Thursday, 22 November 2012

Ikan Bakar


Assalamualaikum.....

Sudah lama tidak menikmati ikan bakar......
Nak resepi?
Jom tengok di bawah................









Bahan-Bahan 

  • 1 ekor ikan (bawal/merah)
  • 1 serai-diketuk
  • Daun limau purut-dihiris
  • Air asam jawa
  • Daun pisang dan aluminium foil
  • Bahan-Bahan Kisar:-
  • 5 cili merah
  • 5 cili kering
  • 5 cili api
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • Garam secukupnya

Langkah Penyediaan:

  1. Panaskan minyak. tumis bahan2 kisar hingga wangi dan naik minyak. masukkan serai, garam dan air asam.
  2. Letakkan daun pisang diatas aluminium foil. letak separuh sambal, kemudian letak ikan dan tutup dengan baki sambal tadi. tutup daun pisang dan foil.
  3. Bakar dengan api kecil hingga ikan masak pada kedua2 bahagian.
  4. Hidangkan dengan air asam atau cili berkicap.

Nukilan: Wan Nurul Izza Bt. Wan Mokhtar

lassagna versi timur....

seperti yang telah dijanjikan..hari saya akan menyebarkan resepi saya sendri..
resepi ini saya sudah olah beberapa kali 


LASAGNA MELAYU...
5 porsi

BAHAN-BAHAN
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil mix herb
20 tangkai cili kering (ikut tahap kepedasan anda)
1 paket daging cincang(ambil yang ramli je ye)
5biji tomato
1 tin cendawan butang
1biji setengah cili benggala(warna merah,hijau dan kuning.setiap satu ambil setengah)
50g mentega
2 keping cedar cheese
3 sudu makan tepung gandum
1 kotak kecil susu fullcream
garam secukupnya
sekotak lasagna


CARA MENYEDIAKANNYAU

-UNTUK KUAH DAGING-
-rebus cili kering dan kisar cili tersebut
-kisar bawang putih dan bawang merah, 
-tumiskan bawang putih , merah yang telah dikisar dan "mix herb"
-setelah kekuningan masukkan cili kering yang telah direbus
-setelah cili masak, masukkan daging cincang sehingga semua daging lembut
-kisar semua tomato dan masukkan ke dalam kuali
-masukkan semua sayuran seperti cendawan butang dan cili benggala
-perasakan dengan garam dan lada hitam

-UNTUK SOS PUTIH-
-buat roux (mula-mula masukkan mentega,bila sudah cair masukkan tepung gandum dan masak seketika)
-masukkan susu full cream dan kacau rata
-masukkan keju cedar ,kacau sehingga cair dan perasakan dengan garam dan lada hitam

-LASAGNA-
-celup seketika kepingan lasagna di dalam air panas
-lpisan pertama letakkan sos putih dan kemudian inti daging..
-selang-selikan dengan lasagna untuk lapisan seterusnya sehingga habis............
masukkan dalam oven selama 20minit
api atas bawah ,120 darjah celcius
jika anda sukakan keju..
parut keju mozarella pada kulit di atas sekali..

----------------------------------------------------
= sedia untuk dimakan=
taburkan daun sup dan daun bawang....lagi enak dan aromanya sangat enak....

SELAMAT MENCUBA
ikhlas dari sye ILI SUHAILI BT ISHAK


MAKAN SIHAT


Bagaimana anda menentukan menu hidangan anda setiap hari?

Jom kita tengok contoh Menu 2000 Kalori bagi makanan kita seharian yang bermula dengan sarapan,
minum pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam.  


Selamat Mencuba...


Nukilan: Wan Nurul Izza Bt. Wan Mokhtar


Wednesday, 21 November 2012

oH Tempoyak

Assalamualaikum........

Tengah hari tadi saya dan rakan serumah menjamu selera dengan bekalan dari kampung. Nak tau apa yang kami makan..................


ni la dia.................
Made in kampung.

kalau makan tempoyak + ulam = nasi tambah.

Tahukah anda tempoyak berasal daripada durian........................


Di Indonesia
Tempoyak sangat popular dikalangan masyarakat Palembang. Menurut sejarah hal ini adalah kerana Palembang sendiri mempunyai jumlah buah durian yang banyak sehingga sayang untuk dibuang dan orang di sana telah menjadikan durian sebagai tempoyak. pelbagai masakan dari Palembang seperti
Pindang Ikan Patin menggunakan tempoyak sebagai bahan utama.

Di Malaysia


Tempoyak turut dirakamkan dalam Hikayat Abdullah sebagai makanan harian bagi penduduk Terengganu, semasa melawat Terengganu (sekitar 1836), dengan menyatakan bahawa makanan kegemaran mereka adalah "... tempoyak dan pekasam dan petai dan jering dan sebagainya...."


Khasiat Tempoyak 

Tempoyak didapati mempunyai kandungan bakteria asid laktik (Lactic acid bacteria -LAB) yang tinggi. Dalam kajian kepelbagaian, tiga pengasingan tidak dapat dikenal pasti dengan menggunakan SDS-PAGE protin sel penuh. atau API 50 CH. 



 Mengembalikan rasa sedap tempoyak...

Ketika memasak tempoyak sama ada dengan ikan atau bahan-bahan lain, campurkan dengan serai yang dititik dan daun kunyit. Jika suka, anda boleh juga mencampurkan pati santan. Rasa tempoyak itu akan kembali enak.


Mari kita sama-sama tengok cara membuat tempoyak.





RESEPI TEMPOYAK




BAHAN-BAHANNYA 

Isi durian secukupnya
Sedikit gula
Sedikit garam
1 tangkai cili kering, cuci dan lap kering
Sehelai kain muslin atau kain kasa bersih

CARA MEMBUATNYA 
  1. Satukan isi durian dengan sedikit gula dan garam, kacau rata. Kemudian masukkan ke dalam muslin atau kain kasa. Letak dalam satu bekas dan biar tempoyak tu tergantung 3-4 jam.
  2. Tujuannya biar air durian tadi keluar dan ini akan mengelakkan tempoyak kita cepat rosak. Kemudian boleh isi dalam botol bersih, pastikan jangan isi penuh sangat, 1/2 atau 3/4 penuh sudah memadai, nanti tempoyak akan mengembang masa proses penapian. Tutup bekas dan biar terperam 2 hari.
  3. Kemudian boleh bukak dan rasa, jika ia sudah rasa sedikit masam, tu kira dah ok. Letak lada kering tadi atasnya dan tutup bekas, simpan dalam peti sejul untuk tahan lebih lama. Cili kering tu hanya petua saja, untuk mengelakkan tempoyak "menyeman", tak nak letak pun tak pe.

resepi ni dari sini

Dari tempoyak ni, kita boleh masak pelbagai jenis hidangan yang lain contohnya lauk pauk....

Ikan patin masak tempoyak
Sambal tempoyak petai
Ayam masak tempoyak

Sambal tempoyak udang


Nukilan: Wan Nurul Izza Bt. Wan. Mokhtar

Tuesday, 20 November 2012

Ulam-ulaman

Assalamualaikum...............
apa khabar semua?. Harap-harap dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya. Baiklah kali ini mari kita bincangkan tentang ulam. Pernahkah anda makan ulam?. Bagaimana rasanya?.

Mari kita berkenalan dengan ulam-ulaman.........





MAKSUD ULAM

Ulam merupakan gelaran kepada tumbuhan yang dimakan secara mentah atau sekadar dicelur (direndam sekejap dalam air panas) sebelum dimakan bersama nasi. Ulam juga biasanya dimakan bersama dengan perasa seperti budu, cencaluk, atau sambal belacan, sebelum dimakan bersama nasi. Ulam sudah terkenal sebagai hidangan harian utama di kalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Ulam diambil dari berbagai-bagai bahagian tumbuhan yang boleh dimakan. Ini termasuklah pucuk, daun, umbut, biji, buah, ubi dan kadang-kadang bunga. 

ULAM TRADISIONAL

Di Malaysia lebih daripada 120 jenis tumbuhan telah dimakan sebagai ulam yang terdiri daripada pelbagai keluarga tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan tersebut terdiri daripada tumbuhan kecil dan melata jenis semusim seperti pegaga, dan sehinggalah kepada pokok-pokok renek dan pokok- pokok besar jenis saka seperti petai, jering, genuak dan kerdas. Pokok jenis saka adalah pokok yang besar dan tinggi. Biasanya tumbuh liar di kawasan pedalaman, di dusun atau di hutan belantara. Pokoknya boleh meninggi atau menjulang antara 20 - 30 meter. Ukuran lilit batangnya boleh menjangkau antara 2 - 5 m. 


KESUKARAN MENDAPATI ULAM

Ulam-ulam terbahagi kepada dua, iaitu kumpulan ulam yang popular dan mudah didapati di pasaran, contohnya rebung buluh, cekur manis, jering, kacang kelisa, petai, Ulam_Raja dan beberapa jenis ulam lagi termasuk dalam kumpulan kedua iaitu ulam yang kurang terkenal dan jarang didapati di pasaran seperti kerdas, jering, genuak, pucuk jambu golok (gajus), beluntas, pucuk betik, dan cekur. Bagaimanapun dengan adanya pasar-pasar tani dan pasar minggu yang diadakan oleh jabatan FAMA, dan lain-lain, ulam-ulam secara keseluruhan masih dapat dibeli walaupun secara terhad. 

PENGHASILAN

Secara amnya ulam tidak ditanam secara komersial. Ulam hanya ditanam secara kecil-kecilan disekitar rumah untuk dimakan sendiri atau dipetik daripada yang tumbuh meliar. Ulam yang ditanam untuk kegunaan sendirian biasanya adalah dari jenis semusim dan mudah ditanam seperti pokok Ulam Raja, selom dan kacang kelisa. Ulam yang berasal daripada pokok saka biasanya dikutip dari tumbuh-tumbuhan yang tumbuh dalam keadaan semulajadi seperti hutan atau dusun. Antara ulam yang termasuk dalam kumpulan ini adalah jering, pucuk putat, kerdas dan rebung. Terdapat juga yang ditanam untuk kegunaan lain seprti untuk buahnya, tetapi sebahagiannya diambil untuk dimakan sebagai ulam seperti jantung pisang, pucuk ubi, nangka muda dan pucuk jambu golok (gajus). 

Bagaimanapun, peningkatan permintaan yang disumbang oleh kegiatan pemasaran dan pengedaran yang lebih meluas, seperti di pasar tani dan pasar minggu telah menggalakkan para petani-petani untuk mula menanam ulam-ulam secara meluas atau komersial. 

KHASIAT ULAM

Oleh kerana ulam dimakan secara langsung tanpa dimasak lama terlebih dahulu, kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama seperti kalsium (Ca), fosforus (P), besi (Fe), natrium (Na) dan kalium (K) di dalam ulam tidak termusnah oleh haba. Sebagai contoh, daun kaduk didapati mempunyai kalsium (Ca), fosforus (P), dan besi (Fe) yang paling tinggi iaitu sebanyak 446, 50 dan 13.1 mg masing-masing bagi setiap 100g, dibandingkan dengan ulam-ulam lain. 

Ulam juga membekalkan serabut yang amat di perlukan oleh sistem penghadaman manusia. Serabut memainkan peranan sebagai pengisi pada bahan buangan dan memudahkan pergerakan najis dalam saluran usus. 

KHASIAT PERUBATAN 

Ulam juga memainkan peranan penting dalam perubatan Melayu dan kini pakar pengkaji perubatan barat juga turut mengakui khasiat ulam sebagai tambahan yang baik untuk badan. Sebagai contoh, pegaga kini telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjanakan kecerdasan berfikir di kalangan kanak-kanak selain dapat membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit. 

Ulam jering pula mengandungi sejenis sebatian alkaloid pelawas yang boleh memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Selain itu juga jering boleh menjadi penawar yang berkesan pesakit kencing manis sekiranya diambil secara berterusan dengan kadar yang sedikit. Ini kerana kandungan sebatian alkaloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula di dalam badan. Daun kaduk pula mempunyai kandungan kalsium yang tinggi yang diperlukan oleh badan untuk memperkuatkan tulang, dan mengelakkan daripada penyakit osteoporosis terutama dikalangan kaum wanita.



Masyarakat Melayu kaya dengan ulam-ulaman yang dimakan bersama nasi. Biasanya ulam dicicah dengan sambal belacan, budu, tempoyak dan sebagainya. Mari kita tengok beberapa jenis ulam yang biasa dimakan dan khasiatnya.
Pelbagai jenis ulam-ulaman



Sumber Rujukan:



http://drrozmey.wordpress.com/category/berita/page/438/

Posted By: Wan Nurul Izza Bt. Wan Mokhtar






Sunday, 18 November 2012

western???

LASAGNA...


ermmmm..dap2....
arini sy buat lasagna lagi...request by adik sye...
senang je nak buat lasagna ni.......
cewah....cakap besar...
resepi lasagna yang sya buat ni telah di melayukan
untuk hari ni saya x berkesempatan lagi nak tuliskan resepi....
tunggu next entri ye....
skrg tengk dan telan air liur je dulu...heheh



post by :ili suhaili ishak

KALSIUM?????

Assalamualaikum semua.... 

Hari ini sudah masuk 19 November 2012 bersamaan hari Isnin... Cepat masa berlalu, saya sudah mahu berangkat pulang ke Tanjung Malim meneruskan sisa-sisa pengajian yang akan tamat tidak lama lagi... 

Sambil-sambil bergolek-golek di atas sofa sebelum memasak makanan tengahari, di dalam hati terdetik ' SUSU...... SUSU.... SUSU.... SUSU....' HUHHHHHH saya tak minum susu jadi, apa yang patut saya lakukan sebagai pengganti susu iaitu sumber kalsium dalam badan saya... 

Sambil berfikir-berfikir persoalan itu, apa lagi zaman semakin canggih ayuh kita google segala maklumat tersebut.....

APA ITU KALSIUM????

Kalsium adalah mineral yang terbanyak terdapat dalam badan kita iaitu lebih daripada 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukan dan bagi mengekalkan tulang yang kuat serta gigi yang sihat. Ia juga untuk pembekuan darah, penghantaran gerakbalas saraf, dan kontraksi otot. Peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoporasis.

MAKANAN PENGGANTI SUSU

1.Sayur Hijau
Sayuran yang memiliki warna hijau gelap seperti bayam mengandung banyak kalsium, vitamin dan mineral lainnya. Semua bahan tersebut sangat baik untuk memenuhi keperluan nutrisi Anda. Salad bayam yang disajikan bersama sayuran berdaun hijau lainnya akan memberikan mineral yang diperlukan tubuh anda.
2.  Jus limau

Sebaik-baiknya minum jus limau setiap hari sama ada sebelah pagi atau petang.

3. Kekacang.

 Makan sayur-sayuran jenis kacang tiga atau empat kali seminggu. Kacang soya juga dikatakan mempunyai kandungan kalsium dan protein yang tinggi.
Kacang hazel dan badam juga mempunyai kalsium yang tinggi. Sebaik-baiknya makan bahan itu seminggu sekali.

4. Buah-buahan. 

Jadikan amalan memakan buah ara dan perun hampir setiap hari.

5. Ikan sardin dan salmon. 

Kedua-dua jenis ikan ini amat sesuai untuk dimakan, terutama salmon yang kaya dengan vitamin D.

6. Dadih atau tairu

Boleh diambil sesekali dalam menu makanan.

7. Keju

Sesekali makan keju dan roti untuk bersarapan.
Posted By: Noor Azila Binti Asih