak lemang haha.. Keputusan ini dibuat kerana pada sambutan Hari Raya Aidil Adha yang lepas keluarga saya tidak membuat lemang seperti tahun-tahun lepas kerana kesibukan masing-masing...

Di sini saya nak tunjuk lemang yang kami masak...


'BBQ TIME'

Dah abis buat lemang tibalah masanya kami membakar ayam... Ayam itu diperap oleh saya hasil gabungan beberapa resepi yang di google dan dikongsi oleh rakan-rakan.. Hasil campur aduk resepi terhasillah resepi AYAM BAKAR ALA TANDORI AZILA ngeh ngeh.... Bukan saya syok sendiri ya tapi inilah komen komen dari keluarga saya...


Ini sahaja yang sempat saya ambil gambar.. Mula-mula niat di hati nak ambil gambar selepas siap di bakar tetapi  tidak sempat nak ambil gambar ayam dah habis di makan.. Saya tidak sangka tetamu begitu ramai tapi itulah dinamakan rezeki.. Betul tak.. Betul betul bak kata upin dan ipin...

Posted by: Noor Azila Binti Asih